Posts

Showing posts from September, 2014

Sajak Pilihan Terbaik Mac 2014: Aku Sayang Kepada Kamu, Bumi

Image
AKU SAYANG KEPADA KAMU, BUMI Kata mentari kepada bulan: aku sayang kepadamu kerana sayang aku pada kamu maka kusinarkan cahayaku ke mukamu yang kusam dan kau muncul cerah di gelap malam dirindui setiap pungguk yang perasan. Kata tasik kepada awan: aku sayang kepadamu kerana sayang aku pada kamu kutatang wapku ke langit tinggi lantas kau bisa membentuk rupa jadi penghias angkasa raya. Kata tanah kepada hutan: aku sayang kepadamu kerana sayang aku pada kamu maka kubentangkan tapak bergenzi dan kau bangkit menjulang ke langit menghijau bumi menyejuk rasa. Kata udara kepada badan: aku sayang kepadamu kerana sayang aku pada kamu maka kuresapi setiap liang tisumu dan kau yang wujud tiada bermaya jadi hidup melonjak aktif. ii Menjawab bulan kepada mentari: aku sayang akan kamu tiada cahayamu, apalah aku seketul pepejal malap semata. Menjawab awan kepada tasik: aku sayang akan kamu tiada wapmu, tiadalah aku lan

Sajak: Sebelum Mentari Terbit Dari Barat

Image
gambar google Image Sebelum Mentari Terbit Dari Barat Tanda mukmin itu bersyahadat kunci syurgawi menuju ke akhirat panduan hidup kitab penuh amanat menghindar kehidupan dari tersesat. Dari timur hingga ke arah barat pesanan junjungan perlu diingat kelak jika mahu akhirat selamat al-quran as sunnah jadikan pengingat. Orang besar orang kecil mesti ingat satu masa mereka pasti berangkat dari dunia yang penuh dengan zulmat banyakkan bertaubat zikir sebagai ubat. Dunia semakin tua petanda kiamat dekat dengar cuba jangan leka para sahabat petandanya kian hari semakin terlihat banyakkan muhasabah juga bertaubat. Bertaubat cepat usah leka nanti terlambat beramal berbakti zahir batin bersih sihat hidup bersatu hati mesti bermasyarakat agar hidup dirahmati usia bertambah manfaat. Cari rezeki bersih halal elakkan syubahat sampai masa cukup nisab keluarkan zakat biar asal rezeki bertimbun banyak janji berkat hidup dunia dan akhi

Sajak: Milik Yang Kuasa

Image
Milik Yang Kuasa (i) Ibu bapa milik sementara usah sesekali dihina dicerca mereka tanpa mereka siapalah kita. (ii) Hidup ini tidak selamanya kita penumpang sementara tidak lama bila-bila masa semua Dia Yang Kuasa. (iii) Usia pinjaman cuma kita atau sesiapa sahaja cukup waktu di mana ada pasti  pulang ke negeri abadi. (iv) Semua yang ada bukan kita punya bukan kepunyaan sesiapa itu milik Yang Maha Kuasa kita tidak ada apa-apa semua kembali pada-NYA. Masshah 2014 26082014 Meru.

Malam Baca Puisi PENA-ITBM

Image
Malam Puisi PENA-ITBM

‘MALAM BERSATULAH DEMI MALAYSIA & GAZA”

Image
Di sinilah lahirnya cinta... Info dari: Facebook

Ulasan Tuan Puzi Hadi Terhada Karya-Karya Masshah Di Portal eSastera.com Bulan April 2014

Image
BARACK OBAMA DI  MALAYSIA NADA keras daripada   masshah   dengan puisinya   Satu Pertanyaan Untuk Kau   iaitu ‘Sang Presiden’ Amerika, Barack Obama. Penyair bertanya untuk apa berkunjung ke Malaysia? (Stanza II) dan andaian tujuannya itu (Stanza VI) Ke sini kau untuk apa ke sini kau mahu apa ke sini kau misi apa ke sini kau  agenda  apa.   (Stanza II) Lalu ke sini kau mahu apa ke sini konon merapat ukhwah ke sini kau mahu ekonomi kukuh ke sini lagi mahu melebar kuasa.   (Stanza VI) KEHILANGAN MH370 PUISI   Tak Pulang-Pulang   oleh   masshah   bagai berseloka sinis kehilangan MH370 yang ada unsur jeliknya. Ada perulangan rima akhir ‘ang’ seluruh puisinya: Hilang tak pulang pulang sendu tangis orang tersayang spekulasi fikiran songsang sebutan ramai orang sekarang. KRITIK SOSIAL PENYAIR   masshah   dengan   Suara Dungu Itu   merujuk pemimpin lampau (“… usia sudah terlalu lama. Tua” merasa dirinya masih hebat. Dia (baca: Suara dungu itu)