BUKU: Abah Dan Mak Poi Iceland Dan UK

Aku tak
tahu nak tulis apa. Sama ada tulisan ini sekadar pengenalan,ulasan atau
resensi(rasa-rasa tak memenuhi kategori resensi).
Membaca buku ini,secara
pribadi bagiku tidak menjemukan, tulisan dengan bahasa mudah dan sangat
menyeronokan.Pengembaraan yang sangat indah dan mempersonakan.
Percayalah,
bila anda membaca buku ini, mulut anda pasti akan melontarkan kata-kata suci
Maha Suci Allah, atau dalam kalimah bahasaArabnya,SubhanAullah.
Mengapa aku
katakkan demikian? Mengapa tidaknya, bila melihat gambar-gambar pemandangan
indah yang dipaparkan dalam buku ini,terpacul kata-kata indah ini.
Bukankah
kehebatan selayaknya dipuji hanya untuk
Dia yang Maha Hebat. Aku yakin bila baca buku ini dapat pahala.Pahala mudah,itu
yang aku lalui bila baca buku ini.
Kalau tak
salah aku, inilah buku kedua bercorak pengembaraan yang pernah aku baca selepas
buku Kembara Sastera tulisan Nisa Haron.Buku yang penuh gambar,tapi bukan buku
gambar tau!
Buku yang
aku maksudkan, buku ‘Abah Dan Mak Poi
Iceland Dan UK’, tulisan Abah Zino.Buku terbitan CK Publication, cetakkan
Ogos 2018. Bermula muka surat 6 hingga ke muka surat terakhir 228,
gambar-gambar berwarna yang menarik.
Apa yang
ada dalam buku ini? Sudah pasti pengembaraan dua orang insan, suami isteri, pun
begitu ada dua orang pemandu, selaku yang membawa mereka berdua. Oleh kerana
buku ini ditulis,mengisahkan keindahan dan keseronokkan mereka berdua, maka
kisah ini adalah kisah mereka berdua.
Melihat
mereka dalam musim sejuk di Iceland,terkenang aku lewat beberaa bulan yang lalu
bila ke Korea dalam musim sejuk, perghhh,sejuk gila.Bila baca buku Abah Zino
ni,rasa nak mengembara lagi, kononlah tu.
Apa ada
lagi dalam buku ini? Cerita banyak-banyak nanti, tak beli pula,Oklah kalau nak
tahu lebih lanjut kisahnya. Cari buku ini, baca, baca dan baca.
Apa pun,
tahniah buat Abah Zino, pengembaraan yang indah ini didokumentasikan denga baik
dan menarik sekali.
Tahniah juga kepada penerbit Ck Publication,harap-harap ada
lagi buku bercorak sebegini lagi pada masa akan datang.
Selamat
membaca!
Comments
Post a Comment