Posts

Showing posts from February, 2018

Menulis Bersemangat

Image
Menulis itu kadang-kadang bersemangat,  kadang-kadang lambat sangat...alahai...

Dari Gramedia, Kedai Buku Sinar Bestari Ke MPH

Image
Dari Gramedia, Kedai Buku Sinar Bestari Ke MPH Beberapa tahun yang lalu, penutupan kedai buku Gramedia(berpindah ke Selayang) sangat mendukacitakan dan mengecewakan aku. Salah satu sebab ianya satu-satunya kedai buku yang berada di Tesco Setia Alam waktu itu.Ia kedai buku yang menjadi singgahan dan tumpuanku setiap kali selesai membeli barangan di Tesco. Pelbagai buku dari rumah penerbitan ada di situ. Buku-buku dari penulis Indonesia juga banyak di situ. Memang pun ia merupakan kedai buku berasal dari Indonesia kalau tak salah aku. Selepas itu tiada lagi kedai buku, hampir beberapa tahun. Bila mahu cari buku terpaksa ke Kompleks PKNS, Shah Alam. Selain itu, aku aktif juga membeli secara talian. Pantang lihat ada buku promosi dan diskaun aku beli.Kemudahan dihujung jari dimanfaatkan sebaiknya. Tidak beberapa lama kemudian muncul kedai buku baru milik Karangkraf. Hati mana tidak suka dan gembira selaku pembeli dan pembaca melihat kedai buku baru. Ia tetap menjadi tumpua

Jalan-Jalan Cari Buku Di Jualan Gudang Bookpecker

Image
Hari isnin yang lepas, aku jalan-jalan cari buku di Jualan Gudang Buku Bookpecker, di Tesco Setia Alam. Buku-buku semurah RM3 hingga RM10. Dapatlah beberapa buah buku untuk bacaan bilik buku ku.Nanti aku kongsikan dalam entri seterusnya.

Kejutan Dua Kematian

Image
“Seseungguhnya setiap yang bernyawa pasti menemui kematian” Namanya juga kematian, ia tidak diundang, datangnya tiba-tiba. Waktu sedang sakitkah atau sedang sihat bugarkah, itu semua serba kemungkinan hadirnya. Tidak sesiapa yang mahu kematian datang menjemput diri,tapi begitulah yang namanya kematian…ia hadir tiba-tiba, tanpa dipaksa-paksa dan tanpa dijemput. Bila sudah waktu ajalnya, ia tetap akan merengut nyawa sesiapa sahaja. Atas perintah Yang Maha Kuasa. Hari ini,aku dikejutkan dengan dua berita kematian.  Bila membuka mesej dari ‘Whatsupp’, abang memberitahu, jiran sekampung telah meninggal, agak terkilan, aku baca mesej sudah lambat, jenazah sudah dikebumi. Menurut abangku, sakit jantung, Almarhum Abang Osman(Osman Paip) dulu jiran bersebelahan rumah abangku sewaktu menyewa di Jalan Nenas, Meru. Orang memang baik dan suka menolong orang. Hari-hari biasa memang aku sering Nampak Almarhum, maklum sahaja, rumahnya sejalan dengan rumahku. Bila jumpa di teng

Jualan Gudang Buku Bookpecker

Image
Mengikut maklumat melalui muka buku bookpecker, jualan tersebut berlangsung selama sebulan. Orang-orang Meru, Kapar, Setia Alam dan kawasan yang berdekatan bolehlah memeriahkan dan memanfaatkan jualan gudang buku ini. Pelbagai buku dari rumah penerbitan ada di sini. Semurah RM3, RM8, RM10 dan diskaun 20% untuk buku yang masih baru. Jom, manfaatkan cuti Tahun Baru Cina ke Jualan Gudang Buku Bookpecker.

Sedarlah

Image
Sedar-sedarlah kita, tempat yang kita tumpangi ini hanya sebentar  dan sementara. Ada lagi tempat yang kekal abadi untuk kita tumpangi.

