Posts

Showing posts from 2014

Sajak: Kota Si Miskin

Image
Kota Si Miskin Sepertinya seorang kaya sedang miskin dirinya tidak punya apa-apa hanya kota bingit menerpa cuma gedung tinggi melangit bukan miliknya cuma lihat sahaja. Di sini kota si miskin ke hulu ke hilir kota mengharap simpati belas warga menadah menatap simpati belas demi sesuap, entah esok atau lusa kota si miskin akan lenyap. Datang wakil konglomerat berjanji dusta beria-ia sebidang tanah emas dirampas melarat si miskin kota tangis darah sekalipun sudah tak dikesah, datang sekalipun pejuang bangsa ubat tiada mujarab hampa. Kota si miskin tinggal sejarah luka disodok penguasa gila kuasa mata-mata talibarut tak berair penguat kuasa hati mati legam ngo-ngo berkokok-kokok cuma oposisi tak punya kuasa apa-apa, bangga bicara parti keramat dusta perjuangan kata bela bangsa. Kota si miskin hilang di mata akhirnya... Masshah 2014 22112014 meru

Sajak: Malam Hilang

Image
Malam Hilang Sekian sudah banyak waktunya berpoya-poya bergaya-gaya indah bagai dunia miliknya remang malam usang baru pulang kencang menyesal enggan bertunjang. Sekian sudah banyak pulang enggan sedar ambil iktibar usia senja makin berkurang uban tua bermaharajalela gigih mahu harta berkumpul sedar tidak bumi bergoncang. Sekian sudah malam hilang tubuh gigil di rumah gelap sendiri tanpa teman keseorang bising bingit tiada hidup ke kanan ke kiri sendirian baju putih membalut tersedar tersentak kini pulang. Masshah 2014 22112014 Meru.

Pantun: Pantun Semangat Diri

Image
Keluar negara mengembara Cari pengalaman buat diri Hidup jangan berputus asa Kelak  tanggung rugi sendiri. Belajar tinggi di luar negara Bawa balik berjela ijazah Usah dilupa jasa negara Jauhi diri minda penjajah. Mendaki gunung di negeri sabah Bersama rakan penuh harapan Usaha gigih penuh tabah Masa hadapan jadi tatapan. Meredah hutan mencari bakau Buat penguat tapak rumah Hindarkan dari santau menyantau Kelak menyesal hilang maruah. Membeli ikan dari peraih Buat santapan makan malam Usaha tekun penuh gigih Hidupkan bahagia takkan kelam. Menjala ikan di tengah lautan Ikan jenahak dibawa pulang Usah lupa doa pada Tuhan Hidup tenang bahagia sekarang. Memetik bunga di taman sari Untuk hiasan di atas meja Dengar motivasi semangat diri Kuat usaha pasti berjaya. Masshah 2014 21122014 Meru.

Sajak: Sidang Bangsa Bertepuk-Tepuk

Image
Sidang Bangsa Tepuk-Tepuk Bagai gendang dipalu bertalu-talu mengikut rentak dan lagu beritma ceria bertepuk-tepuk bersorak-sorak beria-ia bergeleng-geleng tidak berangguk-angguk selalu tradisi membela bangsa bersidang sering begitu. Berkobar bersemarak semangat meremajakan tradisi berombak bersorak demi parti mengungguli transformasi slogan bersipongang cuma angguk-angguk tak dimengerti bangsa cuma omong kosong tak dibelai dimungkiri tradisi membela bangsa bersidang sering ditertawai. Bersidang bangsa oposisi dikecami dibenci sering agenda di mana hilang, lupa matlamat bangsa diketepi ulamak ilmuan bahan bercanda ketawa berdekah-dekah gah, berbicara berjuang menjulang agama sejak merdeka tradisi membela bangsa bersidang sering tersasul. Berjuang, bersidang bangsa omongan basi tradisi bangsa hilang tanah, hilang tempat berlindung mana pembelaan, mana keadilan, mana bantuan? cuma seloka gurindam, pantun, sajak puisi melantun tradi

