Sajak: Kita Mahu
Masih
Mahu
Pabila manusia hilang nilai amanahnya
mereka tidak merasa apa-apa dengan
tindakkannya
karenahnya makin menjadi-jadi lupa
diri
yang salah seolah-olah benar dijaja
sana-sini
yang benar tidak didengari ditolak
ketepi
bibirnya merah bicaranya semanis madu
sudah hilang rasa malunya sesuka hati
janji-janjinya
biar ianya tidak ditunai dilunasi
tetap mahu dijanji.
Masih mahu pertahan biar ramai tak percayai
masih mahu akui disokong berjuta ahli
walau dibenci
masih mahu berbohong sana-sini sesuka
hati
masih mahu berkuasa biar ahli ramai
caci maki
masih mahu terus berdolak dalih
tentang akuan pribadi
biar nilai ringgit terus jatuh dan
jatuh,
katanya ekonomi terus terpacu memacu…ah…pilu.
Lalu…apa yang kalian masih
termangu-mangu
sudah melihat amanah hancur lumat
dikhianati
apakah masih mahu dipertahan disokong
didokong
susah resah kalian bukan didengari
disimpati
ianya bohong biar berkali-kali kata
kalian didahulukan
ianya sekadar penyedap ditelinga hanya
slogan
tetapi…didekati penuh simpati bila
dekat mahu undi.
Nah…masih tidak mahu percaya dan
mengerti lagi
walau ditipu hari-hari bahkan
berulang-ulang kali
terserah…mahu begitu atau mahu
ditransformasi
hak berfikir sendiri-sendiri biar
sampai kepenghujung mati
kerna kita punya hak memilih yang
benar bukan salah
kerna hidup pasti mati ditanya disoal
akhirat menanti
cukuplah hari-hari duka resah untuk
kita juga tanah air ini.
Masshah
2015
21082015
Meru.
Comments
Post a Comment