Posts

Showing posts with the label Sajak Bulan JUN 2014

Sajak: Tangan

Image
   Tangan Tangan kanan tangan kiri bisa sahaja diguna bila-bila sahaja mahu yang baik mahu yang buruk boleh-boleh sahaja. Boleh dapat pahala boleh dapat dosa boleh dapat bala boleh dapat rezeki boleh mengubah dunia. Tangan kanan tangan kiri boleh sahaja mengubah kuasa mereka yang bermaharajalela boleh sahaja hilang kuasa janji tangan kanan janji tangan kiri seia sekata mahu merobah kebatilan kepada kebenaran cahaya. Masshah 2014 21062014 Meru.

Sajak: Cakap

Image
Cakap Cakap berisi boleh dikongsi bukan berapi tiada bererti. Banyak bercakap bukan mengumpat pandai berucap fakta mesti tepat. Cakap banyak jangan kosong banyak faedah sendiri untung. Cekap bercakap pantas mengolah debat berbalah jangan mengalah. Kurang bercakap bukan sombong cakap disokong tidak bohong. Masshah 2014 8062014 Meru.

Sajak: Pesanan Buat Anak-Anakku

Image
Dengarlah duhai anak-anakku... Pesan Buat Anak-Anakku ( Buat anak-anakku Nur Dania Balqis, Muhammad Anas dan Muhammad Huzaifah ) Ini pesanan dariku untuk anak-anakku aku atau kalian pergi dulu itu aku tidak tahu itu semua di tangan Tuhan aku sebagai ayah mu ingin memberi ingatan sebagai pedoman petunjuk dalam hidup mu pesanan dari rasul junjungan buat tatapan ingatan anak-anakku. (i) Pesanku buat anak-anakku berpegang teguhlah kalian dengan kitab suci al-Quran manual kehidupan sumber rujukan jua sunnah junjungan dipraktiskan agar cinta kasih padanya berbunga mekar mewangi hingga ke surga firdausi dambaan insan beriman bertaqwa pada Ilahi. (ii) Pesanku buat anak-anaku jangan ditinggal solat bukti taat cinta pada Ilahi sempurnakan syarat serta rukunnya nantikan hidupmu terpandu tersuluh hati rusuh ditinggal selalu solat menjadi hiburan sejati buat mu bersegera mengerjakannya ditinggal sekali-kali tidak kelak s...

Sajak: Pasti Ditinggal Pergi

Image
Pasti Ditinggal Pergi Dunia ini distinasinya untuk kehidupan sementara cuma bukan selamanya persinggahan seketika untuk diuji sama ada suka-suka leka-leka lebih baik bahagia sedar diri kerna akhirnya nanti dipanggil pergi ke sana menanti untung nasib tanggung sendiri. Ketika hidup sebelum mati harus insaf diri merenung kembali asal kejadian tujuan diciptakan-NYA agar nanti menyesal tidak mahu kembali merayu-rayu pasti tak akan diperduli distinasi ini akan ditinggal pergi bekalannya cukup bahagia menanti bekalannya kurang celaka akhirat nanti. Ditinggalkan jauh pergi harta anak-anak serta isteri kerna berita duka memangil di sana kerna berita suka memangil di sana ia pasti dan pasti bersedia siapkan diri undur tidak sesekali nanti kan tak menyesali sungguh, azab atau nikmatnya adalah pasti. Masshah 2014 1062014 Meru.

Sajak: Rakyat Sengsara Panda Kaya

Image
Rakyat Sengsara Panda Kaya Panda ke sini  demi negara buat menyemai kasih dua bangsa rakyat tak perlu susah ke sana mahu tengok pergi zoo negara. Panda ke sini sungguh kaya rumah panda mewah 25 juta kos sewa 30 juta sahaja selenggara pula 15juta cuma. Panda ke sini dijaga begitu rupa cukup makan cukup tidur selesa rakyat sengsara hidup terus papa pemimpin negara leka terus lupa. Panda ke sini rakyat terus sengsara barang naik kos hidup tinggi rasuah juga rasuah kian parah bunuh sini sana panda juga hidup aman terus bahagia. Panda ke sini rakyat tak dapat apa janji penguasa GST akan dilaksana buat menolong orang kaya raya rakyat terus sengsara panda kaya. Panda ke sini rakyat terus bekerja bertungkus lumus menyara keluarga panda juga hidup riang bergembira rumah berhawa dingin panda yang punya. Panda ke sini  konon demi dua negara hubungan akrab malaysia dan china rakyat diberi peluang menilai penguasa ...

Sajak: Muhasabah Diri

Image
Muhasabah Diri Tanggal 2.03.1974 aku dilahirkan dilahirkan aku dari perut ibuku keluar dari pintu rahimnya dilahirkan aku hasil percintaan dan perkasihan mereka berdua tanpanya mana mungkin aku berada di maya pada ini tanpa izin-NYA jua mana bisa aku melihat dunia penuh warna-warni kehidupan. Dilahirkan aku seperti insan-insan lain sempurna sebagai ciptaan Tuhan DIAlah Maha Sempurna mencipta kejadian insan dengan sebaik-baik kejadian syukurlah aku yang dilahirkan melihat wajah dunia semakin tua merana pelbagai karenah insan sepertiku. Dalam kalam suci nyata insan adalah khalifah di muka bumi Ilahi kejadian ciptaan-NYA tidak sia-sia ada tujuannya sungguh, ciptaan-NYA seperti jin dan aku bukan semata-mata mahu hidup tetapi sebagai khalifah jua beribadah kepada-NYA namun setiap leka dan jaga ada perkiraannya untung nasib di dunia dan akhirat sana. Sia-sia tidak kejadian insan nikmat Tuhan harus disyukuri se...

Sajak: Syaaban Kembali

Image
Syaaban Kembali Rejab meninggalkan pergi kini syaaban datang lagi detik gembira untuk atma ini mendekatkan diri pada ILAHI. Seperti rejab kita hayati begitu jua syaaban dikuti banyakkan amalan zikir di hati agar lebih akrab dicintai ILAHI. Diketahui sudah rejab bulan Allah syaaban bulan Muhammad Rasulullah jua ramadan bulan untuk seluruh ummah usah dipersia-sia ganjaran  ILAHI. Ini adalah bulan segala amalan dipersembah diangkat kepada Tuhan namun kita mempersia-siakan sungguh ramai leka lupakan ILAHI. Amalan puasa sebulan rasul amalkan insan ramai yang persia-siakan lupa Tuhan ikut bisikan jahat saitan ingatlah jangan sampai dimurkai ILAHI. Di malamnya ada malam nifsu syaaban perbanyak amalan banyakkan ingat Tuhan berzikir, bersolat juga berpuasa jadikan amalan pasti diterima ampunan jua diberi rezeki dari ILAHI. Secoret rasa sekadar pesanan agar hidup beriman bertaqwa kepada Tuhan esok lusa atau entah kapan ...