Posts

Showing posts from August, 2015

Pantun Untuk Panda

Image
Pantun Untuk Panda Lama sudah cerita fasal panda Ramai dah meluat ini kisah Sekadar dengar tengok sahaja Untuk rakyat bukan dapat faedah. Nak tengok panda ke zoo Negara Untuk rakyat patut tak perlu bayar Panda ini bukan sebarangan panda Hadiah istimewa buat penyokong tegar. Untuk panda ditatang disayang Makan minum teratur dijaga Untuk rakyat disuruhnya berhutang Siang malam pagi petang kerja. Ramai sudah hati yang rusuh Pemimpin pula bagai tiada apa Barang naik nila ringgit jatuh Pemimpin sibuk melayan anak panda. Barangan naik semua naik tinggi Ada yang kata baik untuk Negara Untuk rakyat semuanya ada giesti Keuntungan giesti separuh untuk panda. Rakyat susah langsung tak peduli Pemimpin joli sini joli sana Negara boleh jatuh kerna korupsi Rakyat sengsara panda tak merana. Panda lahirkan anak, pemimpin suka Ditatang disayang bagai anak sendiri Ramai marah tengok macam celaka

Sajak: Kotor Lawan Bersih

Image
Kotor Lawan Bersih Bersih itu bukan kotor kotor itulah mahu dibersih putihkan yang mahu dibersihkan itu daki-daki yang jahat lagi jahanam degil dan liat. Kotor itulah yang mahu dibersihkan dengan haruman kasih sayang bukan dengan belati atau senjata tajam atau dengan gulingan menakutkan tidak sama sekali. Kerna bersih mahu buangkan bau-bauan yang memualkan yang bisa memuntahkan segala macam kedunguan dan ketololan bahkan kepandiran bisa dibersihkan sebersih-bersihnya. Bersih tetap bersih kotor tetap kotor hanya bersih boleh membersihkan kotor kebijakkan fikir mahukan bersih kekhurafatan tetap mahukan kotor bermaharajalela dengan kotor ia bisa terus berkuasa angkuh. Masshah 25082015 Masshah.

Sajak: Protes Terus

Image
Protes Terus Protes terus protes bukan guling gulingkan kerajaan. Protes terus protes ramai sudah terbuka punya fikiran. Protes terus protes sudah ramai sudah hilang keyakinan. Protes terus protes bila ringgit jatuh hilang persaingan. Protes terus protes perompak penyamun hilang pertimbangan. Protes terus protes berkumpul unjuk rasa berhimpum secara aman. Protes terus protes sejuta rakyat bangkit turut sama menjayakan. Protes terus protes siapa belum pernah turun protes, turun ambil pengalaman. Protes terus protes biar orang di atas singahsana bagai cacing kepanasan. Protes terus protes sampai jatuh hancur sirna semua kebatilan. Protes terus protes akan nanti aman makmur rakyat dalam kedamaian. Protes terus protes agar tercipta satu Negara yang punya keampunan. Masshah 25082015 Meru.

Sajak: Jika Hidup Semudah Itu

Image
Jika Hidup Semudah Itu Ada orang fikir orang kecil tak payahlah campur politik kerna mereka fikir politik hanya untuk orang besar-besar kerna mereka fikir politik hanya adu domba semata-mata cukuplah orang kecil dengan dunianya sendiri usah difikiri soal politik mengusutkan hati itu fikir mereka. Tanpa mahu tahu mereka ada tanggungjawab tanpa mahu tahu mereka ada haq pada Tuhan tanpa mahu tahu mereka ada haq pada diri sendiri tanpa mahu tahu mereka ada haq pada masyarakat. Hidup sekadar adanya, pergi kerja balik kerja konon senang hati minum kopi, dua keping roti canai beli barang kena GST apa yang diluar dari lingkungannya usah difikiri itu semua kerja orang besar kita orang kecil jika hidup semudah itu, ya sifatnya haiwan juga begitu hidup mahu nafsu-nafsi apa terjadi tak peduli. Hidup ini ada masyarakatnya hidup ini saling bergantungan hidup ini saling perlu memerlukan hidup ini kebersamaan hidup ini bertegur sapa hidu

