Baru Nak Mula

Hampir dua bulan buku ini dibilik buku, malam ni baru
saja memulakan. Baru habis kata pengantar. Bermuka surat 728 muka surat.
Berbahasa Melayu Indonesia.
Usah ditanya bila aku boleh habis baca ini.Tanyalah
diri bila aku mahu mula membaca? kik3...( kan dah kena)
InsyAllah, boleh habis, sikit-sikit lama-lama jadi
bukit!. Tak banyak mana pun.
Ini sebuah buku Autobiografi. Kisah Gandhi dan
eksperimen-eksperimen beliau berkaitan kebenaran.
Jangan salah faham, bukan kitab agama Hindu, he3.
Jangan risau dan sasau.
Nak cerita buku ini,aku belum baca habis. Jadi aku
coretkan kata-kata Mahatma Gandhi ni:
"Tak ada hal baru yang bisa kuajarkan kepada
dunia. Kebenaran(truth) dan antikekerasan (non-violence) sama tuanya dengan
gunung-gunung."
"...Tuhan adalah kebenaran."
"...Orang yang tidak murni hatinya tidak dapat
melihat Tuhan.Karena itu, proses pemurnian diri tentu harus diupayakan dalam
perjalanan hidup. Dan proses pemurnian diri akan mudah mempengaruhi orang-orang
di sekitarnya."
Itu kata Ghandi, apa kata awak?
Nak cari buku ni, hubungi Bro Benz Ali.
Comments
Post a Comment