Macam-Macam Malaysia Baharu
Mahu tak mahu kena ambil tahu juga, apa yang berlaku
disekeliling kita. Dalam diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya dunia luar. Macam-macam berlaku
dan terjadi,ekonomi, politik,agama, budaya,cuaca dan pelbagai lagi.
Selagi yang bernama kehidupan,beginilah yang akan
dirasai dan dihadapi oleh semua manusia di muka bumi ini. Melihat keadaan
situasi politik dalam Negara ini, pasca pemerintahan baharu, aku melihat
pelbagai isu timbul dan sungguh tidak menyenangkan secara pribadiku.
Bermulalah dari al-kisah janji-janji politik melalui
manifesto yang dijanjikan,penghakiman skandal-skandal durjana terdahulu, kedangkalan
minda ahli politik, isu agama, kaum,bahkan isu yang terkini(isu ICERD)membuatkan
sebahagian masyarakat amarah.
Belum lagi nak cerita masalah kehidupan rakyat yang
seolah tidak berubah lagi dari segi ekonominya. Barang terus mahal, minyak pun
tidak turun-turun apatah lagi tol yang diwar-warkan akan ditiadakan juga kini
sudah dikatakan tidak boleh dimansuh.
Belum lagi janji PTPTN, nasib mahasiswa dan mahasiswi
yang berhutang,
sebelum PRU janji mansuh,kini dikatanya kena bayar…aduhai,alahai…kena
kaji semula?Pusing-pusing begitu juga.
Apa yang aku utarakan ini,dah klise tapi bagi aku masih
releven dibicarakan, dan rasanya rakyat masih ada yang berbicara berkaitan
dengannya.
Bagaimanalah corak Malaysia Baharu yang didendangkan
beberapa bulan ini?
Betullah yang aku dengar,tentang rasuah mahu
dihapuskan, pentadbiran Negara dengan tatakelola lebih baik.Jika begitu
baguslah, usah hanya manis berbicara dan sebaliknya. Jika benar mahu perbaiki sistem
kehakiman Negara, ya! Bagus.
Dari pelbagai aspek kepincangan yang ada dari kerajaan
terdahulu jika sememangnya ada wujud, aku sebagai warga Negara Malaysia amatlah
bersetuju dengan segala macam pembaharuan yang ingin dilaksanakan.
Perkara baik niat murni,siapa yang tidak sokong?
Harap-harap,apa yang dikatakan Malaysia Baharu ini biarlah telus,khususnya
untuk rakyat yang memberi kepercayaan kepada kerajaan baharu ini.
Lakukanlah demi rakyat yang mahu kehidupan mereka
terjamin.Usah hanya menyalahkan kerajaan terdahulu,jika memang ada segala
kedurjanaan kerajaan terdahulu adililah mereka yang banyak melakukan songlap
keatas harta Negara ini.
Bagi aku, jika ada kes dan bukti usah dilewat-lewatkan
segera dibawa ke pengadilan. Jika didapati bersalah hukum dan humban ke dalam
penjara.
Rakyat mahu lihat itu semua,tiada dolak-dalik,tiada tarik tali.
Kepada para YB dan menteri,bertugaslah dengan amanah,
tugas anda bukan tugasa main-main,tugas anda akan dipersoalkan diakhirat
terutamanya para menteri Melayu beragama islam.
Jangan ingat kamu diberi kuasa,kamu menongkat langit
dengan kuasa yang ada.Tunaikan apa janji-janji yang kamu janjikan sewaktu
berkempen beberapa bulan yang lalu.Ingat rakyat boleh menghukum kamu, kuasa
yang ada bila-bila masa boleh hilang jika Allah SWT kehendaki.
Tugas membangkang dikalangan para pembangkang juga
harus dilaksanakan dengan bijak. Para pembangkang punyai tugas yang lebih untuk
menyakini rakyat jika mahu rakyat mempercayai perjuangan kalian.
Baik pemerintah atau pembangkang sewajarnya jangan suka
ponteng sidang parlimen yang diadakan.
Ingat titah sultan! Duduk jangan
lari!
Jika itu pun tidak faham lagi,baik letak jawatan sebagai YB atau Menteri.
Rakyat menilai anda semua.Baik pemerintah dan
pembangkang,kini anda sedang disaksikan oleh jutaan rakyat yang peka,prihatin dan
tidak buta atau pekak.
Awas! Kuasa yang
anda miliki milik Allah SWT.
Comments
Post a Comment