Posts

Showing posts with the label Luahan Rasa

JANGAN MENGALAH

Image
  JANGAN MENGALAH "Jangan pernah mengalah. Mengalah engkau akan kalah. Selagi belum menang, teruskan perjuangan hingga kepuncak." Masshah  25/8/2022 MERU

KAU GAGAL SEKIRANYA

Image
                                                     "Masa terus berlari dengan pantas. Seandainya kau perlahan berlari, pasti kau akan ketinggalan. Namun kau masih belum gagal untuk mencapai sesuatu yang dingini. Kegagalan bilamana kau tidak mahu terus mencuba dan terus mencuba. Kau hanya berlari setengah jalan yang akhirya kau menyerah kalah.Pasti kau akan gagal." Masshah 25.8.2022 Meru

Menulislah Pedulikan Nama

"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu semua bergantung kepada nawaitu seseorang itu mahu menulis untuk apa.  Semua perkara ada jalannya,ada petunjuk dan suluhannyaJika ada kemahuan di situ pasti ada jalannya. Aku jika mahu menulis dan menjadi penulis janganlah menunggu ada nama,pedulikan nama.  Belajarlah,berlatihlah,bertatih,merangkak,dan berjalanlah sendiri,yakÄ«n pada diri sendiri,istiqamah... tapi jika asyik bertangguh,tertangguh, jangan salahkan  sesiapa.Salahkan diri sendiri, atau cuma berangan-angan" masshah 2020

Puisi Mati

Puisiku mati Sebelum aku mati?

Tulis Dengan Tulus

Image
“Apa yang ditulis sama ada untuk bacaan sendiri atau bacaan khalayak.Tulislah dengan jujur,kerana tulisan yang lahir dari hati yang tulus akan jatuh ke hati para pembaca.Menulis adalah kerja keabadian,itu bicaranya orang bijak. Justeru,diri yang hanya sekadar menulis entah apa-apa ini,juga kejujurannya dituntut dalam hasil penulisannya.” Pena Petang 20hb 1 2019

Kenangan Akan Ditinggalkan

Image
google image "Kenangan hanya akan tinggal  menjadi kenangan. Ia bila diingat akan mengembirakan atau mengecewakan.Ia pasti akan ditinggalkan terus bila yang punya kenangan akan meninggalkan dunia fana ini." Pena Pagi 19hb 1 2019

Masa Tak Pernah Menunggu

Image
google image "Masa tidak pernah menunggu ,ia terus meluncur laju.’Demi masa’…begitulah ia terus dengan peranannya.Disaat ia meluncur laju, ada yang terus terleka,lupa,alpa bagai tiada apa-apa.Seiring dengan usia yang semakin bertambah. Tiap detik dan saat,jika tidak dimanfaati ia bisa membinasa diri di sana.Jika ia dijaga,dimanfaati dengan segala yang indah,di sana pasti ada bahagia. Hargailah tiap saat yang ada,agar ia tidak terbuang sia-sia. Duhai diri yang sering terleka,bangkit dan sedarlah.Di manapun kau berada,usah dipersia barang sesaat yang ada. Berdoalah,agar Tuhan tetap sentiasa bersama." Pena Malam 19hb 1 2019 Sebelum tidur.

Kematian Di Mana-Mana

Image
Tiap saat dan detik, kematian ada di mana-mana, ada dipelbagai tempat, ada disetiap lorong, ada disetiap diri seseorang, ia tidak menunggu, ia tidak minta persetujuan,kerana ia atas perintah dan izin dari-Nya.

