Sajak: Malam Hilang

Malam Hilang
Sekian sudah banyak waktunya
berpoya-poya bergaya-gaya
indah bagai dunia miliknya
remang malam usang
baru pulang kencang
menyesal enggan bertunjang.
Sekian sudah banyak pulang
enggan sedar ambil iktibar
usia senja makin berkurang
uban tua bermaharajalela
gigih mahu harta berkumpul
sedar tidak bumi bergoncang.
Sekian sudah malam hilang
tubuh gigil di rumah gelap
sendiri tanpa teman keseorang
bising bingit tiada hidup
ke kanan ke kiri sendirian
baju putih membalut
tersedar tersentak kini pulang.
Masshah 2014
22112014
Meru.
Comments
Post a Comment