Posts

Showing posts from 2013

Sajak: Membaca Direalisasi

Image
         Membaca Direalisasi                                  Sudah tersingkap dalam kalam suci gesaan membaca buat semua usahlah dinafi seruan murni semoga tidak dipersia. Lapangkan hati bukalah minda dari satu generasi sehingga kini seruan suci tetap abadi amalan membaca di mana-mana. Dari satu tamadun ke satu tamadun kejayaan demi kejayaan dicapai hasil membaca melahirkan ramai ilmuan tersingkap sudah bukti pencapaian digapai. Dari sekolah atap hingga ke pusat pengajian tinggi membaca menjadi budaya diri meningkatkan prestasi serta motivasi itu tanda, membaca sudah direalisasi. Kini sudah terbukti di mana-mana membaca menjadi hobi terkini tersemat pada diri menjadi budaya kalam suci tersemat di sanubari. Ayuhlah...membacalah, anda tak akan rugi!. Masshah 2013 28hb 06 2013 / Sabtu Bilik buku Meru Selepas asar.                                           

Sajak: Maha Baiknya Engkau

Image
Maha Baiknya Engkau Setiap saat aku bernafas sesungguhnya kau Maha Hebat semuanya milik-Mu sekadar pinjaman buatku untuk diperguna mengagungkan-Mu... Terima kasih Tuhan Maha Baiknya Engkau. Masshah 2013 28hb 06 2013 / sabtu Bilik buku Meru Selepas asar

Sajak: Perjalanan Suci

Image
Perjalanan Suci Perjalanan suci menuju ilahi anugerah istimewa yang diberi usah diabai dan diengkari mesti disyukuri agar ibadah menjadi. Beruntunglah pada diri kerana terpilih, menjadi tetamu ilahi, perjalanan suci elakan sifat amarah buangkan segala mahzummah sucikan hati untuk ziarah dan umrah. Bersihkan diri sucikan hati banyakkan berzikir ingatkan ilahi perjalanan suci pasti diredai amal ibadah pasti diberkati. Buangkan sikap riak yang keji betulkan niat sebelum pergi tetap teguh pada yang PASTI pada ilahi sudah semesti tetapkan niat nan suci jika tidak rugi kemudian hari. Tinggalkan dunia sementara di hati di hadapan kaabah rendahkan hati tunduk patuh hanya pada ilahi DIAlah hanya yang memberi rezeki. Berpakaian ihram putih bersih tanda hati tulus pada ilahi pakaian putih bersih itulah yang akan membungkus diri bila mati. Pada tawaf dan saie menguji minda dan fizikal diri hanya tautan hati pada ilahi

Sajak: Pusaka Abadi

Image
Pusaka Abadi Pusaka abadi peninggalan seorang nabi jangan sesekali kau tinggali kelak nanti kau akan rugi. Pegangi dan ikuti telusuri segala sirah dan sunnahnya pakailah dan hiaslah sebagai penghias pribadi diri. Usah disanggahi dan diragui segala peninggalan ini ia adalah pusaka yang akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi hingga ke akhir zaman. Ingati pada diri usah sesekali mencaci dan mengeji pusaka abadi ini, kelak merana, akhirat menanti rugi diri sendiri. Agar pusaka ini terus diwarisi amalkan pada diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Yakinilah dunia pasti harmoni. Masshah 2013 Bilik buku Meru.

Sajak: Ku Hadir

Image
Ku Hadir Ku hadir dipersetiga malam menyahut panggilan-MU ku sahut jemputan-MU untuk mendapat Rahmat dan kasih sayang-MU. Ku hadir, tika umat sedang nikmat dengan dengkur, ku datang, tika jiwa rasa rindu teramat pada Rabb. ku hadir, dengan harapan cintaku kau balas. ku dekat bermunajat agar segala berkat dan nikmat meresap di kalbu Terimalah aku Ya...Rabb...! Masshah Bilik buku Meru.

