Posts

Showing posts from December, 2012

Sajak: Pesanan

Image
Pesanan Adik bila besar nanti jadilah adik yang benar-benar adik. Kakak bila besar nanti jadilah kakak yang benar-benar kakak. Adik dan kakak bila besar nanti jadilah anak yang sebenar-benar anak. Ingat pesanan ini ya…! Masshah 2012-12-20 Meru.

Kubur

Image
Mati itu pasti dan mesti mati mengakhiri tamatlah riwayat hidup masuk kubur. Masshah Bilik buku Meru 25/12/2012-selasa

Sajak: Malu

Image
Penguasa dungu aku tunduk malu melihat tingkah mu semakin hari semakin haru mengapa aku pun tak tahu aku malu. Masshah  2012-12-20 Meru.

Sajak: Samseng-Samseng Bermaharajalela

Image
Samseng-Samseng Bermaharajalela Bukan lagi tersirat tapi sudah tersurat polis tidak menyiasat tapi melihat-lihat Aksi-aksi samseng keparat buat jahat rakyat naik meluat aksi samseng tak ingat akhirat. Samseng-samseng terus bermaharajalela sebab tahu takkan didakwa bersorak-sorak bagai orang gila bagai kera. Samseng-samseng terus mengila-gila baling batu baling pasu terkinja-kinja bagai beruk gila. Samseng-samseng terus mengganas buas macam pengganas bikin panas. Pihak berkuasa bagai tiada kuasa penguasa diam seribu bahasa para mufti kehilangan nas’ tak kata apa. Samseng-samseng bagai diiktiraf seolah-olah penyelamat buat parti yang tak selamat dunia dan akhirat. Masshah 2012 12:00 tengah malam 19/12/2012 Bilik Buku Meru.

Sajak: Bacalah

Image
Bacalah Baca bacalah buku baca buku dengan nama Tuhan-mu. Baca bacalah buku walau di mana tak kira waktu. Baca bacalah buku baca buku dapat ilmu. Baca bacalah buku baca buku dapat idea baharu. Baca bacalah buku baca buku tidak mudah ditipu. Baca bacalah buku baca buku agar minda mu tidak beku dan lesu. Baca bacalah buku pembeza antara yang berilmu dengan yang tidak berilmu. Baca bacalah buku seruan membaca seruan agung dari yang Maha Agung. Masshah 2012. Tempat kerja 9:25malam 13/12/2012 Khamis malam jumaat.

Sajak: Durian Idaman

Image
Durian Idaman dari utara ke selatan kiri kanan jalan penuh durian buah tempatan jadi rebutan jadi idaman menjadi kegilaan sepanjang zaman ada pelbagai pilihan kalau mahu makan silakan. masshah 2012 20122012 meru.

Sajak: Ingat mengingati

Image
Ingat-Mengingati Bicara ini bicara hati dari hati ke hati. Ingat mengingati sampai mati tidak kira raja atau menteri bergaji atau bisnis rugi mati tetap mati. Jangan dilupai ajaran nabi jangan diketepi ulamak ukhrawi nanti rugi di kubur sendiri. Ingat-ingat jangan dilupai pesan para rasul dan nabi umpat dan keji hendaklah jauhi, dengki dan irihati benci-membenci dan sakit hati penghalang rezeki. Ingatlah saudara dan saudari ingat sedikit moga terkesan di hati. Masshah 2012 Jam: 2:46 pagi 2/12/2012-Ahad Bilik Buku.

Sajsk: Aku Budak Kilang

Image
Aku Budak Kilang Aku budak kilang pagi petang siang malam cari wang. Aku budak kilang bila pulang hati riang hati senang. Aku budak kilang ikut undang-undang doa berulang-ulang hujung bulan dapat wang. Aku budak kilang masa kerja jangan hilang jangan tinggal sembahyang nanti intensif hilang hilang peluang. Aku budak kilang ada keluarga yang disayang mereka ibarat bulan bintang walau kerja kilang mereka ( hati ) tetap sayang. Itulah aku walau kerja kilang hati tetap riang. Masshah 2012 Meru-6/12/2012 Khamis:Jam:9P25pagi.

Sajak: Cerita Menteri Dan Korupsi

Image
Cerita Menteri Dan Korupsi                   Cerita ini bukan cerita misteri sudah tersebar di seluruh negeri empat puluh juta untuk kawan, parti dan kroni. Cerita ini kisah menteri usah dicaci usah dikeji kalau tak berani menasihati cukuplah sekadar memerhati takut nanti dicekup polisi. Kisah korupsi menjadi-jadi dari menteri, kroni, perdana menteri hinggalah ke driver teksi. Sama-sama memberi dan merasai selagi menguasai negeri berkongsi-kongsi rezeki sampai mati. Masshah 2012 Meru: Bilik Buku Jam: 9:36malam 6/12/2012

Sajak: Kisah Bekas KP

Image
Kisah Bekas KP Ini kisah bekas polisi bukan sarjen tapi bekas KP dulu kisahnya didikasi tegas berani itulah bekas KP. Tamat sudah kerjayanya kini mula bersuara bila berhenti pada menteri tidak ditakuti kata menteri ganggu tugas polisi. Terbongkar sudah selama ini rupa-rupanya polisi ditunggangi oleh menteri jaga negeri sebab itu tugas bekas KP tidak disambung lagi. Dikatanya banyak lagi tentang misteri Pak Menteri akan dibongkar keseluruh negeri baru puas hati seorang bekas KP Namun kini, setiap langkah kemana pergi diawasi dan diperhati meski pun bekas KP kini dicurigai dan ditakuti malah dibenci kita tunggu lagi apa selepas ini. Masshah 2012-12-06 Khamis Malam Jumaat Bilik Buku 9:40 malam.

Sajak: Tabur

Image
Tabur sana tabur sini tabur sampai takbur hingga tersungkur masuk lubang kubur. Masshah 2012 10/12/2012 Ahad Malam Isnin

Sajak: Cerita Gombak

Image
Cerita Gombak Cerita Gombak dari Perak ke Gombak terdengar berita gempak bukan geng rompak Cerita Gombak ramai yang nampak samseng menyepak berarak-arak bertempik sorak. Cerita Gombak sedang bersemarak persis orang minum arak hilang akal rosak akhlak. Cerita Gombak pemimpin buat pekak mereka ingat cerita lawak macam maharaja lawak. Cerita Gombak kisah rosak akhlak nanti kelak rakyat tolak. Masshah 2012 Meru