Ulasan Ringkas Zine Santai Puisi#1 Sesudah Dimaafkan Cinta
Sudah
lama sebenarnya aku mahu menulis tentang zine ini. Hadiah dari penulis muda,
saudara Wan Hanif Wan Hamid, juga
penulis buku Kumpulan Cerpen Teratak
Berjasa, pemilik laman blog Inspirasi
Wanariahamiza. Sebuah Zine Santai Puisi #1, Sesudah Dimaafkan Cinta,
diterbitkan oleh Kumpulan Santai Puisi, comel dan menarik zine tersebut.
Aku
suka sangat bila menerima zine tersebut, tidak sangka, pada mulanya hanya
sekadar menegur di mesej muka buku, kalau boleh aku ingin membeli dan memilikinya.
Katanya tidak dijual. Dia hadiahkan kepadaku, Terima kasih orang muda!
Walaupun
sekitar dua belas buah puisi yang terkandung di dalamnya, namun ia membawakan
mesej yang pelbagai, sudah pastinya puisi ini ditulis orang muda jiwa muda,
hati terus bergelora mahu terus berapresiasi melalui puisi. Aku bukan mahu
mengulas kesemua puisi-puisi tersebut, sekadar dua puisi yang aku cuba aku ulas
secara ringkas.
Puisi
bertajuk HIP-0K-RIT, memaparkan sebuah puisi tentang sikap seseorang, aku tidak
tahu kepada siapa puisi ini ditujukkan, mungkin kepada umum dan mungkin secara
pribadi puisi ini ditujukkan kepada seseorang sahabat kepada penulisnya. Atau
secara umumnya jika dihayati puisi ini, sikap hipokrit atau sikap talam dua
muka, atau dengan kata Islaminya, munafik.
Sifat
munafik merupakan satu sikap yang amat keji, harus dihindari oleh semua orang,
yang beragama Islam sudah tentunya. Dalam Islam, sikap ini amat merbahaya,
sikap kepura-puraan tentang beragama. Banyak cerita-cerita tentang hipokrit
ini. Tidak perlulah aku tulis dalam tulisan ini. Boleh jadi sikap ini ada dalam
diri kita, siapa tahu! Mohon dihindari dari sikap ini. Aku tuliskan semula
keseluruhan puisi tersebut di sini.
HIP-OK-RIT
Kau
sedar apa yang kau buat? Kau rasa baguskah?
Konon-konon
kau nak hidup dengan dunia penuh
Kepura-puraan?
Apa motif
kau sebenarnya?
Sengaja
sorokan sesuatu
Bagi
kau, dua dunia itu kau punya.
Sekejap.
Bukan tiga, tetapi lebih daripada
Itu.
Kau
rasa dengan buat begitu, kau lebih selesa
Orang-orang
yang kenal kau pun akan tertanya-tanya.
Betulkah
itu kau?
Sebenarnya,
kau tak lebih daripada seorang yang
hip-ok-rit
Ya,
kau hip-ok-rit. Kau menipu semua orang.
Kau menipu
diri kau sendiri
Kau bersembunyi
di sebalik diri kau yang satu lagi.
Semata-mata
untuk…
Nampak
baik?
Sudahlah.
Kau akan penat dengan semua itu.
Kau akan
lemas dengan dunia kepura-puraan itu.
Jernihkan
hip-ok-krit yang ada pada diri kau.
Biar
kembali macam dulu.
Menjadi
diri kau…
Neutral!
Wanariahamiza
22 November 2014
Siapa
KAU itu, aku, engkau, anda, kamu dan semua. Sikap hipokrit akan menghilangkan
kepercayaan, kepura-puraan akan disedari semua orang. Ia mesti dijauhi kalau
kita tidak mahu dibenci. Nyahkan hipokrit dalam diri!