Sajak: Andai Sudah Ada

Image
Andai Sudah Ada Andai sudah ada suara-suara lucu berbicara perihal rakyat andai sudah ada wajah-wajah mohon simpati andai sudah ada janji-janji ditabur sana sini andai sudah ada rayuan-rayuan pilu merayu andai sudah ada perilaku santun bersama orang tua andai sudah ada pokok getah dipahat orang tertentu andai sudah ada mereka berbasikal ala marhean. Andai sudah ada berbekalkan nasi bungkus ala mat kilang andai sudah ada berjubah putih tunduk layu tawadhuk  andai sudah ada kemesraan aneh di warung-warung kopi andai sudah ada lompat melompat tidak puas hati andai sudah ada jalan berlopak berlubang berganti. Andai sudah ada huluran-huluran sampul berwarna andai sudah ada kain batik roti kering gula sekilo andai sudah ada panji-panji berwarna warni sini sana andai sudah ada  fitnah bertebaran berleluasa andai sudah ada samseng upahan beroperasi andai sudah ada suara kemesraan  dari kiri atau kanan andai sudah ada tiba-tiba harga minyak turun murah andai sudah ad

Ke Segenap Penjuru

Image
Berjalanlah ke segenap penjuru dunia, kamu akan tahu apa di situ.  Maka bertebaranlah kamu di mana-mana yang kamu mahu.

Bilik Bukuku

Image
Bilik bukuku...tak tahu nak kongsikan apa. Peminat-peminat  buku boleh menikmati gambar-gambar dari arah atas. Bersepah sana sini...mari bina bilik buku di rumah masing-masing. Ikut saranan As-Syahid Hassan Albanna. Kongsikan bilikbuku @ rak buku kawan-kawan di komen. #jombacabuku #duniabukumasshah

Ketika Mengingati-Mu

Image
Jika Kau mahu ambil aku.  Ambilah ketika aku mengingati-Mu.  Jangan Kau ambil aku ketika leka dari mengingati-Mu.

Tamat

Image
Gelap Sunyi Mati.

Hadiah Buku

Image
Hadiahkanlah buku kepada sesiapa sahaja.Mereka suka atau tidak bukan urusan kita. Apa yang penting, kita sudah hadiahkan sesuatu berharga buat mereka.Jadikan buku sebagai hadiah terbaik untuk sesiapa yang kita sayangi.

Majalah Untuk Rujukan

Image
  Dalam bilik bukuku, masih tersimpan majalah-majalah seperti Tamadun, Siasah, Wasilah, Konsep, Detik dan beberaoa makalah politik yang tidak berkala. Tulisan-tulisan dari Ahmad Lutfi Othman,Suria Janib,MSO, dan beberapa lagi penulis politik tanah air mengusai majalah-majalah politik tersebut. Sesekali bila aku rindukan tulisan politik waktu itu, aku belek-belek semula dan baca tulisan mereka. Isu sekitar Pemecatan Anwar Ibrahim menjadi polemik hangat waktu itu, majalah Tamadun pernah menjadi hangat dipasaran. Aku tidak pernah tertinggal setiap kali keluaran. Begitu majalah siasah, Detik dan selainnya. Itu dulu... Ketika ini, bila ada orang lain mahu cari isu-isu terdahulu yang pernah menjadi berita tanah air melalui majalah tersebut, InsyAllah, aku masih menyimpannya. Mungkin mahu dirujuk sebagai bahan kajian, penulisan dan sebagainya. Terbaharu seorang kenalan muka buku telah berminat untuk meminjam sebagai bahan rujukan untuk 'assigment'. Semoga apa yan

Industri Buku Negara Merudum?

Image
Dengar cerita industri perbukuan Negara kurang memberangsangkan. Tapi, sebagai pembeli dan pembaca aku terus membeli selagi ada bajetnya. Sebagai tanda sokongan kepada para penulis di Malaysia. Para penulis jangan pula malas menulis disebabkan kemerunduman ini...InsyaAllah, ramai lagi yang mahu membeli dan membaca buku-buku kalian. Orang yang nak membaca tetap masih mahu membeli buku...2018, buku tetap menjadi makanan yang sedap untukku...bagaimana kamu? 😉 ... Sokonglah Industri Penulisan Malaysia!

