Posts

Showing posts from December, 2015

Sajak: Teruknya Aku 2

Image
Teruknya Aku 2 Sempat lagi aku mahu bicara dengan kamu semua apa khabar kamu hari, derita mu sering datang pada ku syukur, aku sudah mula berdoa untuk kamu semua setiap lima kali waktu, ku sebut saudaraku di mana-mana ditindas, diterajang, dibunuh…ahh…hari-hari kematian tidak tentu waktunya, ada sahaja yang terkorban Aku di sini, bisa lagi bersenda gurau, membaca buku bersiar-siar bersama famili hingga lupakan kau semua menulis apa sahaja yang terbuku di hatiku, teruknya aku setiap detik ada sahaja dentuman, letusan, letupan bom siang malam mu sama sahaja, entah bila masa lena mu anak-anak kecil mu meronta tangis…ahh betapa peritnya Namun tebalnya keimanan mu, teguh setia pada Ilahi hanya Tuhan tempat kau mengadu, merintih sayu sepi betapa kau kuatnya, dibawah runtuhan batu-batu pejal jadikan tempat mu beradu dan mengadu pada-NYA setiap hari begitulah, biar apa terjadi sudah dijanji Ilahi Ya Rabb… Tuhanku selamatkanlah saudara-saudarak

Sajak: Teruknya Aku

Image
Google Image Teruknya Aku Apa khabar saudara-saudara seagama ku di seluruh dunia sering menjadi bahan ujian senjata para musuh angkuh sudah bukan menjadi bahan ujian, sudah pun menjadi mangsa beribu bahkan sudah berjuta terkorban mati di sana sini aku di sini cuma mendengar, membaca, melihat di kaca TIVI tentang suka duka penderitaan mu, siang malam derita selamanya. Aku di sini, boleh lagi suka-suka, ketawa-ketawa, berlucu-lucu sesekali cuma baru teringatkan kamu semua, teruknya aku sekadar simpati di hati, jarang sekali menangisi kalian di sana doa hanya sekali-sekala tidak berkali-kali setiap hari, ah teruknya aku maafkan aku…aku cuba mahu berubah untuk sentiasa mendoakan kalian setiap seusai waktu solatku…ya, aku akan cuba…aku doakan kamu semua di sana. Masshah 26052015 Meru.

Sajak: Mampukah Hindari

Image
Google Image Mampukah Hindari Ke kiri atau ke kanan Ke depan atau ke belakang Ke atas atau ke bawah Ketengah atau ketepi. Bahkan… di bawah tanah di dalam gua batu pejal di dalam bilik besi di dasar laut dan di mana-mana pun kau mahu lari. Larilah…larilah Larilah  sejauh mana larilah selaju mana larilah sekuat mana jauh…jauh…jauh hindarinya. Mampukah Menahannya Menghindarinya Mengelakkannya Menjauhinya. Saatnya itulah hadir Tak tertahan Ia pasti dan pasti Detik MESTI Yang dijanji Ilahi. Masshah 29122015 Meru.

Sajak: Beban Yang Membebankan

Image
Beban Yang Membebankan Kau sepatutnya meringankan beban kami tetapi sebaliknya kau membebankan kami beban yang kau bebankan kepada kami sungguh sangat membebankan kami sememangnya kau suka sangat membebankan kami. Entah sampai bilalah kami terpaksa menanggung beban beban-beban yang menggunung ini sungguh menyesakkan hidup menyukarkan kami untuk bernafas lebih membahagiakan namun kau tak pernah merasai ‘nikmat beban’ yang kami rasai sungguh…memang kau sangat pemberi bebanan. Masshah 29122015 Meru.

Sajak: Detik Itu Pasti

Image
Detik Itu Pasti Di mana-mana Bila-bila Setiap waktu Setiap detik Tiba-tiba Ia memburu Ia mengekori Ia menepati Ia mendatangi Tak terlewat Biar sedetik mahupun sesaat Ia pasti ia mesti Tak boleh dihalang Tak boleh dilarang Tak boleh ditangguh Tak boleh simpati. Itulah detik KEMATIAN . Masshah 24122015 Meru.

