Posts

Showing posts from July, 2019

Cerita Dua Minggu Lepas

Image
Semalam punya ceritalah,balik beraya di Ijok terus ke Aeon Bukit Rajah,Klang.Ronda-ronda sekejap, singgah Kedai Buku Popular. Sebab masa tak banyak,tak sempat sangat nak pilih buku dapatlah Dua buah buku dan majalah Gila-Gila Raya tu.Anak-anak pun dapat bahagian mereka. 1).Travelog Maaghribi-Hazamin Inteam-Terbitan Inteam Publishing 2) Cerita Abang Kadi-Imran Burhanuddin-Terbitan-Komrad Buku 3) Majalah Gila-Gila Edisi Super Meletop Aidilfitri 4) Tiga buah buku (Komik) untuk Dania Dan Anas, Dan sebuah buku Didi and Freiinds untuk Huzaifah. # MalaysiaMembaca

Buku: Ideologi Sebuah Memoir

Image
Buku: Ideologi Sebuah Memoir Tulisan: Zin Mahmud Terbitan: Republik Buku Muka Surat: 121 Muka Surat Cetakan Pertama: Mac 2019 Membaca buku ini terasa indahnya,merasai dan menikmati kehidupan seorang yang berjiwa kental dan bersemangat dengan buku dan ilmu.Semuda umur 12 tahun sudah punyai pemikiran kiri(sosialisme) yang membentuk minda pemikirannya. Ya…benarlah kata-kata ini; “Kamu adalah apa yang kamu baca” Penulis seorang yang gigih mencari ilmu dengan membaca buku-buku yang diminati,terutamnya berkaitan dengan perjuangan sosialisme. Melalui buku-buku yang dibaca, penulis merakamkan dan mengongsi apa yang   beliau dapati dari hasil pembacaanya. Biarpun, sosialisme ini terdiri daripada beberapa bentuk pemikiran, namun penulis mengakui bahawa beliau lebih memilih sosialisme yang berbentuk kedamain,aman dan bukan kekerasan. Apa yang aku dapati dari buku ini, sebahagian yang menurut pemahaman aku, penulis seorang yang rajin seawal usia

Membaca Dapat llmu Dan Tuhan

Image
"Membaca bukan sekadar memberimu ilmu tetapi Tuhan... Maka bacalah dengan nama Tuhan-Mu Yang Menciptakan"

Buku Peneman Dikala Kebosanan

Image
"Kebosanan dan kesunyian pasti hilang, bila buku menjadi peneman setia.Bila sedang asyik bersamanya,bagai tak terasa pantasnya masa berlalu.Bagai tidak mahu melepaskannya."

Sajak:: Fitnah Memusnah

Fitnah Memusnah Fitnah ada dimana-mana Dibawah diatas Didepan dibelakang Dikanan dikiri Dalam terang Dalam gelap Siang dan malam. Fitnah merata-rata Yang terkena terseksa Yang memfitnah ketawa Yang sebar buat tak apa Yang membaca senyum. Fitnah memusnah Hilang amanah Tergadai maruah Terseksa di Barzakh Masshah 2019 Meru.