BUKU HARAM
BUKU HARAM 1. Membaca buku yang diharamkan tak semestinya orang yang membaca menyokong apa buah fikiran yang dilontarkan oleh penulis.Adakalanya pembaca hanya ingin tahu apa isi buku tersebut. 2. Mengapa mesti terus diharamkan? Mengapa tidak dibicarakan atau diwacanakan. Selepas itu barulah diambil keputusan. Boleh atau tidak boleh untuk disebar luaskan. 3.Bila diharamkan sesebuah buku, menjadikan orang yang suka buku tertanya-tanya dan tercari-cari buku tersebut. 4.Orang yang menulis buku haram, kemungkinan boleh dipenjarakan. Namun jiwa rasa mereka tidak boleh dipenjarakan. 5.Mempunyai buku haram dan membacanya. seseorang pembaca tidak perlu rasa bersalah. Pengetahuan untuk tahu buku tersebut untuk dirinya sendiri dan bukan untuk disebarkan kecuali jika ada yang bertanya. 6.Buku tetap buku, haram tidak haram ia tetap sebuah buku. Selagi tidak lupus ia tetap ada manfaatnya. 7..Buku yang diharamkan adakalanya tidaklah haram isi kandungannya. Cuma barangkali ada sesuatu yang menca...