Sajak: Pasti Ada Pilihan

Image
Pasti Ada Pilihan Usah salah jalan usah salah pilihan jalan itu jalan kebenaran pilihan adalah kemestian usah sesekali tersalah langkah kelak susah merana di sana. Kebenaran tetap kebenaran kebatilan tetap kebatilan keduanya tidak boleh bersama kebenaran tetap menolak kebatilan kebatilan tetap menolak kebenaran antara keduanya pasti ada pilihan. Pilihan yang haq damai bahagia pilihan kebatilan sengsara merana. Terserah! Masshah 24122015 Meru.

Sajak: Makin Gusar

Image
Makin Gusar Aduhai alahai Sekejap ke kanan Sekejap ke kiri Sana pusing Sini pusing Sana putar Sini putar Mana yang benar Siapa yang benar Betul atau salah Yang batil tetap musnah Yang haq pasti menyerlah. Cukuplah usah berdegar-degar Pengikut makin gusar Pengundi fikir sukar Perjuangan makin tersasar Impian musnah menyasar. Memang sukar! Masshah 24122015 Meru.

Nabi Untuk Semua

Image
Nabi Untuk Semua Rabiulawal datang lagi Bulan kelahiran nabi Malam membaca berzanji Tanda nabi tetap di hati. Muhamamd pesuruh Allah Terima wahyu di gua Hira Berjuang susah itu sunatullah Hidup sabar redha serta pasrah. Tanda cinta amal sunnah Ucapakan selawat bukan susah Dia nabi uswatun hasanah Amalkan sunnah tinggal bidaah. Kelahiran nabi untuk semua Dari manusia jua seluruh semesta Ucapkan selawat setiap masa Bukan hanya dirabiulawal sahaja. Jangan lupa dua perkara Wasiat nabi untuk kita Takkan sesat selama mana Quran assunnah tetap diutama. Perjuangan nabi kita ikuti Bijaknya nabi mesti contohi Jasanya besar jangan dilupai Agar kehidupan kita diredoi. Masshah 24122015 Meru. ALLAHUMA SOLI ALA’ MUHAMMAD!

Sajak Pilihan: Penyair

Image
Sajak Pilihan: Penyair Berdendanglah bersyairlah berpantunlah berselokalah bersanjaklah Wahai taulan penyair! Lagu merdumu Syair sendumu Pantun ibaratmu Seloka kiasmu Nazam Tazkirahmu Sanjak suara batinmu semoga membelai jiwa nan rawan menuntun akal nan walah memujuk hati nan walang mengurung nafsu amarah. Biarkan cemuhan mahupun sendaan dibawa angin berlalu ke rimba raya kerana dikau akan beban yang mesti kau galas ada gagasan yang mesti kauperjelas ada peringatan meskipun majaz sebagai penunjuk akal budi kekal waras. berdendanglah bersyairlah berpantunlah berselokalah bernazamlah bersanjaklah. Wahai, taulan penyair! Selama paksimu berlunaskan hidayah selama hatiku tunduk menyerah selama niatmu kerana Allah selama jalanmu menurut risalah. Karya: Awang Sariyan Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Dari Buku: Kumpulan Puisi Mencari Makna Diri Muka Surat: 52 dan 53.

Sajak: Semua Kerana Muhammad

Image
Sekadar gambar hiasan Semua Kerana Muhammad Pembawa berita gembira pembawa kasih sayang pembawa keamanan kedamaian segalanya menurut wahyu yang diterima. Pelbagai bangsa berdamai kasih persaudaraan terjalin mesra akhlak luhur pakaian diri Allah diagung dipuji kebenaran terserlah di mana-mana usaha dakwah bertebaran di setiap penjuru benua. Dialah junjungan al-Amin dialah uswatun hasanah dialah insan kamil dialah rasul nabi pilihan-Nya dialah Muhammad Habibullah semua kerana Muhammad. Masshah 23122015 Meru.

