Sajak: Jika Hidup Semudah Itu
Jika
Hidup Semudah Itu
Ada orang fikir
orang kecil tak payahlah campur
politik
kerna mereka fikir politik hanya untuk
orang besar-besar
kerna mereka fikir politik hanya adu
domba semata-mata
cukuplah orang kecil dengan dunianya
sendiri
usah difikiri soal politik mengusutkan
hati itu fikir mereka.
Tanpa mahu tahu mereka ada
tanggungjawab
tanpa mahu tahu mereka ada haq pada
Tuhan
tanpa mahu tahu mereka ada haq pada diri
sendiri
tanpa mahu tahu mereka ada haq pada
masyarakat.
Hidup sekadar adanya, pergi kerja
balik kerja konon senang hati
minum kopi, dua keping roti canai beli
barang kena GST
apa yang diluar dari lingkungannya
usah difikiri
itu semua kerja orang besar kita orang
kecil
jika hidup semudah itu, ya sifatnya
haiwan juga begitu
hidup mahu nafsu-nafsi apa terjadi tak
peduli.
Hidup ini ada masyarakatnya
hidup ini saling bergantungan
hidup ini saling perlu memerlukan
hidup ini kebersamaan
hidup ini bertegur sapa
hidup ini santun menyantun
hidup ini perlu ‘semak dan imbang’
hidup ini perlu menyeru kebaikan cegah
mungkar
apakah politik tidak ada dalam HIDUP
INI?
Kalau itu fikir mereka
itu juga bukan fikiran kita
kerna kita punya haq berfikir konon
bebas merdeka
termaktub dalam perlembagaan Negara
yang dicipta oleh dahulu penjajah
kerna kita perlu kesah
bukan politik kenegaraan semata-mata
harga kos kehidupan semakin mencanak
tinggi
semua beli barang kena cukai GST nilai
ringgit jatuh lagi
rasuah pemimpin menjadi-jadi tipu sana
sini
dan pelbagai jika mahu dirungkai semua
di sini
bila kita sebut ini…kata mereka jangan
berpolitik!
Nah terserah pada mereka…apa mahunya
kerna mereka tidak berpolitik tetapi hipokrit!
Masshah
21082015
Meru.
Comments
Post a Comment