Malam Baca Puisi PENA-ITBM

Image
JOM MERIAHKAN

Sajak: Penguasa Amanah

Image
Penguasa Amanah Cakap berapi penuh dusta berjanji sering kali dilupa kalian penguasa selalu leka sering tidur diwaktu jaga. Nantikan segera dihukum penguasa bukan maksum janji ditunai namakan harum rakyat suka sedia maklum. Dari utara hingga selatan ditinggal sunguh watak setan penguasa amanah berwawasan damai harmoni rukun amalan. Setiap kerosakan diperbaiki bukan hanya sekadar berjanji penguasa adil bijak bistari amanah dipikul penuh didikasi. Ada  masalah onak ranjau berliku perpaduan rakyat mesti bersatu penguasa pendamai perpaduan jitu negara aman harmoni jauh haru biru. Masshah 2014 22112014 Meru.

Sajak: Ambil Sentuh Baca

 Ambil Sentuh Baca Genggam erat usah dilepas manual keramat penuh hikmah penyuluh hidup insani di semesta hilang jika longlai iman di dada penyuluh cahaya kegelapan petunjuk jalan kebenaran peganggan elak kesesatan. Tika atma dirundung resah gelisah ambil sentuh buka lihat baca penuh khusyuk dan tawadhuk dirikan bahagia tenang sedamainya, andai berselisih bertelagah ambil panduannya, jernihkan segala kekusutan pasti hilang, tika hilang punca mahu menghukum buka rujuklah segalanya ada pasti terbuka pintu keadilan. Percaya serta yakin telah disabda rasul mulia berpegang teguh padanya pasti hidup insan takkan lara tersesat maka ambil sentuh baca kitab suci panduan sejati al-quran dustur Ilahi menjadi teman sejati selamanya. Masshah 2014  19102014 Meru.

Catatan Muharam 1436H/2014: Ambil Ibrah Dari Hijrah Nabi S.A.W

Setiap tahun, kita akan menyambut sambutan tahun baharu Hijrah atau juga dikenali sebagai Ma’al Hijrah. Ia bersempena tahun hijrahnya Nabi S.A.W, dari Kota Mekah ke Kota Madinah, ia sudah tercatat dalam sirah Nabawiyah. Di mana pun, umat Islam berada, mereka akan menyambutnya. Di mulai dengan doa penutup akhir tahun sebelum menunaikan solat maghrib dan selepas solat maghrib akan dibacakan doa awal tahun, sama ada secara individu mahu pun secara berjemaah di surau dan di masjid di seluruh negara. Selepas itu akan di adakan majlis bacaan yasin dan tahlil doa selamat juga sedikit tazkirah serta diakhiri dengan sedikit jamuan makan. Selanjutnya dari itu, pada bulan muharam ini di surau atau di masjid akan diadakan majlis kuliah, tazkirah, forum, seminar dan pelbagai lagi majlis bagi meraikan dan merayakan tahun baharu hijrah ini. Lebih daripada itu, mereka yang bergelar budayawan, seniman, penyair dan karyawan, juga mengambil keberkatan bulan muharam ini, dengan mengadakan majl

Malam Suara Al-Aqsa 2 Dan Pelancaran Buku

Image
SEMUA DIJEMPUT...JOM DATANG BERAMAI-RAMAI...!

