Posts

Showing posts with the label Getusan Hatiku

Mac Datang Lagi

Image
Bulan kelahiranku...

Macam-Macam Malaysia Baharu

Image
Mahu tak mahu kena ambil tahu juga, apa yang berlaku disekeliling kita. Dalam diri, keluarga, masyarakat  dan seterusnya dunia luar. Macam-macam berlaku dan terjadi,ekonomi, politik,agama, budaya,cuaca dan pelbagai lagi. Selagi yang bernama kehidupan,beginilah yang akan dirasai dan dihadapi oleh semua manusia di muka bumi ini. Melihat keadaan situasi politik dalam Negara ini, pasca pemerintahan baharu, aku melihat pelbagai isu timbul dan sungguh tidak menyenangkan secara pribadiku. Bermulalah dari al-kisah janji-janji politik melalui manifesto yang dijanjikan,penghakiman skandal-skandal durjana terdahulu, kedangkalan minda ahli politik, isu agama, kaum,bahkan isu yang terkini(isu ICERD)membuatkan sebahagian masyarakat amarah. Belum lagi nak cerita masalah kehidupan rakyat yang seolah tidak berubah lagi dari segi ekonominya. Barang terus mahal, minyak pun tidak turun-turun apatah lagi tol yang diwar-warkan akan ditiadakan juga kini sudah dikatakan tidak boleh dima...

Menulis Dan Cuti Sakit

Image
Ikutkan hati memang sudah malas mahu menulis diblog ini. Tak macam dulu-dulu masa tengah bersemangat menulis.Apa saja mahu ditulis,orang baca ke tidak tak peduli.Janji ada isi dalam blog. Seronok bukan main bila dapat menulis lepas itu terbitkan dalam blog. Ini pun disebabkan ada semangat, kalau tidak belum tentu ada perkara yang mahu dikongsikan. Sekadar masukkan gambar buku yang dibeli, itu sahajalah. Bila duduk-duduk di dalam bilik buku ini, lihat sekeliling buku-buku, bersemarak dan bersemangat pula mahu menulis, seperti ada aura. Tapi memang betulah, bila lama tidak menulis, terasa payah pula mahu memulakannya.Ini pun aku paksa-paksa diri menulis.Sambil minum kopi Entah apa yang aku mahu tulis. Masuk dua hari ini,aku cuti sakit.Gara-gara jatuh motor sewaktu balik kerja dua hari lepas. Walau tak cedera tapi sakit dibahagian tulang rusuk terasa amat.  Jadi cuti-cuti begini, sambil berehat, cuba buka blog yang semakin bersawang. Entah ada tetam...

Catatan Selepas Asar

Image
Di sini bertelingkah bagai huru-hara tetapi di sudut sana sedang ada sekelompok bangsa seperti aku dan kau. Mereka sedang membina empayar, perjuangannya semakin laju,laju dan laju...penuh damai dan kasih sayang. Ada yang menyedari, ada yang tidak, ada yang buat-buat tak nampak,ada yang dengki tapi tak boleh buat apa-apa, ada yang tak tahu apa-apa. Mereka berkerja, mereka berjuang, Tuhan diperjuangkan insan disayangi...jangankan fitnah bahkan mereka mahu mati syahid Mereka percaya bukankah mati itu syarat menemui cinta? Ya...mereka sedang bekerja untuk mendamaikan bumi tercinta ini. Jika benar, beruntunglah, jika tidak, tidak ada apa-apa. Berkerjalah dan berjuanglah setiap kita ada peranannya...kita bukan sahaja merindui Malaysia Baharu tetapi lebih dari itu...Dunia Baru... Insan Kerdil.

Nak Diet Lagi Konon

Image
Syawal berbaki beberapa hari lagi.Rumah terbuka sana sini. Asyik makan, makan dan makan. Salah ke makan? Tak salah, cuma jangan salah makan dan hadkan kuantiti.  Kata mahu kurus, mahu berat badan ideal, jadi kuantiti makanan yang mahu dimakan segera kurangkan.  Makan, makanan yang berkhasiat.Senang cakap, makanan seimbang.Aku ingatkan diri sendiri yang sering mungkir janji. Janji diri sendiri yang tidak ditepati, janji manis, nak kurus tapi makan melantak...alahai diri!