Rindu Suasana Dulu

Image
Tiba-tiba aku terkenangkan... "Sekitar belakang rumahku waktu dulu ada pokok kelap sawit, pokok getah, juga ada tanam nenas, keledek, jagung dan macam-macam. Kanan kiri tepi rumah ada pokok jambu air, pokok limau bali, pokok jambu bertih, pokok betik, pokok durian belanda,pokok belimbing, dan pokok herba-herba seperti kunyit, lengkuas, pokok daun kari dan lain-lain. Manakala bahagian depan ada pokok kelapa, pokok kopi, pokok koko,pokok cengkih, pokok keladi, pokok rambutan, pokok mangga dan bunga-bungaan di halaman rumah. Begitulah gambaran pemandangan kawasan rumah sewaktu dulu. Menghijau dengan pepohonan dan keindahan bunga-bungaan.Nyaman dan tenang sekali. Itulah memori yang masih tergambar-gambar diruang ingatanku. Bahkan sayuran pun turut mudah diperolehi seperti kangkung, paku pakis, daun ubi, adakalanya jika musim hujan cendawan pula menjadi bahan masakan yang sangat sedap. Itulah sewaktu dulu, yang kini sukar untuk dilihat dan dinikmati. Indah dan tenangnya...

Kenangan Terindah Pembukaan 2018M

Image
Pembukaan 2018M yang indah dan manis buat diriku. Kenangan paling indah dan menyeronokkan, takkan ku lupakan sepanjang hidupku. Perjalanan selama enam jam melalui ruang udara malam, ke Korea Selatan memberiku seribu makna. Musim sejuk di bumi Korea sungguh mengujakanku, hujan salji di siang dan malam betapa memperlihatkan kebesaran kekuasaan yang Maha Esa. Maha Besar dan Maha Hebatnya Allah SWT yang menciptakan segala-galanya untuk direnung dan disyukuri. Sungguh, bumi Seoul, Korea memberikan kedamaian dan ketenangan buatku. Maka nikmat Allah mana lagi yang aku mahu dustakan! Hamba mohon keampunan-Mu duhai Yang Maha Baik!

Kerja Oh Kerja

Image
Malam ini apa yang aku mahu tulis, tak ada idea, tapi cuba jugalah apa-apa cerita yang aku boleh kongsikan. Baru sebentar tadi , seorang pekerja warga negara napel mendekati aku dan menegur aku. Sedikit meluahkan rasa hatinya berkaitan dengan kerja. Maklum sahaja pihak syarikat sedang mengurangkan pekerja asing. Mereka akan dihadkan sedikit demi sedikit. Tenaga kerja dikurangkan kerja tetap bertambah. Kerja-kerja banyak dilakukan dengan tenaga yang dikurangkan. Sebab itu ramai yang mengeluh. Macam seorang pekerja napel tadi beritahu aku.  Sana kerja sini kerja...masalahlah  bos...aku hanya senyum sahaja. Aku pun kuli, mahu tak mahu terus bekerja. Mahu ke mana lagi Usiaku pun sudah semakin jauh. Diturutkan hati yang jengkel memanglah tidak puas hati tapi apa boleh buat. Hadapilah sahaja apa yang pihak syarikat mahu buat. Sejak peralihan pengurusan nampaklah juga perubahan jika dahulu apa yang di mahu tiada kini pun sudah ada. Nanti cakap lebih-lebih d...

Bagaikan Singa

Image
Ah...sudah, dia datang lagi.Kalau datang sekadar nak sergah dan cari salah orang, tiada makna kehadirannya. Telahan kami benar, bagaikan singa mencari mangsanya. Terjerit terlolong bagai ada kerasukan. Ciri-ciri sebagai pemimpin sedikit pun tidak ada. Bercakap mengherdik ikut sesuka hati tanpa menjaga perasaan orang lain. Betulah kau tu ketua,  tapi kalau kau tak bijak mengawal emosi, bertindak melulu tanpa berfikir dahulu, siap pun tak akan hormat sama kau. Kalau rasa pangkat kau tinggi lebih daripada kami... Cukuplah! Berapa ramai kau sakiti hati mereka, berapa ramai kau tekan, kau ugut, kau perlekeh mereka. Lagi teruk kau tak percaya dengan orang kau sendiri. Lucu dan menyampah juga melihat  dan mendengarnya. Seorang ketua tak percaya  kepada orang dibawahnya. Macam mana tu? Kalau sudah dasar ego dan rasa 'aku' saja betul. Payahlah! Tapi kau rasa bangga dengan tindakanmu. kami lihat begitilah.  Entahlah...kami pun naik bosan dengan sik...