Buku: Buku Kumpulan Puisi Parabel Tubuh

Aku bersama Penyair Taufiq Roslan
Pening juga baca tajuk buku puisi karya Taufiq
Roslan,memang jarang sangat dengan perkataan Parabel, Parabel Tubuh?.
Memang begitu sifatnya sesebuah puisi,dengan ungkapan
bahasa yang puitis dan bombastik.Setiap penulis juga seorang penyair punyai
kelainan dalam penulisan karya puisinya.
Sebenarnya dalam buku ini penulis telah memberikan
maksud dari apa yang dibicarakan dalam Kata Pengantar;
“Parabel bermakna kisah alegori pendek yang direka
untuk menggambar atau mengajar beberapa kebenaran, pelajaran moral atau
kesedaran kepada keagungan Tuhan.”
Oh, itu maksudnya, aku baca dari satu puisi ke satu
puisi.
Memang selayaknya pun Kumpulan Puisi ini memenangi Anugerah Finalis Sayembara Puisi
Kata-Pilar.
Aku tidak bermaksud untuk mengulas,kerana untuk
mengulas puisi ini,bukan selayaknya pembaca seperti aku.
Aku cuma pembaca yang menikmati hasil karya penyair.
Lain pembaca lain pemahaman , begitu sifatnya puisi,semakin sukar difahami
semakin asyik untuk diuliti dan dinikmati.
Bagusnya dalam buku ini,penulisnya menyertakan
glosari bagi memberikan makna istilah-istilah saintifik bagi
memudahkan pembaca memahami maksud tersebut.
Yang pastinya membantu pembaca seperti aku.
Aku punya persepsi sendiri tentang puisi;
“Puisi itu adakalanya sukar untuk difahami tetapi
terlalu asyik dinikmati.”
Apa pun tahniah kepada penulis dan juga penyair Taufiq
Roslan kerana penghasilan karya ini dan memenangi anugerah pula.
Comments
Post a Comment