Pesan Untuk Menulis

Image
Tiada apa lagi mahu diperkatakann pesan bijak pandai ini. Sungguh ianya sangat menusuk kekalbuku, pesan menulis untuk aku dan kita. 'Tanpa permulaan tidak ada kesempurnaan' , jika tidak dimulakan proses penulisan bagaimana kita mahu tahu sesuatu tulisan itu baik, bagus dan kesempurnaan jua hasilnya. Jika tidak dimulakan dengan kesungguhan dan keyakinan diri sendiri untuk memulainya bagaimana impian menjadi penulis bisa direalisaikan. Kegagalan setiap permulaan itu pasti, itulah kejayaan pertama kerana keberanian mencuba, tanpa keberanian mana mungkin kejayaan akan tercipta.  Menulislah...tulislah,  'jangan takut gagal, 'takutlah kalau kita tidak memulakan' .

Yang Pasti

Image
Jangan bohongi dirimu dengan sesuatu yang tidak pasti, percayailah yang pasti itu akan memberikan kau kebahagian dan yang pasti itu juga akan memberi kecelakaan. Pilihlah kebenaraan, nescaya yang pasti memberi kejayaan. Jika kebatilan pilihanya, yang pasti kecelakaan menunggu di sana. Percayalah YANG PASTI ITU PASTI!.

Hampir Dengan Kematian

Image
Terlalu hampirnya aku dengan kematian, apakah aku sudah bersedia, bagaimana persiapanku, apakah bekalanku sudah mencukupi... "Ya Rabb! Pimpin dan bimbingilah aku dalam cahaya petunjuk-Mu..."

Selagi Terdaya

Image
Sebenarnya jika mahu ditulis tentang kehidupan ini memang terlalu banyak. Ada suka, ada duka, ada gembira, ada tenang bahagia, ada ujian...dan bermacam-macam lagi. Namun, itu menuntut kesungguhan untuk dinukilkan sebagai tulisan atau karya. Justeru, selagi terdaya lakukan semampunya

Rindu Suasana Dulu

Image
Tiba-tiba aku terkenangkan... "Sekitar belakang rumahku waktu dulu ada pokok kelap sawit, pokok getah, juga ada tanam nenas, keledek, jagung dan macam-macam. Kanan kiri tepi rumah ada pokok jambu air, pokok limau bali, pokok jambu bertih, pokok betik, pokok durian belanda,pokok belimbing, dan pokok herba-herba seperti kunyit, lengkuas, pokok daun kari dan lain-lain. Manakala bahagian depan ada pokok kelapa, pokok kopi, pokok koko,pokok cengkih, pokok keladi, pokok rambutan, pokok mangga dan bunga-bungaan di halaman rumah. Begitulah gambaran pemandangan kawasan rumah sewaktu dulu. Menghijau dengan pepohonan dan keindahan bunga-bungaan.Nyaman dan tenang sekali. Itulah memori yang masih tergambar-gambar diruang ingatanku. Bahkan sayuran pun turut mudah diperolehi seperti kangkung, paku pakis, daun ubi, adakalanya jika musim hujan cendawan pula menjadi bahan masakan yang sangat sedap. Itulah sewaktu dulu, yang kini sukar untuk dilihat dan dinikmati. Indah dan tenangnya

Teknologi Gunakan Sebaiknya

Image
Teknologi kurniaan Tuhan untuk semua manusia. Kewujudannya memudahkan. Jika digunakan untuk kebaikan, baiklah ia. Jika sebaliknya, padahlah akibatnya. Justeru itu, gunakanlah ianya untuk mencari redha Allah SWT.

