Pantun Untuk Panda

Pantun Untuk Panda
Lama
sudah cerita fasal panda
Ramai
dah meluat ini kisah
Sekadar
dengar tengok sahaja
Untuk
rakyat bukan dapat faedah.
Nak tengok
panda ke zoo Negara
Untuk
rakyat patut tak perlu bayar
Panda
ini bukan sebarangan panda
Hadiah
istimewa buat penyokong tegar.
Untuk
panda ditatang disayang
Makan
minum teratur dijaga
Untuk
rakyat disuruhnya berhutang
Siang
malam pagi petang kerja.
Ramai
sudah hati yang rusuh
Pemimpin
pula bagai tiada apa
Barang
naik nila ringgit jatuh
Pemimpin
sibuk melayan anak panda.
Barangan
naik semua naik tinggi
Ada yang
kata baik untuk Negara
Untuk
rakyat semuanya ada giesti
Keuntungan
giesti separuh untuk panda.
Rakyat
susah langsung tak peduli
Pemimpin
joli sini joli sana
Negara
boleh jatuh kerna korupsi
Rakyat
sengsara panda tak merana.
Panda
lahirkan anak, pemimpin suka
Ditatang
disayang bagai anak sendiri
Ramai
marah tengok macam celaka
Pedulikan
panda melebihi rakyat sendiri.
Pantun
panda dikarang untuk saudara
Yang
suka berfikir berpandangan jauh
Kita
semua sayangkan ini Negara
Sampai
mati biarpun ringgit terus jatuh.
Nak terasa
terasalah diri sendiri
Ini pantun
panda yang punya
Biar
terasa yang berkuasa empunya diri
Rakyat
dipeduli harap diutama.
Masshah
27082015
Meru.
Comments
Post a Comment