Posts

Showing posts from July, 2015

Pantun: Pelembut Nubari

Image

Pantun: Hari Raya Tanda Bersaudara

Image
Setahun datangnya hanya sekali Habis puasa kita meraikannya Itu tandanya Ramadan berlalu pergi Kini syawal harmoni datang pula. Sebulan sudah kita berpuasa Tanpa mengenal penat dan letih Ramadan kini tinggalkan kita Syawal pula disambut meriah Hari raya ziarah menziarahi Tanda kita saling bersaudara Anak-anak, suami dan isteri Saling bermaafan sesama kita. Yang jauh pulang ke kampong Mahu meraikan hari raya Usah terpekik dan melolong Pulanglah dengan hati gembira. Buangkan duka di hari raya Agar bahagia hati selalu Usah dikenang cerita lama Kita tukar dengan cerita baru. Berhari raya usah bergajet asyik Hilang semua lupa bersilaturahmi Berbicaralah bergembira usik mengusik Tanda persaudaraan semakin harmoni. Masshah 20072015 Meru.

Sajak: Ayah Ibu

Image
Wajah kasih… kasihmu tetap di atmaku sedari kecil hingga kedewasaanku Wajah kasih… kasihmu tak pernah berkurang biar kedut pada wajahmu, kudrat semakin terlerai Wajah kasih…kasihmu tetap menyubur indah tak pernah terpadamkan, biar matari terik membakar Wajah kasih…kasihmu membikin gelodak atmaku pilu gerimis sendu, sayu tiba-tiba mengalir sepi… Masshah 22072015 Meru.

Catatan Ringkas Syawal 1436H/2015M (1)

Image
Syawal Pertama: 1 Syawal 1436H/17HB 07 2015M Sebelah pagi, seusai mandi sunat ei’dulfitri aku bersiap-siap berpakaian untuk pergi ke Surau, menunaikan solat sunat ei’dulfitri, aku pergi dengan anak bujangku, Muhammad Anas, sebelum itu singgah rumah emak dan bapak, ambil mereka untuk sama-sama perg ke surau. Pada tahun ini, aku solat di Surau Darul Aman. Oleh kerana Hari Raya tahun ini jatuh pada hari jumaat, solat sunat ei’dulfitri tahun ini dipercepatkan, sekitar jam 8:15 pagi. Selesai solat ei’dulfitri, khutbah disampaikan oleh Ustaz Yazid, tanpa menggunakan teks, seperti biasa. Aku lebih suka khutbah yang tidak menggunakan teks khutbah yang disediakan, ia lebih ‘real’, ia tidak bergantung dengan teks, khatib boleh sahaja cakap, menegur apa yang berlaku di kariah masing-masing, bagi aku itulah yang sewajarnya. Banyak teguran-teguran membina yang disampaikan dalam khutbah yang disampaikannya. Walaupun khutbah tidak sampai 15 minit, namun ia tetap memberi input yang

Pantun: Raikan Raya Bersama

Image
Bersama kita meraikan Hari gembira hari raya Jaga pribadi adab sopan Agar berpahala tak sia-sia. Ada tetamu kita raikan Tak kira miskin atau kaya Hari raya bermaaf-maafan Usah diungkit kisah lama. Berbasikal atau berkereta Usah dilihat pada zahirnya Kita semua kan bersaudara Allah melihat ketaqwaanya. Tetamu datang disambut gembira Tak kira tua mahupun muda Senang hati bersua berbicara Adab bergaul kena ambil kira. Jangan pula asyik bercerita Besenda gurau terlebih pula Seruan azan usah disia dileka Tunaikan solat dengan segera. Di hari raya bermanis muka Jauhi gaduh-gaduh sengketa Semua insan mahu ke syurga Tak siapa mahu ke neraka. Maaf andai terlebih kata Kita ini kan insan berdosa Sampai masa pergi jua Mohon maaf kepada semua. Masshah 19092015 Meru.

