Harmoni Ceria Lebaran

Harmoni Ceria Lebaran
Di
hari lebaran saling bersua
Dengan
senyuman bertaut mesra
Setahun
sekali kita berjumpa
Usah
pula di raut wajah berduka.
Berkunjung-kunjungan
kita raikan
Bersama
rakan taulan kegembiraan
Saling
berkasih sayang bermaafan
Eratkan
ukhwah tanda keimanan.
Jauh
merantau nun di sana
Miskin
kaya sama bergembira
Usah
dicerca dihina insan sama
Kelak
nanti di sana pasti bahagia.
Senyum
gembira di pagi lebaran
Tua
muda miskin kaya bersalaman
Buangkan
rasa besar diri keegoaan
Kita
raikan kesyukuran kebersamaan.
Bergembiralah
usah berduka lara
Senyumlah
dengan saudara mara
Tidak
lupa pula semua jiran tetangga
Hidup
rukun damai harmoni ceria.
Hari
raya rayakan penuh kesyukuran
Tandanya
berjaya berpuasa sebulan
Tiba
syawal tanda perginya ramadan
Kepada
Ilahi Ya Rabbi pohon keredaan.
Masshah
1072016
Meru.
Assalam. Wah! Masshah memang meminati puisi ya... terima kasih ya sbb lawat LAMAN SUTERA... kalau Masshah nak miliki Fanzine Laman Sutera tu sila whatsapp akak, 019 284 3625. T. Kasih.Salam perkenalan ya.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Kak Ozie, TERIMA KASIH BERKUNJUNG ke teratak puisi hamba yang entah apa-apa ini. Ya...saya kepingin memiliki buku puisi itu, nanti aku wahsupp sama kamu ya;).
Delete