Posts

Showing posts from February, 2014

Sajak: Perpaduan Impian

Image
Perpaduan Impian Indahnya perpaduan jika benar olahan merujuk pada kebenaran pada nurani insan kesetian jua kejujuran. suci terpatri dalam setiap persamaan ikatan walau apa ribut gelisah resah melanda keamanan kembali pada satu kebenaran bertunjang keimanan. Biar bersipongang sepanjang zaman perpaduan indah milik bersama satu impian walau sekadar retorik bicara dan bunyi keriuahan. berdentum dentum sekadar omong-omongan, yakinlah suatu masa keikhlasan perpaduan jika benar nubari insan bertunjang kejujuran. Masshah 2014 19022014 Meru.

Sajak: Hentikanlah Fitnah Itu

Image
Hentikanlah Fitnah Itu Cukuplah sudah fitnah yang membarah kerana ia membangkitkan resah amarah saling sering bertikam lidah tidak sudah membikin gawat  hidup hati gelisah resah. Hentikanlah pertikaman lidah bawa padah fikiran kacau buntu membuat hidup susah kerna gelisah fitnah memfitnah aib terdedah segera hentikanlah sebelum segalanya musnah. Adat perlawanan ada menang ada kalah majoriti kurang itu petanda orang marah banyak sangat skandal seleweng harta serta rasuah jangan ingat itu semua orang tidak ambil kesah. Sedar-sedarlah mereka yang sedang memerintah jangan diikuti nafsu amarah membawa punah ranah segeralah beringat kerna bumi sudah berasa marah cukup sudah derita rakyat mengalah serta beralah. Masshah 2014 18022014 Meru.

Sajak: Tentang Bangsaku

Image
Tentang Bangsaku Bangsaku melayu marilah bersatu dibawah panji-panji Islam yang satu hindari benci membenci elakkan seteru baharulah hidup harmoni perpaduan jitu. Bersatulah wahai bangsaku melayu hubungkan kasih sayang saling tolong bantu lupakan sengketa bermasam muka biarkan berlalu kelak nanti dipandang tinggi, jika mahu. Bersatu dan berpadu menuju ke mercu pasti gemilang, terbilang, cemerlang bangsaku bangsaku melayu punyai jati diri padu kerna agama tunjang tonggak mesti berpadu. Bangsaku melayu mestilah bergerak laju punyai minda pemikiran kelas satu akrabkan tekad bersatu berpandu ilmu itulah bangsaku bangsa penyatu. Masshah 2014 15022014 Meru.

Sajak: Kasih Sayang Anugerah

Image
Kasih Sayang Anugerah Kasih sayang itu suci kasih sayang itu murni kasih sayang itu sejati kasih sayang itu anugerah Ilahi. Jangan sesekali kasih sayang itu dicemari kerna ia milik insan punyai hati nurani cinta abadi cinta sejati sewangi kasih Rabbul Izati hanya milik pribadi mulia insani. Ia tidak bisa ditawar dijual beli sekalipun dengan timbang harga tinggi sesama insan bersatu hati bukan hanya slogan tetapi diingati. Kasih sayang cinta hari-hari bukan sekali-sekali jua bukan bermusim cuma di bulan febuari ia bukan ikut-ikutan tetapi lahir dari fitrah diri demikianlah kasih sayang penting tak terperi. Masshah 2014 12022014 Meru.

Sajak: Selangorku Negeriku

Image
Selangorku Negeriku Selangorku kini selangorku sensasi negeri terkaya sangat diidami bukan yang dahulu tapi yang terkini penuh harmoni sangat didambai. Melayu, india, cina serta benggali sungguh harmoni bersatu hati demi pertahan keamanan dijagai nyahkan kelompok sakit hati pendengki. Semua kaum dapat merasai setiap inci hasil bumi sama dikongsi punyai mb bijak urus negeri penuh bistari terkunci bisu kelompok sakit hati. Dari utara hingga ke selatan sudah diakui selangorku kini penuh harmoni walau sesekali bergelora seolah runtuh negeri syukur semua itu dapat ditangani. Memanglah ini negeri melayu mewarisi jangan pula bangsa lain dilupai saling hormat menghormati mempercayai bukankah termaktub dalam perlembangaan negeri. Bersatu hati membangun jati diri agar terbina budi akhlak pribadi negeri pasti diberkati Ilahi agama sebati dijunjung dijulangi. Itulah secoret seloka tentang negeriku Selangorku kini negerik

