Posts

Showing posts from November, 2017

Program Karnival Maulidurrasul 2017H/1430H Di Global Ikhwan

Image
Ingin menyambut maulidurrasul dengan suasana yang berlainan? Nah, datanglah ke Karnival Maulidurrasul 2017M/1439H , anjuran Syarikat GISB HOLDING di Bandar Islam Country Home, Rawang Selangor. Anda pasti akan merasai kelainan, keindahan dan ketenangan.  InsyAllah, aku akan cuba bawa keluargaku jika tidak ada halangan lain ke sini. Ingin merasai sambutan maulid Nabi S.A.W. Pelbagai acara dilaksanakan jika melihat banner dibawah ini. Tentu ada sesuatu yang menarik di sini...Jom!!!

Bukan Untuk Layan Naluri Sendiri

Image
Aku yakin pesan ini bukan untuk penulis, penyair dan sasterawan sahaja, sesiapa sahaja boleh menerima ingatan dan teguran ini. Sebagai pembaca juga terasa dengan ingatan dan teguran dari tokoh sasterawan tersohor ini. Bukan sekadar membeli dan membaca sahaja di pojok bilik-bilik tetapi haruslah terjun ketengah masyarakat. Sama-sama menegur, menyebarkan kebaikan kepada masyarakat. Harus berani menyatakan kebenaran...begitulah maksud tersirat dari teguran Datuk A.Samad Said.

Program Karnival Buku Negara Buku Mega 2017

Image
Tanggal 24hb 11 2017, Jumaat malam sabtu, aku ke Karnival Buku Negara Buku Mega, sekitar jam 9.50 malam aku bertolak ke Kompleks Karangkraf di Shah Alam. Wow...makin malam makin sesak, begitulah yang aku lihat pada malam itu. Siapa kata orang kita tidak suka membaca. Mana-mana yang aku nampak dan saksikan, ramai saja orang kita ke program jualan buku, berbakul-bakul macam beli sayur. Aku teruja menyaksikan perkara ini. Orang minat dan suka buku ini, tidak kira berapa pun harga buku, tetapi peluang ada harga murah macam inilah peluang untuk membeli-belah buku murah-murah. Dengan harga RM10.00 sebuah buku sangat murah berbanding dengan harga asal. Bahkan ada rumah penerbitan yang menjual hasil terbitan mereka dengan 2 buah buku RM10 dan ada yang 3 buah buku RM10, malah ada yang buku masih baru dijual dengan RM10 dari harga asal. Tak ke murah tu... Rugi memang rugi siapa yang tidak dapat rebut peluang ini. Buku makanan minda...mengenyangkan minda kita. Jangan tidak, tidak per

Program Keluarga 2017

Image
Tinggal dua hari lagi program terbesar bagi keluarga kami akan diadakan pada bulan ini. Ia merupakan program dua tahun sekali, bagi mengumpulkan ahli keluarga, yang jauh dan dekat.  Program keluarga sebelah isteriku. Rasa teruja dan seronok serta tidak sabar untuk sampai ke program tersebut. Ini kali kedua program Hari Keluarga Bani Ibrahim diadakan.  Panjang usia, sampailah aku dan familiku turut sama-sama memeriahkan program ini. Tak sabar!

Sendiri

Image
Sepi…sunyi… puisi tak menjadi hujan tak lagi berhenti sendiri lagi. Masshah Meru.

Tidak Menjemukan

Image
"Menatapnya tak pernah menjemukan, apatah lagi membacanya...buku."

Program Negara Buku Mega

Image
Perghhh...tidak sabar rasanya mahu ke sini, tinggal beberapa hari lagi. Dengarnya semua buku berharga RM10.00 . Banyak juga rumah buku yang turut sama-sama memeriahkan program ini. Menurut beritanya selama 60 jam bersiaran, maksudnya mahu beli buku sampai tengah pagi pun boleh datang, selepas subuh pun boleh. Dahsyat betul, syabaslah kepada penganjuran program ini. Aku percaya para peminat buku pasti dan mesti akan memeriahkan, dan sudah tentunya akan membeli buku-buku kegemaran mereka. Insya,Allah, aku pun teringin mahu datang ke sini, dekat Karangkraf, Shah Alam. Bermula pada 24 hingga 26 November 2017. JOM SERBU!!!