Kenangan Indah Bersama Penyair Ahmad Sarju

Image
Sebagai seorang pembaca, bertemu penulis adalah kenangan yang paling indah. Dalam kesempatan bertemu macam-macam boleh ditanyakan tentang dunia penulisan seorang penulis.  Penyair dari Klang, Cikgu Ahmad Sarju,pertemuan di Majlis Moreh Puisi Dinihari di Perkarangan Rumah Dr.Ibrahim Ghaffar, menemukan aku dengan beliau, ketentuannya aku duduk semeja dengan beliau sewaktu makan-makan.  Selesai makan, santai-santai sambil menonton persembahan puisi dari  para penyair, aku mengambil peluang berborak-borak dengan beliau. Serba sedikit pengalaman menulis dan tips penulisan beliau kongsikan.  Itulah kenangan berharga bila bertemu dengan orang-orang hebat. 

Hamba Yang Bersyukur

Image
Pagi yang indah dan damai, syukur Alhamdulillah masih diberi nikmat udara yang nyaman, denyut nadi masih berdenyut, mata bisa lagi menatap putih awan di langit, keindahan waktu pagi, hiruk pikuk, kenderaan bersimpang siur...indah bukan?  Nikmat  Allah SWT mana lagi yang mahu didustakan? Segala-gala milik-Nya. Sebagai insan kita wajib mensyukuri apa yang ada. Lihat pagi ini, mentari masih lagi mahu memancarkan cahayanya.  Suri rumah masih boleh menjemur pakaian, penoreh getah tersenyum syukur hujan tidak turun pagi ini.  Dan, aku...aku bisa pulang rumah setelah habis kerja dengan bahagia, Allah...Allah...Allah, besarnya nikmat yang diberi dan dipinjamkan.  "Jangan Engkau jadikan aku, insan yang engkar, sombong, ego...maafkanlah aku andai terselinap sifat-sifat keji tersebut Ya Rabb! Ampunilah hamba-Mu ini. Jadikanlah aku hamba yang bersyukur." Aamiin Ya Rabb!!!

Memori Darul Arqam

Image
Alarqam@Darul Arqam sebuah badan dakwah yang mengajak manusia ke jalan kehidupan Islam yang syumul. Itulah yang aku tahu ketika itu. Orangnya berjubah dan berserban, ada jangut di dagunya. Manakala kaum wanitanya berjubah dan berpurdah hitam dan putih. Kata-kata pangilan yang biasa dengar dulu-dulu orang pangil 'orang dakwah'. Aku ada sedikit momen-momen yang boleh aku cerita. Biar pun bukanlah aku jika mahu bercerita tentang Alarqam ini. Aku bukan ahli jemaah ini cuma aku ada pandangan sendiri tentang Darul Arqam ini. Bila sebut arqam, ada yang suka dan ada pula yang tak suka. Kini jemaah ini sudah tiada lagi setelah diharamkan pada tahun 1994. Kenapa dan mengapa, bukan itu yang aku mahu ceritakan. Tulisan yang aku mahu tulis adalah kisah orang biasa(kecil) dalam melihat kalainan  satu jemaah yang unik dari badan-badan dakwah yang ada di negara kita waktu itu dan kini. Asal usul, bila ditubuhkan, di mana bukan untuk aku ceritakan. Aku akan bercerita tenta

Selamat Datang Febuari 2018M

Image
Febuari 2018 Selamat datang febuari, datang menganti tempat januari yang telah pergi.Selama 28 hari aku akan menumpangi sehingga kepenghujungnya, dan mac akan menggantikanmu.  Namun, aku masih tidak pasti apakah aku masih bersamamu hingga kepenghujungnya?  Aku akan teruskan pelayaran hidupku, sampai ke penghujung atau tidak itu bukan urusanku. Urusanku hanya terus melakukan apa sahaja yang terbaik sepanjang bersamamu.  Hitam atau putihkah, bergelora atau tenangkah, aku akan terus bersamamu selagi denyut nafas ini masih ada. Hidup dan matiku hanya Allah SWT yang menentukan-Nya.