Posts

Showing posts from 2016

Selamat Hari Raya 2016/1437H

Image

Ini Blog Baru

Image
klik banner Blog baru ku ini berkisah tentang catatan-catatan bisnes MLM ELKEN NO 1 yang aku ceburi bersama kekasih hatiku iaitu isteriku. Segala catatan-catatan ini aku abadikan di blog baru ini. Segala suka duka, pengalaman yang sekelumit ini aku badikan di situ. Biar orang baca, kalau mahu bacalah.  Selagi masih hidup, selagi masih diberi nafas, aku akan terus menulis walaupun kadang-kadang semanagt menulis turun naik. Biar apa terjadi aku tetap akan menulis. Wujudnya blog baru ini menunujukkan mood mahu menulis masih ada, masih meluap-luap. Ini kisah bisnes orang kecil yang mahu besar, kisah bisnes orang biasa yang mahu menjadi luar biasa.  Setiap insan punya cita-cita dan impian, sepertinya aku, juga mahu berimpian. biarpun usia semakin meninggi tetapi itu bukan alasannya. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit...bermula dari satu langkah hingga langkah-langkah seterusnya. Di situ ada kemahuan...disitu jugalah ada jalannya, orang yang gagal adalah orang yang tidak p

Harmoni Ceria Lebaran

Image
Harmoni Ceria Lebaran Di hari lebaran saling bersua Dengan senyuman bertaut mesra Setahun sekali kita berjumpa Usah pula di raut wajah berduka. Berkunjung-kunjungan kita raikan Bersama rakan taulan kegembiraan Saling berkasih sayang bermaafan Eratkan ukhwah tanda keimanan. Jauh merantau nun di sana Miskin kaya sama bergembira Usah dicerca dihina insan sama Kelak nanti di sana pasti bahagia. Senyum gembira di pagi lebaran Tua muda miskin kaya bersalaman Buangkan rasa besar diri keegoaan Kita raikan kesyukuran kebersamaan. Bergembiralah usah berduka lara Senyumlah dengan saudara mara Tidak lupa pula semua jiran tetangga Hidup rukun damai harmoni ceria. Hari raya rayakan penuh kesyukuran Tandanya berjaya berpuasa sebulan Tiba syawal  tanda perginya ramadan Kepada Ilahi Ya Rabbi pohon keredaan. Masshah 1072016 Meru.

Sajak: Cikgu Kami Sayang Kamu

Image
Cikgu Kami Sayang Kamu ( Dedikasi buat Mashitah Ibrahim dan seluruh Cikgu-Cikgu di Seluruh Negara ) Apa khabar cikgu semua harapan kami agar cikgu semua sihat sejahtera kami faham sungguh tugas muliamu mengajar dan mendidik aset paling berharga menegur dan mengasuh agar menjadi dewasa menjadi insan berguna harapan ibu dan bapa apatah lagi untuk bangsa agama dan Negara kami percaya cikgu bertugas penuh dedikasi berinovasi beriltizam tinggi ikhlas di hati sungguh besar jasa bakti seorang guru. Cikgu…kami sayang kamu kami tahu kami mengerti beban tugasmu yang tidak pernah selesai hingga bila sampai waktu kamu pulang tetapi kamu tetap setia dengan tugasmu penat letihmu…sungguh kamu yang tahu namun kerana ikhlas amanah dipundakmu biar wajahmu kelihatam lesu kepenatan namun masih bisa terukir senyumanmu ikhlasnya cikgu sepertimu yang pasti ganjaran hebat di sana nanti. Cikgu…kami sayang kamu andai kami ditempatmu itu nescaya kami me

Sajak: Di Mana Pun Kita

Image
Di Mana Pun Kita Laluannya masih panjang masih berliku terus tempuh berundur setapak sekali tidak ranjau duri terus pijak henyak usah toleh belakang terus mara cekal tabah tekad azam berimpian. Cukup sekali ditertawa dihina ia bukan alasan untuk tidak bermula hanya sabar tabah bekalan peneguh tidak terus ke puncak mencanak lalu hilang ditiup taufan melanda. Dari satu tapak ke satu tapak dari satu tangga ke satu tangga ia tidak mudah tidaklah sukar perlukan kerajinan yakin berterusan tentunya banyakkan kesabaran. Doa dikala diuji menyerah tidak sekali usah peduli kata orang positifkan diri ia mampu mengubah impian tergapai tetapkan matlamat rancang haluan pasti laluan dipermudah Ilahi. Di mana pun kita hari ini tempatnya disudut mana sekalipun tinggalnya kita adalah kita yang perlu berubah demi kelangsungan hidup yang indah sementara...masih ada selagi iman taqwa ada syariat terjaga. Nah...inilah laluannya dan te