Sajak: Laju Terus Maju

Image
Laju Terus Maju                               Selangorku kedepan  maju terus laju pelbagai ras saling tolong membantu melayu cina india berpadu bersatu gengam erat demi perpaduan kuat jitu.                                         Sedikit anasir tohmah bersikap dengki dendam politik tak pernah berhenti sana sini laung kroni korupsi irihati parti sendiri terus fitnah sana sini. Selangor kini punyai MB baharu langkahnya laju berjiwa melayu tangkas tegap ligat terus maju digeruni lawan kawan ramai seteru. Biar berjiwa melayu lain ras disantuni india cina lain bangsa mengkagumi biar musuh kata apa jangan diperduli maju terus MB baharu selangor kini. Selangor maju menang reformasi transformasi basi ditinggal ketepi selangor maju laju diingat selalu rakyat bersatu berpadu musuh malu. Masshah 2014 20102014 Meru.

Sajak: Jangan Lupa Diri

Image
Jangan Lupa Diri ( Ingatan Buat Menteri Besar Selangor, Mohammad Azmin Ali ) Tamatlah kisah sudah episod ngeri moga nanti tak berulang tak ada lagi strategi sumbang yang kecundang bikin lara huru hara sekejap negeri. Buat ahli politik konon-konon bijak bistari bertindaklah guna akal waras berstrategi bukan mahu memuas hati hak pribadi berintegriti utama mentadbir kuasa negeri. Jauhi jauh-jauh nepotisme apa lagi kroni rakyat keutamaan peduli itu mesti pasti usah di ketepi hak rakyat walau sesekali nanti kelak termakan mungkir janji. Mentadbir negeri jangan goyang kaki bukan semudah mentadbir sebuah faktori mesti yakin berintegriti penuh berdidikasi pasti negeri maju berkebajikan aman harmoni. Usah dikesah suara sumbang musuh dengki itu adat setiap perjuangan ikhlas di hati yakinlah, rakyat tetap bersama taat negeri asal jangan sumbang mungkir janji lupa diri. Masshah 2014 25092014 Meru.

Sajak: Terlerai Kini

Image
  Terlerai Kini Berita gembira tersebar kini selesai akhirnya sebuah tragedi negeri terkaya lagi penuh sensasi kemelut siasah akhirnya ditinggal pergi. Setelah berbulan bergelut gelisah kini terlerai kusut serabut dicipta langkah sumbang mengundang resah hikmah tersirat kini bawa bahagia. Duka lara resah bertukar manis ceria pelbagai bangsa saling gembira suka debar resah terlerai jauh pergi ke sana makin teguh tegap berdiri negeri terkaya. Sudah termetrai pahlawan jaga negeri pilihan Tuanku bijak penuh bistari usah disanggah  nanti derhaka pula diri panjatkan doa moga selangor terus lestari. Suara-suara sumbang ditinggal ketepi usah digusar siapa pun MB pilihan hati titah Tuanku melerai kusut setiap nubari kini, MB Tuan Azmin Mohammed Ali. Masshah 2014 25092014 Meru.

Sajak Pilihan Terbaik Mac 2014: Aku Sayang Kepada Kamu, Bumi

Image
AKU SAYANG KEPADA KAMU, BUMI Kata mentari kepada bulan: aku sayang kepadamu kerana sayang aku pada kamu maka kusinarkan cahayaku ke mukamu yang kusam dan kau muncul cerah di gelap malam dirindui setiap pungguk yang perasan. Kata tasik kepada awan: aku sayang kepadamu kerana sayang aku pada kamu kutatang wapku ke langit tinggi lantas kau bisa membentuk rupa jadi penghias angkasa raya. Kata tanah kepada hutan: aku sayang kepadamu kerana sayang aku pada kamu maka kubentangkan tapak bergenzi dan kau bangkit menjulang ke langit menghijau bumi menyejuk rasa. Kata udara kepada badan: aku sayang kepadamu kerana sayang aku pada kamu maka kuresapi setiap liang tisumu dan kau yang wujud tiada bermaya jadi hidup melonjak aktif. ii Menjawab bulan kepada mentari: aku sayang akan kamu tiada cahayamu, apalah aku seketul pepejal malap semata. Menjawab awan kepada tasik: aku sayang akan kamu tiada wapmu, tiadalah aku lan