Sajak: Begitulah Selalunya Kita
Begitulah Selalunya Kita
Kita
seperti masih seadanya
mereka
bertukar ganti kita tetap begini
mereka
naik takhta berkuasa jadi menteri
mereka
bertukar kereta punya gaji tinggi
mereka
pandai bercerita pandai berjanji
mereka
datang lagi ke sisi kita bila mahu undi
mereka
terus taburi segala macam janji-janji
mereka
terus menerus membohongi berkali-kali
kita
masih seperti ini, tidak ada apa-apa
melihat sahaja
bagai
semuanya salah kita mereka tidak mengapa.
Ya,
kita masih tetap kita
tidak
ada apa-apa, biar sering dikecewa menderita
mereka
berkata manis janjinya, kita percaya
mereka
beri itu ini, sana sini, ya kita percaya
mereka
beri cukai itu ini, ya kita percaya, sangat percaya
marah-marah
dua tiga hari seminggu belum tentu
semuanya
reda, bagai tiada apa-apa
begitulah
selalunya tiada apa-apa tidak mengapa
inilah
kita, begitulah selalunya
Tiga
belas kali mahu empat belas kali
begitu
kita masih tidak membuka mata hati
memikir
berfikir sejernih-jernihyan tentang nasib diri
berubah
merobah sistem yang gagal merai
cukuplah
yang ada ini, ibrah untuk kita merobah
kita
beri pengajaran ke atas kegagalan mereka
cukup
untuk kali ini, yang ke empat belas terus ganti.
Masshah
29072015
Meru.
Comments
Post a Comment