Sajak: Tak Nak Ikut Tak Mengapalah

Image
Tak Nak Ikut Tak Mengapalah Tak nak ikut tak mengapalah usah kau mengeji usah kau dengki kami mahu merubah nasib kami bukan sesiapa tetapi kami sendiri sendiri kami punya impian sendiri kami punya pendirian hidup mesti kami teruskan. Tak mengapalah tak nak ikut kami tetap mahu berkongsi sedikit ilmu kami tahu kami sampaikan hidup mahu ceria bahagia sihat mesti hidup di dunia tak lama mana hari esok atau lusa atau hari ini mati itu takdir Ilahi pasti. Tak nak ikut tak mengapalah kami ingatkan diri dan sama mengingati jaga pribadi kesihatan diri penting sekali banyak penyakit berpakej lagi-lagi obesiti jaga pemakanan ikut aturan sunah nabi tak salah untuk menikmati ingatkan diri bila sihat minda segar ibadah diperbanyaki. Tak mengapalah tak nak ikut itu semua kami akan hadapi harungi tak semua yang menolak membenci kami masing-masing punyai kehidupan pribadi susah senang keluh kesah tahu-tahu sendiri bukan nak kata heb

Sajak: Bersungguh Usah Bertangguh

Image
Bersugguh Usah Bertangguh Ia ditakdirkan begitu siapa yang sanggup terima padahnya ada indahnya ada mehnahnya ia memang macam itu ada positif ada negatif. Berusaha bersungguh dapat berusaha main-main sia-sia ia mesti berkorban setiap masa ikut apa yang diajar yang benar percaya dahulu dapat kemudian bukan untuk main-main bukan untuk cuba-cubaan ia mesti dilakukan. Ia perlukan ilmu ikut sistem ikut sahaja buat sahaja tapi bersungguh jumpa kawan cari teman buat rangkaian ada pemimpin yang memimpin tiru dan ikut sahaja apa yang dibuat selagi tidak menyalahi adat. Siapa bersungguh tanpa bertangguh pasti dapat apa yang dihajat terbukti sudah ramai dapat berjaya menuju puncak yang diimpi dikecapi berkat berubah berimpian pasti ia bukan mimpi tetapi realiti ia sudah terbukti sana sini. Sayang sekali ramai asyik memerhati menanti dan terus menanti menyaksi yang membenci terus gigit jari masih tak sedar diri meny

Sajak: Tak Ada Siapa Yang Paksa

Image
Tak Ada Siapa Yang Paksa Ada yang suka ada yang meluat ada yang sayang ada yang benci ada yang positif ada yang negatif lumrah kehidupan setiap insan itu pilihan siapa yang ada kemahuan terserah...tak ada siapa yang paksa. Kehidupan banyak ragam karenahnya itu pilihan diri sendiri mahu susah mahu senang mahu kaya terserah tak ada yang memaksa cuma tanya pada diri benar atau tidak selesa hidup begini biasa-biasa atau mahu yang luar biasa. Hidup keluh kesah sering susah marah pemerintah sendiri tak berubah hidup sering susah sering marah kos hidup makin bertambah bukan murah dilihatnya orang lain bisnis dikatanya menyampah pada hal diri sendiri perit susah payah. Dunia semakin kepenghujungnya di mana-mana ada sumpah seranah selagi masih ada waktu berubahlah cipta impian demi kebahagiaan dunia apatah lagi akhiratnya yang pasti dunia mahu akhirat pun mahu tak ada yang paksa dan memaksa...terserah. Masshah 01042016

Sajak: Teruskan Langkah

Image
Teruskan Langkah Tak mengapa tidak apa-apa terserah kepada yang empunya percaya ataupun tidak terserah ramai sudah membina impian bersamanya kami juga sedang melangkah tak kira warna kulit, bangsa juga agama bergerak satu nada satu rasa satu impian jayakan anda jayakan bangsa tersemat di hati. Kami diajar belajar sudi mendengar kami ikut apa sahaja yang benar kami percaya yakin penuh sedar kami percaya dahulu dapat kemudian benarlah pepatah nukilan bersusah-susah dahulu...bersenang-senang kemudian pasti kejayaan ada di hadapan. Yang positif terus mara mengapai cita susah payah terus didaki penuh tabah sabar yakin percaya usaha bersungguh berjaya Yang negatif terus sangsi mencipta alasan hidup terus mengeluh keluh kesah tak karuan kerana itu pilihan. Duhai kawan-kawan seperjuangan teruskan langkah hayunkan tangan pada kita susah senang ranjau berduri asam garam perjuangan cabaran pasti sekalipun jatuh pertama kali pasti ba

Malam Baca Puisi PENA-ITBM-DBP

Image
MALAM INI DI RUMAH PENA

Sajak: Masih Sayang

Image
Masih Sayang ( Dua tahun kehilangan MH370) Hilang terus hilang tak diketemui terus menghilang entah ke mana menjauh pergi tak pulang-pulang sedih di hati hilang orang tersayang hilang terus dirundung malang. Telah kesekiannya ia masih diharap-harap agar masih ada peluang jua ruang jika bolehlah pulanglah sekarang penantian terus bersarang kerana masih sayang. Masshah 08032016 Meru.