Nota Ramadan: Berita Kematian

Image
Hari ini, ada berita kematian lagi, jika minggu lepas ayah kepada kawan lamaku, hari ini jiran sekampung telah dijemput Ilahi. Berita kematian itu baru aku sedari bila aku mengecas bateri telefon bimbitku. Bila aku hidupkan kembali telefon bimbitku, tertera di wassap group surau, tentang berita tersebut. Untuk memastikan kesahihan berita itu, aku cuba menghantar mesej kepada kawan kampungku, ternyata berita itu benar. Seusai solat asar dan bersalin pakaian aku terus bergegas ke rumah jiran tersebut. Kelihtannya sudah ramai orang yang mengunjungi rumah jiran itu, namun begitu menurut orang yang berada ditepi jalan, jenazah belum lagi balik dari hospital. Kemungkinan selepas solat terawih baru dikebumi. Memandangkan, ia dikebumi sebelah malam, aku terus ke rumah emak, sebelah malamnya nanti boleh ziarah, fikirku. Malam ini, aku solat terawih seperti biasa di Surau Darul Aman. Malam ini agak ramai, kemungkinan dikalangan saudara mara jiran turut ada di surau, jenazah aka

Nota Ramadan: Malam 20, 21, 22, 23, 24 Ramadan 1436H Terus Bersemangat

Image
Pejam celik, pejam celik, diam tak diam, sedar tak sedar, rasanya seperti baru semalam Ramadan datang, kini tinggal beberapa hari lagi, Ramadan akan tinggalkan kita. Ditahan atau pun tidak Ramadan tetap akan pergi, ia akan datang lagi setahun dari sekarang. Ya, tinggal, ada beberapa baki hari sahaja kita bersama Ramadan. Sepuluh terakhir ini, mudah-mudahan tidak dipersia-siakan. Yang beriktikaf, teruslah beriktikaf. Semoga amalan kita terus diterima oleh Allah S.W.T, Amin Ya Rabb. Catatan ramadanku, tetap aku kongsikan biar terbitnya lambat di laman blog ini. Aku akan tetap tulis dan kongsikan, jika ada manfaatnya untuk khalayak pembaca. Catatan ini, catatan beberapa hari lepas, aku rangkumkan sekali. Kerja sif petang aku manfaatkan sebaiknya. Untuk malam-malam ke 20, 21, 22, 23, dan 24 ramadan, walaupun aku kerja sif petang, aku tetap pergi menunaikan solat terawih. Aku mengambil waktu rehat giliran ketiga, sekitar jam 8.20 atau 8.30 malam aku keluar rehat.  Seme

Nota Ramadan: Jumaat Keempat Ramadan 1436H

Image
Ramadan semakin kepenghujung, namun umat Islam tetap masih bersemangat meraikan dan mengimarahkan Ramadan di mana-mana. Surau dan masjid masih menjadi distinasi utama, biarpun dalam masa yang sama, ada dikalangan umat Islam sudah berpusu-pusu ke distinasi jualan hari raya. Mereka semakin sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal tiba. Sedang Ramadan belum lagi meninggalkan kita. Allahuakbar…tetapkanlah aku bersama Ramadan hingga akhir nanti…kuatkanlah aku Ya Rabb…! Minggu ini aku kerja sif malam, minggu keempat jumaat dalam bulan Ramadan. Hari ini seperti biasa aku bersolat jumaat di Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar. Hari ini aku pergi agak awal, seusai mengambil anak-anak dari sekolah, aku titipkan ke rumah emak.  Sementara menunggu ibunya pulang dari balik mengajar. Aku terus pergi ke masjid tanpa membuang masa. Seperti biasa khutbah pada hari ini membawakan tajuk yang agak menarik tentang al-Quran, tajuk khutbah ‘Bermesra Dengan Al-Quran’ . Ramadan bulan memb

Nota Ramadan: Malam Kesembilan Belas Ramadan 1436H

Image
Google Image Salam pertemuan dan salam ramadan, aku masih mahu berkongsi catatan ramadanku, kalau boleh setiap detik ramadanku aku mahu menuliskannya, namun apakan daya, semangat itu turun naik, macam saham di papan bursa saham, sekejap naik, sekejap turun, tak sama di papan yang aktif, tetap maintain. Biasalah aktiviti menulis jika tidak dipaksa ia takkan menjadi. Ini pun catatan yang tertangguh, hari ini sudah 23 ramadan, cerita hari ini, entah bila aku mahu tuliskannya. Ia sekadar catatan dari insan biasa-biasa sahaja, satu masa nanti, boleh dibaca lagi catatan-catatan ini.  Mungkin boleh dibukukan, manalah tahu kan’. Apa pun, segala catatan penulisan ini, jika ada baiknya, dan manfaatnya ambilah ibrah. Catatan kecil sahaja… Minggu ini aku bekerja sif petang, walau pun kerja sif petang, minggu ini aku ambil peluang untuk bersolat terawih di luar.  Aku mengambil waktu rehat giliran terakhir, dengan tujuan untuk menunaikan solat terawih. Ramadan semakin menghampir

