Posts

Showing posts from March, 2018

Kematian Di Mana-Mana

Image
Tiap saat dan detik, kematian ada di mana-mana, ada dipelbagai tempat, ada disetiap lorong, ada disetiap diri seseorang, ia tidak menunggu, ia tidak minta persetujuan,kerana ia atas perintah dan izin dari-Nya.

Membaca Di Manapun

Image
Saat bercuti bukan bermakna membaca pun ikut bercuti,  membacalah selagi ruang untuk membaca masih ada.  Semua itu terpulang pada diri sendiri.Orang yang suka membaca tidak pernah menghiraukan di mana pun tempatnya.

Bila Usia 44 Tahun Menjengah

Image
  1) Syukur kepada Allah SWT dengan kasih sayang dan rahmat-Nya masih bisa bernafas dan mengharungi hidup ini. Terima kasih Tuhan Yang Maha Baik! 2) Ibu bapa, nsan yang sangat berjasa dalam hidup. Tanpa keduanya, tanpa cinta dan kasih sayang mereka mungkin aku tidak lahir ke dunia. Sekalung doa buat buat kedua ibu bapaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka berdua, dalam lindungan Allah SWT selalu. DI lanjutkan usia, diberi kesihatan yang baik dan ketenangan dalam hidup dalam meniti usia yang berbaki...Aamiin Ya Rabb!!! 3) Insan yang tersayang isteri dan anak-anak. Merekalah penghibur hati.Susah senang dalam mengharungi dunia kehidupan. Ada manis, ada pahit, sedih, gembira...itulah warna-warnai kehidupan yang kita lalu...pada akhirnya hanya distinasi yang kekal adalah Negara Abadi, nun di sana.Terima kasih Isteri(kekasih hatiku  Mashitah Ibrahim  ) dan anak-anakku. 4) Jumaat berkat, moga usiaku juga diberkati dan dirahmati Ilahi.Hidup dalam rahmat dan kasih say

44 Kau Datang

Image
Tanggal 2hb 03 2018 , Jumaat merupakan tarikh lahir kelahiran ku, pantasnya waktu berlalu.Setiap tahun begitulah yang terfikir di benakku, masa yang cepat hadir,usia semakin meninggi ditebing pengakhiran. Inilah yang sering bermain-main dalam diri ini. semua itu urusan Allah SWT. Syukur, Alhamdulillah, kerana dengan kurnia dan izinnya aku masih dapat melihat warna-warni dunia dalam 44 tahun usiaku. Aku berharap Allah SWT memberikan aku keberkatan usia dan keredaan kepadaku. Kami meraikan majlis hari kelahiran pada hari keesokannya, hari sabtu kerana masing-masing bercuti, cuma aku kerja sif malam. Kesempatan waktu siangnya kami membuat majlis kecil-kecilan. Alhamdulillah...dan terima kasih kepada isteriku kekasihku yang meraikannya dan anak-anak tersayang. Majlis yang ringkas, potong kek dan makan-makan. Terima kasih buat isteriku kekasihku yang membeli kek untuk meraikanku. Secara diam-diam, isteriku  membeli kek dan makanan untuk majlis ringkas yang sungguh ber

Alahai Hangat Panas Isu Tudung

Image
Beberapa minggu yang lalu, hangat diperkatakan dalam media sosial berkaitan isu tudung selebriti Neelofa, perasmian produk terbaharu keluaran syarikat beliau. Namun yang menjadi persoalan kepada orang ramai, bila diadakan di sebuah kelab malam dan ada joget-joget yang tidak sepatutnya.  Ramai yang mengecam,malah ramai juga yang mempertahankannya, menurutnya strategi pemasaran, berdakwahlah...dan macam-macam lagi...Namun hakikatnya, apa yang sering kita dengar.. "Matlamat tidak pernah menghalalkan cara..." Setelah keributan isu tersebut, akhirnya bersuaralah seorang mufti, dengan menulis surat secara berhikmah buat seleberiti tersebut. Aku waktu itupun ada memberi komen berkaitan isu tersebut...lalu aku menuliskan di status muka bukuku seperti ayat yang di atas.. Di sini, aku perturunkan beberapa respon dari kawan-kawan muka bukuku; 27 Adzroy Anuar, Yusup Idris and 25 others Comments Sairolhasnor Zainon   Lain mcm je tuan hih