Posts

Showing posts with the label Suara Hatiku

Mulai Sekarang

Image
Sebenarnya menyesal pun tak ada gunanya. Bila diingatkan balik memanglah banyak dan terlalu banyak. Catatan kehidupan yang dilalui. Namun, masa yang ada ini sudah sewajarnya aku manfaatkan untuk menulis dan membukukan untuk tatapan masa depan anak-anakku dan masyarakat awam kalau ianya wajar  dan bermanfaat untuk mereka. Tulisan biasa dari orang biasa-biasa. Tulisan orang kecil dari orang kecil. Apa yang hendak dimalukan kan? Setiap dari kita ada sejarah kehidupannya sendiri, ada warna warni tersendiri. Tak kira siapa, orang berpengaruh atau tidak, popular atau tidak, masing-masing ada jalan kehidupan dan cerita tersendiri. Kalau tidak ditulis sekali pun. Setiap orang akan ada buku catatanya sendiri masing-masing. Kita tidak mencatatnya, malaikat raqib dan atid tetap setia dengan tugasnya untuk mencatat segala perbuatan kita. Mana mahu lari. Ya...itu sudah pasti, kerana di sana tetap menanti. Yang aku mahu ceritakan berkaitan mengapa aku tidak mahu menu...

Ruangan Sastera Di Akhbar

Image
Keratan akhbar ruangan sastera dan sanggar keratif  dari akhbar  Berita Harian dan Berita Minggu yang dikumpul. Satu ketika dulu, memang aku sangat anti dengan akhbar arus perdana, tahu-tahu sendirilah akhbar yang mana satu. Oleh kerana disebabkan cara pemberitaan yang berat sebelah terutamanya berkaitan laporan berita politik dan cerita politik bagi pihak oposisi. Mahu tengok pun meluat dan menyampah, ketika itulah. Secara pribadi, aku memang suka membaca perkembangan politik tanah air, baik dari pihak kerajaan mahu pun pihak oposisi. Itu dululah…akhirnya aku perlu akur, mahu tidak mahu, aku kena beli dan baca. Kini, aku beli dan baca lebih kepada ruangan sastera dan perkembangannya. Walau pun aku bukan aliran sastera ketika belajar dahulu, entah mengapa jiwa ini minat dalam perihal cerita sastera. Ruangan sastera di akhbar Berita Harian (setiap hari, sabtu dan Ahad) menjadi kegemaranku. Juga di akhbar Mingguan Malaysia, ruangan sastera dan buda...