Sajak: Bakti Junjungan

Image
Bakti Junjungan Insan agung suri tauladan lahirnya untuk seluruh alam jahiliah lenyap datang kebenaran bangkit yang haq sirna kebatilan. Terjalin kasih sayang sesama insan rukun damai hidup berpanduan akidah haq ditegakkan seantero benua damai terserlah. Jasa bakti junjungan kekasih Ilahi selawat tanda insan mengasihi. Masshah 22122015 Meru.

Syair: Perpaduan

Image
Musim-musim orang nak berpadu, bersatu dan perpaduan ni eloklah bersyair berkaitan dengan perpaduan.  Mari kita bersyair… Syair Pilihan: PERPADUAN Negara kita pelbagai bangsa Berbeza pandangan perkara biasa Jangan dibiar menjadi bisa  Hidup terancam sepanjang masa. Berbeza budaya bukan halangan Jurang kecil dibesar jangan Kurangkan iri anjur rundingan Harmoni nusa kian berpanjangan. Kepada orang hendaklah hormat Hendak menegur hendaklah cermat Bersatu padu itu matlamat Jangan dinyala dendam kesumat. Semua tak boleh mementingkan diri Berjuang untuk kaum sendiri Sejarah lama harus susuri Insaf hakikat sedarlah diri. Serulah semua agar bersatu Membina Negara biar bermutu Besar hasilnya sudahlah tentu Wawasan Negara tercapai jitu. Semangat mulia bertolak ansur Tidak menyombong jadikan unsur Taraf tak hilang jika menyusur Bagai gabungan pana dan busur. Hendaklah ikhlas bersatu hati Bukan mengharap pulangan n

Sajak: Panggilan Ilahi

Image
Berpakaian serba putih membawa hati yang bersih patuh dan taat pada Allah menuju padang Arafah seolah panggilan mahsyar... harapan haji mabrur dan mabrurah terserah pada-Mu. Masshah Meru.

Sajak Pilihan: PENAKONAN

Image
Sajak Pilihan: PENAKONAN Puniko penguripan iki onten remehe dedulur tonpo rini teko lungo, koyo ngimpi. Penakonan sa-iki piro omahmu, ageng nopo alit piro olehanmu bonten kemulan rini. Sa-iki-ne bonten onten crito lio lione pesantren lan universiti otowo gedene omah lan kereta-ne rini lan duwene, pangkat lan kerjane gelandangan otowo sugih reto. Iku penakonan sa-iki katah rinine...okeh dulure dak ono wong saget podo takon dak ono wong ngaku duluran angger...urepe loro sengsoro. Iku penguripan sa-iki nek bonten duwean opo-opo koyok kintel nembang kepanasen dunyo sa-iki, dunyo rini bonten duwean sekabehane deden menuso, eng sempurno Karya:  Saring Sirad

Sajak: Orang Besar Orang Kecil Orang Susah

Image
Orang Besar Orang Kecil Orang Susah Cerita orang besar usah masuk campur dikatanya kita hanya orang kecil yang hanya punya kecilnya hasil. Biarkan saja kita hanya cari makan tak makan tak hidup tak hidup tak makan. Tak sepertinya orang kaya hidup serba kecukupan tak pernah habis-habis begitu sekali hidupnya. Orang susah, mengata mereka yang ada kuasa dikatanya kita mengumpat sedang mereka terus menzalimi orang susah. Orang besar tak apa-apa mereka suci mulia usah dikata-kata lalu kita dibawah kuasanya apa tak punya suara apa-apa? cukup terima apa saja angguk-angguk ya ya ya Lalu hati bertanya; Betapa bodohnya orang kecil orang susah selama-lamanya diperbodoh-bodohkan oleh pemikiran dangkal tak berakal. Sial dan kesal. Masshah 6082015 Meru.