Sajak: Bunga-Bunga Cinta

Image
Bunga-Bunga Cinta Harumannya semerbak memenuhi segenap ruang hati tersenyum indah bagai merpati dua sejoli ada senyuman menerpa diri ikhlas suci ada bagai tidak punya apa-apa murni kosongnya nurani. Wangiannya tak tercium dalam diri bagai tiada erti melihatnya seolah benci mungkin mengakui semerbak harumanya jua wangian itu menusuk-nusuk segar indah namun kerana ego dalam diri sedikit pun tak tersentuh sanubarinya. Biarlah tidak mengapalah kerana bunga-bunga cinta yang dibina telah mendamaikan dua insan sejiwa terus meluncur laju membina impian biar tak terusik sedetik ego insannya bunga-bunga cinta akan terus mekar selagi Ilahi tempat berpaut nan setia. Masshah 09032016 Meru.

Usaha Bukan Sekali

Image
"Sebenarnya kita tidak gagal,  cuma kita perlu berusaha lebih kuat lagi.  Orang yang berjaya usahanya bukan sekali tetapi berkali-kali tanpa henti dan tak pernah rasa jemu." Masshah 2016

Sajak: Yakin Diri Pasrah

Image
Yakin Diri Pasrah Dari satu tapak ke satu tapak dari satu langkah ke satu langkah kita harungi penuh yakin istiqamah biar banyak halangan rintangannya biar onak duri merintangi jalannya biar gelombang memulas menerjang namun untuk kita undur kebelakang sekali tidak. Nah...kita akan merasa apa yang mereka rasa nah...kita akan lalui apa yang mereka lalui nah...kita akan menikmati apa yang mereka nikmati janji kita tidak putus asa terus pasrah lilahitaalah Tuhan pasti tolong kita yakin sepenuhnya. Kan 'akhirnya nanti benih yang kita tanam pasti buahnya nikmati bersama segala impian yang diimpi kita kecapi apa yang diingini pasti yakin diri... terjadi itu semua dari Ilahi Yang Maha Pemberi janji kita hamba bersyukur usah kufur usaha kita pasti diukur dilihat Ilahi yakinkan diri. Masshah 04032016 Meru.

Sajak: Bunga-Bunga Keberhasilan

Image
Bunga-Bunga Keberhasilan ( Buat kekasih hatiku Mashitah Ibrahim ) Mimpi indah kita lakarkan dalam realiti kehidupan kita bina impian demi merobah nasib...dan kita yakin jika itu takdirnya dan impian itu kita jayakan penuh kesungguhan. Namun jalannya bukan mudah ia penuh onak duri berliku begitu pun ia tidak mustahil kerana usaha bersungguh tanpa sedikit pun putus asa bunga-bunga keberhasilan semakin mewangi semerbak bukti kesungguhan yang tinggi janji Ilahi pasti. Kita lupakan sahaja karenahnya manusianya sebarkan terus salam senyuman yang kita bawa kasih sayang sesama yang kita bawa ceria bahagia kita ingin semua sihat sejahtera kita ingin semua tampil sihat ceria diizin kita sihat bahagia lebih-lebih lagi kaya itu semua manusia mahu suka tapi sayang usahanya kurang. Biar mereka...kita ada jalan kita namun kita terus berdoa agar tidak berputus asa mereka bersama kita membina impian sebelum menuju rumah abadi kekal

Program Dailog Dan Pelancaran Album Mathnawi Rumi

Image
Kami dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan ke Dialog & Pelancaran Album Mathnawi Rumi Nyanyian Kopratasa yang akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 16 Februari 2016 (Selasa) Masa: 9:00 pagi Lokasi: Institut Integriti Malaysia. Persiaran Tuanku Syed Sirajudin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur Tetamu kehormat: Y.B. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dasuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Panel dialog: - Dato’ M. Nasir (Pengarah Urusan Luncai Emas Sdn. Bhd.) - Encik Mohd Nizam Mohd Ali (Institut Integriti Malaysia) - Dr. Suzana Suhailawaty Md Sidek (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) Album Mathnawi Rumi ini dihasilkan berdasarkan puisi daripada karya agung Mathnawi Jalaluddin Rumi (terjemahan oleh Profesor Dr. Sayyid Ajmal Al-Aidrus) terbitan ITBM. Kumpulan Kopratasa telah menghasilkan lima (5) buah lagu yang dimuatkan dalam album khas terbitan bersama ITBM dan Luncai Emas ini . Untuk pertanyaan lanj