Posts

Showing posts from June, 2018

Syair Hari Raya

Image
Syair Hari Raya Berpakaian sungguh menarik Wajah tersenyum indah disolek Duduk bersimpuh ramai tertarik Adat dan sopan usah dicarik. Berhari raya pulang ke desa Melepas rindu kedua ibu bapa Usah dilupa adat dan budaya Maaf bermaafan sesama kita. Dihari raya buangkan gelisah Banyakkan berdoa kepada Allah Jangan tidak ziarah menziarah Kelak tersekasa di alam barzah. Hari raya bukan bulan berpesta Namun banyak makna juga cerita Bersedekahlah mereka berharta Hidupkan tenang tanpa derita. Masshah 2018 Meru.

Ramadan dan Syawal

Image
Ramadan dan Syawal   Ramadan, sebulan kita berpuasa, menahan nafsu makan dan minum, bahkan menahan nafsu dari berkelamin, berdendam, adu domba, menghasut, fitnah, mengumpat dan pelbagai lagi. Syawal, kita teruskan dengan perkara yang sama,kita tambah lagi dengan amalan berkasih sayang, menghubungkan silaturrahmi sesama kita. Moga Allah SWT menerima segala amal ibadah sepanjang Ramadan, syawal dan bulan-bulan yang seterusnya. Aamiin Ya Rabb!!! Masshah 2018 Meru.

SELAMAT HARI RAYA 1439H/2018M

Image
"تَÙ‚َبَّÙ„َ اللّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َّ Ùˆَ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ صِÙŠَÙ…َÙ†َا Ùˆَ صِÙŠَÙ…َÙƒُÙ…ْ" Semoga Allah menerima  amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan, dan mengampunkan semua dosa kita. Semoga anda sekeluarga bahagia dan ceria dengan kesyukuran dihari raya ini. SALAM EID UL-FITRI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN Daripada: Zaman Shah Saiyan dan Keluarga

Buku Peperangan Terakhir Uthmaniyah

Image
Sudah sampai buku(15hb Mei 2018) 'Peperangan Terakhir Uthamaniyah',Buku karya Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad. Terima kasih Akak  Saodah Hj Lasim  yang menguruskan pembelian buku tersebut.  😉 Semalam baru sampai...lepas ni meneroka sejarah Turki Kerajaan Islam Khalifah Uthmaniyah.  

Nikmat Sebuah Buku

Image
Nikmatnya sebuah buku bila ia ditulis dari hati yang luhur.