Sajak: Orang Itu

Image
Orang Itu Cukuplah sudah bicara nakal itu tidakah belum puas selama bertakhta disinggahsana kuasa sementara menempa nama sejarah riwayat hidup diagung-agungkan wira adijagat mujahid dan entah apa lagi pujian melambong tinggi. Tidak cukupkah fitnah konspirasi bersemarak keji hingga terperosok ke jeriji besi teman akrab dihenyak dihina dibogel dimalukan seantero dunia itupun masih tak merasa apa-apa lagi dihujung senja usia, lagi berbicara kosong bohong sedikit keinsafan belum terlihat terjelma. Apakah tidak cukup lagi apa yang dicari belum lagikah kukuh empayar yang dimahu atau apakah keinginan kembali bertakhta bersemayam bicara nakal terus-terusan dihambur sesuka hati tanpa ada bersalah rasa, sesal atau insaf apa takdir hidupnya demikian begitu Sedang teman akrab sudah bisa memaafkan yang sudah-sudahlah tidak mengapa itu tanda tulusnya hati biar dicerca dihina namun jiwa besar pejuang sedia memaafkan lalu kecewa hampa berput

Sajak: Janji Kita

Image
      Janji Kita Janji kita janji peduli Janji setia satu hati Janji-janji ditepati Janji-janji tak dimungkiri Janji kita janji ditunai Bukan janji kosong tak berisi Janji amanah janji suci Bukan janji semata mahu undi Janji kita janji yang pasti Bukan janji lama ditunggui Janji sekali terus bagi Bukan janji-janji basi Janji kita janji ditepati Bukan janji sama kroni Janji semua rasa merasai Janji saling punya mempunyai Janji kita janji murni Setulus hati seindah mimpi Janji dari otak bistari janji kita diizin oleh Ilahi. Masshah 2014 12022014 Meru.

Sajak: Koreksi Diri

Image
Koreksi Diri ( Menjelang umur 40tahun ...) Januari pergi febuari menjelang lagi begitulah setiap yang mula akan diakhiri insan di dunia begitulah jua ada terus pergi tidak kembali ke negeri abadi janji Ilahi perbanyakanlah muhasabah koreksi diri. Pada usia yang semakin tinggi usah dilupai setiap detik waktu dilalui setiap langkah setapak walau seinci kelak pasti akan dituntut ditanyai untung rugi nasib diri di barzah menanti baik buruk bakal ditimbang diadili pasti , mahsyar menunggui. Begitulah hidup pasti ketemui mati bukan mimpi angan-angan segunung tinggi hidup lama lagi itu hanya nostalgia mimpi ngeri cukuplah apa yang dimilki janji bahagia diri hidup harmoni tidak menyakiti, dengki mendengki irihati takbur, sombong serta busuk hati itu semua penghalang menuju firdausi. Pada insan  punyai visi dalam mengharug kehidupan ini penuhilah poket saksi pasti agar persoalan demi persoalan akan dijawapi kelak akan nanti tida

Sajak: Kajang Sudah Realiti

Image
Kajang Sudah Realiti Suara-suara murah bawa padah serta amarah berdesing-desing fitnah membarah desas desus Kajang terajang ditelanjang aduh...mereka tidak pernah sedar mahu terus edan enggan insaf diri nyata tidak muhasabah terus ego, melulu serta angkuh. Mana punyai harga diri mana punyai jiwa berani mana punyai setia janji mana punyai kredibiliti. Kajang mahu diguna pribadi kempen basi tak punya isi nyata dengki masih menyelubungi kuasa angkuh minoriti tak sedar lagi dipunggah kekayaan hanya segelintir rakyat punyai itu pun masih tidak mahu menginsafi diperguna hak awam sesuka hati untuk kempen tipu sana sini seluruh dipasak janji-janji konon ditepati hanya hati pengundi Kajang bijak bistari mengerti. Kajang permulaan henti politik keji seputar fitnah pernah diperguna tak lali cukuplah  janji-janji kosong menteri gula-gula untuk pelali pengundi kerna semua itu tak diperlui bukan itu semua disukai politik janji keji m

Sajak: Bantah Terus Bantah

Image
Bantah Terus Bantah Bantah terus bantah jangan mereka anggap kita masih mentah tidak punya harga diri dan maruah jangan kita disangka tidak amarah bila janji mereka tidak amanah. Bantah terus bantah jangan sesekali undur walau selangkah biar ada agamawan kata kita ‘bughah’ panas dan hujan sekalipun kita sanggup redah kerana kita tahu perjuangan ini benar tidak salah. Bantah terus bantah kita pertahankan tanahair ini jangan sampai punah ranah dek’ kerana janji tidak ditepati harapan hancur musnah tamak dan haloba bermaharajalela hingga harga tidak murah walaupun hidup dikata bumi bertuah tapi masih ramai rakyat susah. Bantah terus bantah usah dikesah penguasa hilang arah rasa diri susah resah dan gelisah akibat tidak amanah dan banyak rasuah masuk ke perut bumi akhirnya juga ditimbus tanah. Masshah 2014 Bilik Buku Sabtu 4/01/2014-11.01.2014 Meru.