Nota Ramadan: Muhasabah Kematian

Image
Google image Salam Ramadan, salam keindahan dan salam keharmonian. Syukur masih bisa dipertemukan lagi dalam perkongsian catatan ramadanku. Hidup tak selamanya dan pasti ada akhirnya. Tua, muda, kecil, besar, kaya, miskin dan sebagainya, satu masa nanti pasti akan pergi meninggalkan dunia ini. Jika Ramadan yang datang setahun sekali akan pergi meninggalkan kita, itu sudah pasti, namun ia akan kembali bila sampai waktunya. Sedangkan manusia belum pasti lagi untuk menemui Ramadan pada masa akan datang, kerana kepergian manusia pasti, dan ia takkan kembali lagi, ia akan pergi selama-lamanya. Pergi takkan kembali, ke alam yang pasti, iaitu alam kematian. “Setiap yang bernyawa pasti mati” -(Maksud al-Quran) Kematian bila sudah sampai saatnya, ia pasti akan menemui kita, tanpa kita undang atau dijemput, ia akan datang tiba-tiba, tanpa kita ketahui. Sama ada kita sakit, kemalangan, dan dalam keadaan apa sekali pun, jika sudah sampai masanya ia tetap akan berlaku. Ia tiad

Nota Ramadan: Solat Terawih Di Masjid As-Syarif

Image
Bersemarak terus Ramadan, di mana-mana pun suasananya sama, meriah, imarah dan terang benderang. Surau-surau dan masjid-masjid begitulah suasananya, lebih-lebih lagi sudah kepenghujung Ramadan. Makin bersemangat untuk terus merebut kelebihan Ramadan agung ini. Dalam catatan ini, aku masih mahu berkongsi catatan harian ramadanku, biar masih banyak lagi yang tertangguh untuk aku coretkan, aku masih berusaha untuk terus menuliskannya. Sedaya upayaku aku mahu mencatat segala apa kegiatan ku dalam bulan Ramadan ini. Biar pun tertangguh semangat untuk menulisnya tetap membara. Dibaca atau pun tidak aku tidak peduli itu semua, satu masa nanti aku boleh baca catatan tulisanku ini. Malam kelapan belas Ramadan, aku bersolat terawih di Masjid As-Syarif, Pekan Meru. Masjid yang tersergam indah, banyak program yang dilaksanakan di sini. Meriah dan Imarah sekali. Setiap tahun memang begitulah suasannya di masjid ini. Pelbagai program telah direncana untuk mengimarahkan Ramadan. M

Nota Ramadan: Malam Ketujuh Belas Ramadan 1436H

Image
Goole Image Hari ini sudah 23 ramadan, cepatkan, tinggal beberapa hari sahaja bulan agung akan meninggalkan kita, pergi buat sementara waktu, sampai masanya nanti akan datang lagi pada tahun hadapan. Kita?, aku?, apakah masih berpeluang nanti akan ketemu Ramadan hadapan?, hanya Allah S.W.T yang Maha Tahu. Masing-masing berdoalah, agar nanti dipertemukan lagi. Oh ya, Ramadan yang berbaki ini, usah dipersia begitu sahaja, untuk aku , aku ingatkan diriku, agar jangan lalai leka, terus pacu dan berbuat sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri. Catatan ini, catatan malam tujuh belas Ramadan yang lalu, apa pun aku akan terus kongsikan, malam ini aku masih bersolat terawih di surau tempat kelahiranku, bersama anak bujang yang setia mengikuti aku. Masih lagi ramai yang berterawih, Cuma aku lihat, anak-anak muda dari kariah tidak ramai, kanak-kanak sebahagiannya masih bermain-main di luar ketika waktu solat terawih dilaksanakan, mungkin perlu ada petugas yang memantau dar

Nota Ramadan: Kelebihan Lailatulqadar

Image
Kita sudah masuk fasa ketiga, fasa terakhir. Allahuakbar…cepatnya…pantasnya…aku, kita bagaimana, sepantas itukah dalam beramal ibadah?. Sepuluh malam terakhir Ramadan ini, bagaimana kita menjayakannya?. Seriuskah atau apakah?. Aku mengingatkan diri ku sendiri, rebutlah sepuluh akhir ini, jangan leka, lalai dan lupa. Malam terakhir ini, dijanjikan satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Cuba fahamkan maksud firman Allah S.W.T di bawah ini. Maksudnya:   “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3) Dan, baca baik-baik beberapa perkara tentang kelebihan Malam tersebut yang aku ambil dari Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan, agar ada manfaat untuk panduan bersama, terutamnya diriku sendiri. Kelebihan Malam Qadar Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada se