Kejutan Dua Kematian
“Seseungguhnya
setiap yang bernyawa pasti menemui kematian”
Namanya juga kematian, ia tidak
diundang, datangnya tiba-tiba. Waktu sedang sakitkah atau sedang sihat
bugarkah, itu semua serba kemungkinan hadirnya. Tidak sesiapa yang mahu
kematian datang menjemput diri,tapi begitulah yang namanya kematian…ia hadir
tiba-tiba, tanpa dipaksa-paksa dan tanpa dijemput.
Bila sudah waktu ajalnya, ia tetap
akan merengut nyawa sesiapa sahaja. Atas perintah Yang Maha Kuasa. Hari ini,aku
dikejutkan dengan dua berita kematian.
Bila membuka mesej dari ‘Whatsupp’,
abang memberitahu, jiran sekampung telah meninggal, agak terkilan, aku baca
mesej sudah lambat, jenazah sudah dikebumi.
Menurut abangku, sakit jantung,
Almarhum Abang Osman(Osman Paip) dulu jiran bersebelahan rumah abangku sewaktu
menyewa di Jalan Nenas, Meru. Orang memang baik dan suka menolong orang.
Hari-hari biasa memang aku sering Nampak Almarhum, maklum sahaja, rumahnya
sejalan dengan rumahku.
Bila jumpa di tengah jalan, akan
berbalas senyum dan melambai tangan. Tapi, hari ini dia meninggalkan dunia
ini.Begitulah kematian…waktuku aku pun tidak tahu. Kematian memberi keinsafan
dan muhasabah untuk diri sendiri.
Kejutan kedua, kematian seorang
bekas pelakon, Haji Azmil Mustapah(Ali Setan), yang kini sudah berhijrah setelah sekian
lama, mengikut berita di media sosial, pun sakit jantung, segalanya ajal Allah
SWT. Allah SWT sayangkan hambanya.
Dulu pelakon tetapi saat-saat akhir
kehidupannya telah berubah menjadi pendakwah ke merata ceruk negeri. Moga
segala amal soleh yang dilakukan di terima oleh Allah SWT.
Semoga dua kejutan kematian ini,
menjadikan aku lebih bersedia untuk mengharungi hari-hari yang aku lalui dan
terus menyemarakan amal baktiku untuk dibawa bertemu Allah SWT, satu masa
nanti.
Al-Fatihah untuk kedua-dua insan
yang aku kenali…sesungguhnya, kita datang dari Allah SWT, kita kembali kepada
Allah SWT jua…
Aamiin Ya Rabb!!!
Comments
Post a Comment