Posts

Showing posts from August, 2014

Ulangtahun Kelahiran Pak AGI

Image
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-71,  Pak Agi@Abdul Ghafar Ibrahim, Ahad, 31hb Ogos 2014.

Sajak: Megah Berkibar

Image
Megah Berkibar Kibarkan jalur gemilang kata tanda jiwa patriotik megah merdeka negara pertahan bersama selamanya. Di mana-mana gagah berkibar tidak kira tempat masanya tanda gembira di hari merdeka sama-sama menjulang berjaya. Kita satu hati berpadu bersatu hilangkan rasa curiga gundah buangkan angkuh bongkak di dada senyum harmoni kita semarakkan. Berkibar megah jalur gemilang tersenyum bangga warga pribumi kuat perteguh kesatuan bersama kita pasti bahagia harmoni milik bersama. Masshah 2014 26082014 Meru.

Sajak: Menuju Cita

Image
Menuju Cita Jangan  suka leka kita negara pertahan merdeka jauhi dari minda penjajah kita generasi penerus wawasan bersama cita menuju mercu jaya Dilupa tidak pejuang berjuang tak kira masa di mana ada terkorban darah bersimbah kita lupa tidak jasa mereka kerna ia pejuang bangsa demi merdeka negara. Di mana pun berada lupa leka alpa tidak sekali kerna ia jasanya dikenang selama tiada beza warna atau rupa kita sama satu bangsa senegara. Demikian anak watan pertahan merdeka sesama teguh ikatan perpaduan musuh gerun lihat kesepakatan menuju malaysia baru yang dicita. Masshah 2014 20082014 meru

Buat Peminat Dan Pencinta Buku

Image

Sajak: Merdeka Ini

Image
Merdeka Ini Merdeka ini kita ingatkan diri pada setiap warga peribumi kepada insan mahu mengerti mahalnya sebuah kemerdekaan. Pada merdeka ini kita renung kembali kisah duka susah para perwira pertiwi pada pejuang puak kanan kiri demi sebuah perjuangan kemerdekaan. Pada hari kemerdekaan hari ini kita ingatkan para sahabat jua anak isteri demi merdeka aman harmoni agar terus dinikmati dikecapi pupuk perpaduan sejati demi kemerdekaan. Masshah 2014 10082014 Meru.

Sajak: Lahirnya Sebuah Cinta

Image
Lahirnya Sebuah Cinta Malaysia tanah air tercinta bebas merdeka dari penjajah kini 57 tahun merdeka sudah hidup harmoni aman bahagia. Dilupa jangan mereka pejuang jasanya banyak tak terkira berjuang berkorban demi bangsa bebas negara dari petualang. Hayati telusuri pengorbanan mereka sesekali usah persis anak derhaka kelak kita dikenang tak punya jasa nikmat damai aman leka lupa pula. Biar merdeka jangan sampai leka hidup rasa cinta pada negara jangan cuba-cuba bikin huru hara nikmat aman hilang nanti sengsara. Tak kira melayu India juga cina termaktub sudah ikatan janji setia tak lupa jua pelbagai etnik di sana kita tetap sehati sejiwa bebas merdeka. Usah diungkit  sudah peristiwa duka jadikan ia pengajaran bersama melayu india cina bersaudara lama kini bersatu bersama menuju jaya. Malaysia indah malaysia berjaya terus kekal harmoni sejahtera kerna ia tanah tumpahnya darah kita  dan di sinilah lahirnya sebuah

Ulasan Tuan Puzi Hadi Terhadap Karya-Karya Masshah Di Portal eSastera.com Bulan Mac 2014

Image
KEHILANGAN MH370 MASSHAH   dengan dua puisi iaitu MH370 Kembalilah dan Khabar Duka Akhirnya. Pertama, begitu mengharap bersama doa agar MH370 selamat seadanya serta redha, lewat puisinya  MH370 Kembalilah : MH370 kami menanti pasti kau akan kembali ke sisi doa dan harapan tetap di hati namun...andainya kau terkubur bersemadi akan kami redha walau pedih di hati benar, kehilangan tak dirancang kerna itu takdir Tuhan menentukan. Kedua, penyair mengungkap rasa sedih dan redha dengan khabar duka pada hari ke-16 melalui puisi  Khabar Duka Akhirnya  (tersiar pada jam 12:47 pagi): 16 hari kami menunggumu dengan penuh tanda tanya denga penuh debar di dada di mana kau  singgah berada di mana kau menghilang tak jumpa. Kini, berita duka kami dengari penuh rasa sedih dan syahdu, menunggu harap keluarga yang mengasihi kini MH370 ditemui tapi tak kembali terhiris hati-hati penunggu setia berita gembira namun, kecewa akhirnya menuntut keredh