Pesan Hassan Al-Banna Kepada Keluarga Muslim

Image
Semoga aku dapat merealisasikan pesan dari seorang Mujadid Ulung ini. Satu pesanan yang sangat baik dan seharusnya disahut dan dilaksanakan oleh semua keluarga muslim.  Ayoh...kita bina perpustakaan di rumah.

Hari Ke Lima Karnival Jualan Gudang Akhir Tahun 2017

Image
Balik dari Kuala Selangor, selesai membuat passport terus ke Shah Alam, jalan-jalan cari buku murah. Terpilihlah beberapa buah buku untuk koleksi bacaan dan bilik buku ku.

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Image
Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival. Buku-buku untuk cenderahati Hari Keluarga nanti, RM1.00 sahaja. Buku pilihan anak-anakku

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2017

Image
Pada tanggal 5hb 11 2017, Ahad. Aku bersama tiga orang anakku pergi ke Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2017, di seksyen 15 Shah Alam. Hari terakhir Karnival, memang ramai orang.Sudah pastinya mereka mencari buku-buku pilihan hati mereka. Aku macam biasalah, cari buku murah-murah untuk koleksi bilik buku dan bacaan. Harga semurah RM1, RM2,RM3 dan RM5. Anak-anak pun turut memilih buku pilihan mereka. Kali ini jualan tidak lagi di khemah tetapi di dalam bangunan Karangkraf, memang selesa, Satu perubahan yang sangat dipuji. Memang seronok! Sebelum sampai berswafoto dulu...   Bangunan Media Karangkraf tersergam indah Adik Huzaifah pun dah pandai pilih buku tu... Pilih jangan tak pilih   Duduk santai-santai dulu sebelum masuk sekali lagi, Dania tak sabar nak belek buku pilihannya. "Adik laparl lah Abi", Segarlah tu dapat minum dan makan adik Huzaifah Aksi foto sebelum balik..masing-masing sudah dapat habuan

Ulangtahun Muhammad Anas

Image
Selamat hari lahir Muhammad Anas Semoga jadi anak yang Soleh...cemerlang dunia akhirat In Sha Allah. Aamiin Ya Rabb!!! Doa Abi dan Umi selalu untuk Muhammad Anas.

Bajet Aksi Kleptokrasi

Image
Bajet Aksi Kleptokrasi Sungguh mengoda  bicara  pembentangnya Segak berbusana Melayu bergaya lagaknya Dengar dulu apa dikata bajet dibentangnya Selesai bentang fikir baik tidak hentamnya. Biar bebas bercakap usah disekat Biarkan dibentang bajet konon untuk rakyat Seluruh dapat  konon nikmat berkat bajet Rakyat terangguk konon semua dapat Bajet dibentang tetap ada menentang Bertungkus lumus pagi malam petang Marhean apa kesah bajet dibentang Hidupnya begitu tidak lebih tidak kurang. Bajet rakyat mahukan harga barang turun Bajet dibentang bukan macam harta karun Banyak tabur-tabur gembar gembur itu pun Usah heran memang begitu acara akhir tahun. Ada yang berkata itu gula-gula untuk kita Sikit masa nanti sudah sampi pilihanraya Dibujuki hati yang lara agar nanti percaya Ada tak sedar diri  masih ditipu buta-buta. Cukuplah sudah usah terpedaya hati-hati Banyak sudah ruang untuk transformasi Banyak gagal masanya untuk aksi ref

Sajak: Kau Akan Mati

Image
Kau Akan Mati Kau sihat Kau sakit Kau sado Kau gagah Kau kacak kau menawan Kau cantik kau jelita Kau mewah Kau kaya Kau jutawan Kau hartawan Kau dermawan Kau miskin Kau susah Kau merana Kau sengsara Kau merempat Kau di mana-mana pun akhirnya kau akan mati begitu juga aku. Masshah 2017 Meru.