Posts

Showing posts from January, 2017

Satu Perjalanan Dalam Dunia Pembacaan Masshah

Image
Dunia buku Masshah, masih lagi berjalan seperti biasa, biarpun penulisan blognya agak perlahan, tiada perkongsian setakat ini. Kini di laman ini, segala aktiviti dan coretan berkaitan dunia bukuku aku nukilkan di sini. Buku tetap menjadi sahabat setiaku. Insyallah, selagi diberi waktu untuk membaca, aku akan terus membaca tanpa malas dan jemu, jika malas dan jemu, tak jadi apa, fikiran kusut, minda beku kerana tidak mahu baca buku. Aku tidak mahu jadi begitu, aku mahu jadi aku yang sentiasa membaca, membaca melorongkan aku ke dunia yang lebih membahagiakan dengan buku. Tanpa buku, dunia ini akan gelap kehilangan cahaya panduan. Membacalah jika anda mahu tahu mengapa perlu membaca. Dan apa nikmatnya dunia pembacaan buku. Jika ditanya bila masa aku mula membaca, aku akan jawab, sejak mula mengenal huruf dan nombor, belajar di sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, syukur, dengan izin Allah SWT,aku diberikan kebolehan untuk mengenal huruf dan sete

Menyediakan Waktu

Image
“ Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa”

Sajak: Teman Yang Tak Pernah Mengecewakan

Image
Teman Yang Tak Penah Mengecewakan Buku itu teman setiaku tatkala aku ditinggal Sang Kekasih Hati teman berbual bicara teman meninjau mengembara ke serata teman berfikir menajam minda ia tak pernah mengecewakan ia sangat setia...sungguh kesetiaanya padu. Buku itu teman setiaku setelah kepenatan membanting tulang mengerah kudrat empat keratku menatapnya menenangkan setiap detik dan waktu setianya tak pernah pudar di mana pun ku pergi ia tetap setia menunggu aku. Ia teman yang tak pernah mengecewakan. Masshah 30hb 01 2017 Meru.

Sajak: Aku Di Sini

Image
Aku Di Sini Teman kini aku di sini mengisi wadah ini sebagai teman sendiri menulis merakam sejarah diri buat pribadi jua untuk dikongsi moga ada ibrah dalam kehidupan. Di sinia mencoret rasa hati menukilkan aktiviti sendiri jua famili realiti kehidupan masakini yang dilalui coretan diri, putera puteri, isteri kerjayaku, bisnesku…segalanya. Merakam waktu yang berlalu buat mengimbau masa lalu mengisi waktu-waktu terluang semoga ada faedah dan kebaikannya di baca sendiri atau teman yang sudi hanya coretan insan biasa-biasa bukan siapa-siapa…terserah. Teman sudilah mampiri wadah ini. Masshah 30012017 Meru.

Tekad Dan Azam

Image
Mulai saat ini, aku akan coretkan segala kegiatanku di blog ini, ya…blog ini. Aku mahu fokus pada satu wadah tetapi pelbagai coretan akan dikongsi di sini. Aku tidak mahu celaru dan keliru sehingga menyesakkan mindaku. Sehingga semua ditinggal kosong tanpa ada sebarang coretan dan perkongsian. Blog ini, permulaan untuk tahun 2017 setelah sekian lamanya tidak menukilkan apa-apa coretan di sini. Telah berjanji pada diriku sendiri, mulai saat ini blog ini akan ku penuhi dengan segala coretan yang telah aku lalui dan yang telah lama bersarang di minda ini, segala kenangan akan aku nukilkan di sini. Aku sudah nekad, sama ada blog ini dibaca orang ataupun tidak aku akan tetap mencoretkan nukilan di sini…aku tidak perduli lagi…ini tekad dan azamku. Membaca status-status para penulis yang berjaya membuatkan aku ingin bermula sekali lagi, biar lambat asalkan sampai, aku akan terus gagahi impian ini. Berjaya ataupun tidak itu kemudian hari hasilnya, yang penting saat in

Sajak: Hancur

Image
Hancur Engkau akan mati musnah segala hancur legasi pasti sedang hampiri semakin realiti saksikanlah... Masshah 27112016 Meru.