Puisi
kedua dari zine ini, ‘HITAM’. Apa yang hitam?. Bukankah hitam itu menawan, awan
yang hitam boleh jadi akan menurunkan hujan selebatnya. Hitam adakalanya
mengerunkan, menakutkan itulah kegelapan, ia perlukan cahaya. Mari baca
keseluruhanya puisi ini.
HITAM
Apabila
yang haram suatu kebiasaan,
Ketamadun itu mula padam,
Saat
hati dititik kehitaman,
Pegangan agama kini suram,
YAKITATEI
MALAY
18
April 2015
Dosa
bila dilakukan secara berterusan, ia akan menjadi titik hitam di hati si
pelakunya. Betulah setiap manusia di dunia ini tidak terlepas dari salah silap,
dosa dan pahala. Bukanlah alasannya kita insan yang lemah dengan itu kita boleh
melakukan apa sahaja sesuka hati, kita dibekalkan akal untuk berfikir, untuk
membolehkan membezakan mana yang baik dan buruk, yang haq dan batil. Itu
peranan akal yang waras. Jika ia tidak digunakan sebaiknya, ia akan terjadi
seperti puisi di atas. Ia akan merosakkan diri, merosakkan generasi, malah
boleh merosakkan dan menghancurkan tamadun. Nilai kemanusiannya hilang berkecai.
Sejarah
sudah membuktikan kepada kita, sesuatu tamadun boleh hancur dek kerana, sikap
dan nilai yang ada pada manusianya yang rosak, malah yang lebih besar dari itu,
menafikan kekuasaan Allah S.W.T, lihatlah kaum Ad’ dan Samud, apa yang terjadi
kepada mereka.
“Apabila yang haram suatu kebiasaan,
Ketamaduna itu mula padam”
Bila
dosa tidak diambil berat, dosa kecil apatah lagi dosa yang besar, dilakukan
dengan sewenangnya tanpa rasa takut dan cuba mahu menghindarinya. Ia akan
menjadi titik hitam di dalam hati manusia. Ia boleh menghakis pengamalan agama
seseorang, ia menjauhkan manusia dari pencipta-Nya, semakin hari semakin sirna
kebenaran dalam diri. Bintik hitam makin menebal di dalam hati, yang akhirnya
menjerumuskan kesuraman pegangan agama.
“Saat hati dititik kehitaman,
Pegangan agama kini suram,”
Sama-samalah
berusaha, menghindari perkara yang terlarang sehingga melekakan,sehingga lupa
kepada yang Maha Kuasa. Jagailah tamadun kehidupan kita sebaiknya.
Inilah
kefahaman serba sedikit yang mungkin mesej mahu disampaikan dari dua buah puisi
ini. Puisi yang sifatnya berbeza dari pemahaman setiap pembacanya. Mungkin orang lain, berbeza
pemahamannya. Itulah yang dinamakan puisi, sukar ditafsir tetapi nikmat bagi si
pembacanya. Tahniah juga puisi-puisi lain yang terdapat di zine ini.
Apa
pun tahniah dengan terbitnya zine ini. Syabas orang muda, teruskan berkarya.
Berpuisi terus! Aku akhiri tulisan ini dengan kata-kata dari penyair yang aku
sangat kagumi, iaitu Pak Agi Abdul Ghafar Ibrahim.
“Tidak
perlu kita risau sama ada masyarakat menerima, atau tidak menerima hasil puisi
kita. Yang penting puisi harus lahir terus sesuai daya cipta setiap penyair.”
Terus bersemangat ‘Orang Muda’!
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSungguh, saya terharu dengan perkongsian ulasan ini.
Ucap terima kasih saya seperti sudah terlalu banyak, dan masih saya
mahu berterima kasih untuk sokongan yang tidak pernah padam. Syukur.
Moga manfaatnya ada buat kalian, para pembaca.
Walaikumusalam orang muda, sama-sama, terus menerus berkarya, moga terus sukses. Syabas!
ReplyDelete