Sajak: Buat Perwira Pertiwi

Image
Buat Perwira Pertiwi Pengorbananmu terlalu tinggi buat pertiwi pada setiap sempadan negeri kau kawali setiap waktu tanpa ada rasa letih dan jemu kerana kau tahu itu tugasmu. Pada setiap tempat yang kau jagai nyawamu belum tentu kerana bila-bila masanya melayang tanpa diundang biar berkorban atau terkorban tiada gentar dalam jiwamu semangat perwira pembela pertiwi kuat , kukuh, teguh dalam semangat juangmu. Perjuanganmu bukan kerana nama, bukan kerana pangkat, juga bukan kerana mengejar darjat namun, namamu akan tersemat kuat melekat pada setiap jiwa umat, yang sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanamu. Kaulah perwira pertiwi selamanya di hati kami. Masshah 2013 Bilik buku Meru.

Sajaj: Pada Usia

Image
Pada Usia Usia hanya pinjaman buat insan, jangan dilupa bekalan kelak tiada kerugian. Manfaatkan usia yang masih tersedia agar hidup tidak dipersia-sia. Pada usia yang bertambah bukan untuk dipersia agar sentiasa bersedia untuk ke sana. Pada usia yang ada pengingat diri yang alpa agar nikmat tidak dilupa ia pinjaman sementara esok, lusa atau entah bila kembali kepada-NYA. Pada usia yang semakin dewasa lupakan sengketa sesama saling bermuhasabah saling berjanji setia agar usia dinikmati dan dimanfaati bersama. Pada usia usah diingkari nikmat ilahi syukuri yang diberi agar  hidup bahagia dan harmoni. Ingatlah wahai diri pada usia yang diberi jangan dipersia walau seinci kelak kau akan rugi. Masshah 2013 Bilik buku Meru. ( Ditulis sempena ulangtahun kelahiran pada 2.3.2013 )

Sajak: Lahad Datu Oh Lahad Datu

Image
Lahad Datu Oh Lahad Datu Ada yang sudah tahu ada yang tidak tahu ada yang buat-buat tak tahu ada yang tak nak ambil tahu ada yang langsung tak tahu. Lahad Datu oh Lahad Datu ada yang terkedu ada yang termanggu ada yang tidak tentu ada yang melulu ada yang cuba mahu menipu ada yang mahu buat salah laku ada yang mahu bikin sandiwara. Lahad Datu oh Lahad Datu ada yang merayu ada yang kelu ada yang keliru. Pada akhirnya…lahad datu… ada yang sendu ada yang pilu ada yang sayu. Masshah 2013 Bilik buku Meru.

Sajak: Cukuplah Sekali

Image
Cukuplah sekali Cukuplah sekali jangan sampai dua kali kerana bicaranya tidak boleh dipercayai cukup sudah yang dulu-dulu, Jangan cuba melulu fikir-fikir dulu walau dengan kata ‘cuba dulu’ itu semua tidak perlu. Ingat pada cerita dulu selepas berpadu bersatu, bersama tapi tidak sebulu akhirnya ditendang, kecundang cukup meradang. Masshah 2013 Bilik buku Meru 15.02.2013/12:38 tengahari.

Sajak: Bila Hukum Allah Di Ketepi

Image
Bila Hukum Allah Di ketepi Bila hukum Allah diketepi macam-macam berlaku buruk tingkah laku, bencana dan tragedi semakin menjadi-jadi. Antara yang sudah terjadi ramai yang sudah menyaksi antara anak, suami dan isteri saling menderhakai rumahtangga tiada harmoni satu sama lain mementingkan diri sendiri hilang rasa cinta dan kasih sayang ini semua mesti dijauhi. Dalam sebuah Negara atau negeri pemerintah tidak kira halal dan haram semua diceburi yang penting ekonomi menjulang tinggi arak dan judi merata dan melata, amanah tidak ditunai kezaliman, tindas-menindas, korupsi dan banyak lagi semakin menjadi-jadi, tidak dipeduli rakyat menderita hilang kasih sayang, janji tinggal janji namun ditaburi di sana sini tetap tidak ditepati ini semua perlu direformasi. Dalam kehidupan bermasyarakat saling dengki mendengki, mementingkan perut sendiri yang susah diketepi tanpa dibantui yang kaya terus kaya, yang miskin terus papa