Sajak: Kita Mahu

Image
Masih Mahu Pabila manusia hilang nilai amanahnya mereka tidak merasa apa-apa dengan tindakkannya karenahnya makin menjadi-jadi lupa diri yang salah seolah-olah benar dijaja sana-sini yang benar tidak didengari ditolak ketepi bibirnya merah bicaranya semanis madu sudah hilang rasa malunya sesuka hati janji-janjinya biar ianya tidak ditunai dilunasi tetap mahu dijanji. Masih mahu pertahan biar ramai tak percayai masih mahu akui disokong berjuta ahli walau dibenci masih mahu berbohong sana-sini sesuka hati masih mahu berkuasa biar ahli ramai caci maki masih mahu terus berdolak dalih tentang akuan pribadi biar nilai ringgit terus jatuh dan jatuh, katanya ekonomi terus terpacu memacu…ah…pilu. Lalu…apa yang kalian masih termangu-mangu sudah melihat amanah hancur lumat dikhianati apakah masih mahu dipertahan disokong didokong susah resah kalian bukan didengari disimpati ianya bohong biar berkali-kali kata kalian didahulukan ianya sekada

Sajak: Syair Kemerdekaan 58 Tahun

Image
Syair Kemerdekaan 58 Tahun Indah permai sentosa tanah air kita Kini sudah lima puluh lapan tahun merdeka Melayu cina india hidup bersama-sama Berganding bahu membina bersama Negara. Melayu cina india hidup bermuafakat Hidup harmoni bersama bermasyarakat Saling bertolong bantu banyak manfaat Semangat kemerdekaan kekalkan usah khianat. Setiap warganegara bersatu berkerja keras Mengharumkan nama agar terus teratas Kemerdekaan Negara perlu dijagai dengan asas Nantikan Negara membangun dengan pantas. Bersatu kekalkan kemerdekaan usah bersengketa Jauhi bermasam muka jua kata mengata Usah direnggang perpaduan walaupun sehasta Kekalkan kemerdekaan bukan hanya cinta semata. Hormat menghormati walaupun berlainan bangsa Faham memahami walaupun berlainan budaya Saling bertoleransi biar pun berlainan agama Itulah taat setia cinta setiap warga Negara kita. Semarakkan sambutan merdeka tahun ini Buktikan setia kita pada anugerah am

Hadiah Sastera Darul Makmur 2015

Image
Sebagai seorang peminat sastera tanah air, aku sudah pastinya berbangga dengan anugerah yang diberikan kepada para penulis dan penyair yang terus menerus menulis dan berkarya demi memandaikan khalayak. Melalui pena mereka terus menulis dan memberi sumbangan kepada perkembangan sastera negeri dan juga tanah air. Anugerah sastera yang diberikan kepada para penulis dan penyair Negeri Pahang khususnya tentu telah memberikan semangat dan galakkan berterusan kepada para penerima anugerah tersebut. Satu penghargaan yang tentunya akan memberi rangsangan untuk terus berkarya.  Syabas sekali lagi! Semangat Terus!

Ulasan Ringkas Zine Santai Puisi#1 Sesudah Dimaafkan Cinta

Image
Sudah lama sebenarnya aku mahu menulis tentang zine ini. Hadiah dari penulis muda, saudara Wan  Hanif Wan Hamid, juga penulis buku Kumpulan Cerpen Teratak Berjasa , pemilik laman blog Inspirasi Wanariahamiza . Sebuah Zine Santai Puisi #1, Sesudah Dimaafkan  Cinta , diterbitkan oleh Kumpulan Santai Puisi, comel dan menarik zine tersebut. Aku suka sangat bila menerima zine tersebut, tidak sangka, pada mulanya hanya sekadar menegur di mesej muka buku, kalau boleh aku ingin membeli dan memilikinya. Katanya tidak dijual. Dia hadiahkan kepadaku, Terima kasih orang muda! Walaupun sekitar dua belas buah puisi yang terkandung di dalamnya, namun ia membawakan mesej yang pelbagai, sudah pastinya puisi ini ditulis orang muda jiwa muda, hati terus bergelora mahu terus berapresiasi melalui puisi. Aku bukan mahu mengulas kesemua puisi-puisi tersebut, sekadar dua puisi yang aku cuba aku ulas secara ringkas. Puisi bertajuk HIP-0K-RIT, memaparkan sebuah puisi tentang sikap seseorang,