Posts

Showing posts from February, 2015

Sajak: Ringgit Di Celah Lidah

Image
Ringgit Di Celah Lidah Di celah lidah mu ada ringgit terselit lantas kau kuat menjerit gigimu cengkam mengigit tanpa peduli mereka jerit genggam erat ringgit janji terlaksana saudara sakit diam terkunci takkan diungkit peduli biar maruah persis nilai seringgit. Masshah Meru 27022015

Sajak: Tak Peduli

Image
Tak Peduli Kanan kiri depan belakang atas bawah gelap terang tinggal seorang uzlah di jeriji besi hanya pasrah kepada Rabbi. Diaibi dizalimi aib seluruh famili saban waktu saban hari musuh langsung tak peduli ditelanjangi berhari-hari demi sesuap nasi si balaci konon demi perjuangan suci demi menteri langsung tak ingat mati. Masshah 26022015 Meru.

Sajak: Munajat

Image
Munajat Hening malam bertemankan sepi bermunajat sendiri menangisi kehilafan diri mohon ampunan dari Ilahi mengharap...demi firdausi. Masshah 25022015 Meru.

Sajak: Jelajah Lucah

Image
Jelajah Lucah Sudah diputuskan kesalahan malah diperosokkan ke jeriji besi musnahkan integriti maruah diri diaibkan seantero benua dimalukan seluruh famili belum cukup sakit hati puas hati. Kini, mahu lagi kepelusuk negeri agenda terus mematikan personaliti siasah keji si balaci sakit dengki sungguh memalukan bangsa agama diketepi budi bukan nilaian cuma wang idaman sejati demi pertahan kuasawan mabuk kuasa. Misteri terbongkar dari si balaci atas perintah jelajah lucah benci si mangsa terperosok atas arahan kini sudah diketahui semua maklumi nah, mahu apa lagi... kuasa Tuhan usah cuba diingkari kelak rugi sekali di negeri abadi. Masshah 18022015 Meru.

Berkarya Di Portal eSastera.com

Image
Pengembaraan penulisan tentang perjalanan penulisanku, aku teruskan lagi, agar nanti, catatan penulisan ini dapat dibaca oleh anak-anakku, mana tahu tulisan ini boleh dibukukan pada saat dan ketikannya. Ini jugalah harapanku, mudah-mudahan ianya termakbul, Amin Ya Rabb...!. Kursus penulisan blog dan twiter, telah mengenalkan aku tentang Portal eSastera.com. Portal eSastera.com, yang didirikan oleh Dr.Irwan Abu Bakar ini, membuka peluang seluas-luasnya kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dalam bidang penulisan. Pelbagai seksyen dibuka, untuk sesiapa sahaja berminat untuk menulis di Portal ini, sama ada dalam penulisan keratif atau penulisan bukan keratif. Mereka yang berminat dalam genre sastera, seksyen itu dibuka seluas-luasnya untuk mereka menulis apa sahaja penulisan keratif dalam cerpen, novel, puisi tradisional, sajak, pantun, dan pelbagai lagi. Untuk penulisan bukan keratif juga disediakan seksyen, macam-macam boleh tulis di situ, travelog, panduan hidup, su

Sajak: Sejahtera Bahagia Ayah Bonda

Image
  Sejahtera Bahagia Ayah Bonda Pagi nan indah damai di teratak ayah bonda sepulangan dari kerja ziarah kasih seorang anak hanya doa pada Ilahi harapan moga keduannya aman bahagia sejahtera amin Ya Rabb... Masshah 2015 15022015 Meru.

Sajak: Pilihan Kami

Image
Pilihan Kami Suci nubari kami pencorak putih hati mu hitam atau putih yang haq dan batil pilihan kami untuk masa depan mu jalan iman taqwa pilihan bistari. Masshah 2015 15022015 Meru.

Sajak: Celaka...Anwar di Penjara

Image
Celaka...Anwar diPenjara Fitnah jahanam langit cerah kelam wajah ceria kian suram celaka mereka, anwar dipenjara lupa mereka seribu anwar muncul menggegar kuasa kerakusan mereka Kini biar mereka bebas buat apa sahaja aman konon dipenjara anwar bertepuk sorai damai bahagia suara oposisi hilang taring, tumpul tersungkur Nah, detik suram wajah pertiwi fitnah agenda utama penyelamat kuasa dosa pahala bukan sempadan keimanan jauh dari sanubari lenyaplah episod dusta dipersada keadilan musnah. Masshah 2015 12022015 Meru.

Sajak: Terbang Terus

Image
Terbang Terus Terbang ke sana sini bebas lepas bagai merpati satu distinasi ke satu distinasi cari-cari apa-apa yang diminati mana tahu ada berkenan di hati. Terus terbang ke sana sini jauh...nun jauh sendiri meninggalkan sang suami tinggal berhari-hari rakyat ternanti-nanti apa ole-ole dari luar negeri? Masshah 2015 11012015 Meru.

Sajak: Tuan Terpenjara Mereka Suka

Image
Tuan, Terpenjara Mereka Suka ( Buat Dato Sri Anwar Ibrahim selepasa mahkamah mendapati beliau bersalah ) Tinggalah seketika Tuan di sana keputusan sudah dibuat yang konon arif bijaksana gelak ketawalah musuh-musuh sudah direncana esok atau bila-bila belum tentu untuk si pereka bersabarlah Tuan untuk beberapa seketika waktunya berehatlah sementara untuk dunia seketika di belakang sana terus setia menanti sinar bahagia. Masuk penjara dan terpenjara nikmat seorang pejuang pejuang harus sanggup terkorban…itukan harga mahal sebuah perjuangan biarpun tidak salah bukan untuk mengalah terpenjara tidak semestinya salah dan kalah yang konon arif bijaksana tidur pasti tidak lena jika benar Tuan tidak bersalah di sana api menjulang menyala siap sedia. Tuan…tinggalah seketika di sana rumah rehat sementara, selagi nyawa masih ada biarlah musuh gelak ketawa berdekah-dekah suka semoga Tuan tetap bahagia walau dipenjara bayang-bayang Tuan tetap masih

Sajak: Bah...Kembali Pada DIA

Image
Bah...Kembali Pada DIA Bah segala berubah harta musnah hidup dihimpit resah hanya Allah tautan berserah doa harapan pasrah. Kembali merenung diri saat suka leka lali mungkin Tuhan diketepi saat bahagia harta digengami insan sering lupa pada Ilahi. Kini, semuanya telah berlaku musnah punah ranah berlalu harta tidak lagi digengami ramai hulur simpati sedih meratapi apa terjadi. Tuhan masih sayang insan kembalilah pada Dia Maha Mengasihi dakap erat kasih sayang usah dilepasi segala janji ditunai usah lali lalai lagi apa sudah terjadi buat iktibar sedar diri. Masshah 2015 17012015 Meru.