Selamat Datang Febuari 2018M
Febuari 2018
Selamat datang febuari, datang menganti tempat januari yang telah pergi.Selama 28 hari aku akan menumpangi sehingga kepenghujungnya, dan mac akan menggantikanmu.
Namun, aku masih tidak pasti apakah aku masih bersamamu hingga kepenghujungnya?
Aku akan teruskan pelayaran hidupku, sampai ke penghujung atau tidak itu bukan urusanku. Urusanku hanya terus melakukan apa sahaja yang terbaik sepanjang bersamamu.
Hitam atau putihkah, bergelora atau tenangkah, aku akan terus bersamamu selagi denyut nafas ini masih ada. Hidup dan matiku hanya Allah SWT yang menentukan-Nya.
Comments
Post a Comment