Sajak: Marak

Image
Menjulang marak meraung mengelupur rentung hangus... Masshah 2016 27112016 Meru

Sajak: Engkaukah Yang Berbaju Merah Itu

Image
Engkaukah Yang Berbaju Merah Itu Engkaukah yang berbaju merah itu beranimu hanya wang ringgit nilai pribadimu murah sekelumit berpura pertahan harmoni negara cuma hanya tak punya apa gersang dan tandus jiwa juangmu pertahan kuasawan sakit engkau sendiri ringgit sikit. Engkaukah yang berbaju merah itu menangis pilu jika ahli keluargamu tahu bukan sedikit yang sesak sakit perit dari desa ke kota bandaraya semua tersepit kedurjanaan kecelakaan kesialan engkau diam bisu bicarmu kelu tak mampu tetapi engkau cuba sekat si kuning berani memprotes kedurjanaan politikus bacul. Engkaukah yang berbaju merah itu tanpa segan silu mencemar  kehalusan budi budaya bangsa agama malu tiada... cuma upah yang sedikit maruah hanyut terpedaya si bacul tolol samseng upahan sudahlah...cukuplah...tanggalkanlah bajumu elapkan peluh sia-siamu itu...baju merah itu campakan bersama kedurjanaan politikus yang tak pernah kenal makna erti derita marhean.

Serba Tak Kena

Image
Seharian dan semalaman aku asyik di dalam bilik bacaan ku, tetapi sebuah buku pun tidak aku habis hadami. Entah resah apa tiba-tiba menerjah kalbuku. Sana sini serba tidak kena, melihat buku-buku yang tersusun di hadapan mataku pun rasa tidak ada apa-apa, tidak seperti selalunya. Ya ada apa ya dalam benak fikiranku ini. Apa yang menganggui segmen minda ini. Mahu bercinta dan bercakap bersama buku-buku pun seleranya tiada…Allahuakbar… Astaghfirullah al-Azim, berkali-kali aku menyebut naman-Nya. Cuba menenangkan kalbu ini. Aku buka laptopku pagi ini, aku cuba mencoretkan apa yang aku rasa…entah apa-apa aku ini…lama aku tidak mencoretkan apa-apa makna warna-warni hidup ini. Entah apa yang mahu ditulis, agak lama aku tidak memberi pengisian di dalam blog, menulis puisi apatah lagi…entahlah aku buntu..tak tahu mahu tulis apa. Aku biarkan tulisan ini tergantung di sini… Hanya berserah pada yang lebih memahami…Allahuakbar…AstaghfirullahAl-azim!!!

Tulislah Apa-Apa

Image
Dah lama tidak menulis, tak tahu nak tulis apa, pagi ni cuba-cuba nak tulis lagi. Tenaga semakin berkurang tetapi semangat berkobar. Nak tulis soal perasaan…perasaan siapa pula yang aku mahu tulis? Perasaan diri sendiri, sakit hati, geram, benci, meluat, dan macam-macam. Perlukah ditulis? MLM? Entahlah…tulis lainlah…apa kata tulis fasal bisnes? Bisnes apa pula yang aku mahu tulis? Nak kata jual nasi lemak, kuih muih pun tidak, ermm…apa kata tulis fasal bisnes MLM? Bagus juga tu…tapi bukanlah aku orangnya yang nak memperkatakan soal bisnes MLM ni. Nanti ramai yang meluat bila kita tulis fasal MLM ni. Kan ramai yang bertanggapan negatif bila cakap bisnes melalui MLM ni. Pernah tak dengar bila sebut MLM, ramai orang akan kata negatif…macam-macam mereka cakap. MLM?...eeiii…tak naklah…kena cari orang, pergi meting…kena bercakap…takutlah…bencilah…meluatlah…untungkan orang atas sahaja. Kita yang kerja keras, orang atas pula yang kaya raya? Hah! Kan…macam-macam tangg