Membaca Kena Sungguh-Sungguh
Membaca kalau tidak dipaksa dengan sungguh-sungguh beginilah jadinya. Tidak seperti bulan lepas, bulan September.Aku memang menetapkan sasaran yang banyak untuk bulan tersebut.
Kesungguhan dan masa yang terluang memang dimanfaatkan sebaiknya.
Pantang ada masa, aku ambil masa untuk membaca, tidak
seperti bulan Oktober.
Kesungguhan, matlamat dan sasaran yang dimahukan tidak
ditulis.Maka hasil kuantiti buku yang dibaca hanya enam buah buku. Enam buah
buku terlalu sedikit dari segi kuantiti dalam masa sebulan.
Namun begitu, sebenarnya terpulang kepada seseorang pembaca,
mahu menetapkan berapapun dalam tempoh sebulan untuk membaca buku. Betullah,
kuantiti bagi seorang pembaca adalah rekod pribadi dalam dairi dunia pembacaan
mereka, ya itu juga penting bagi seorang pembaca.
Namun begitu lebih penting adalah kualiti hasil dari pembacaan
buku yang dibaca. Adakah ia memberi impak dalam diri pembaca? Hasil pembacaanya
itu dapat memberikan input dalam dirinya.
Ya, begitu juga dengan aku, membaca mengharapkan ada nilai
tambah dalam kehidupan pribadiku. Ilmu dan ibrah dari pembacaan dapat
menghasilkan sesuatu kebaikan dalam diri sendiri.
Ya sekali lagi, itulah yang sangat penting hasil dari
membaca berbanding dari kuantiti buku yang banyak dibaca. Apapun, semua itu
bergantung kepada nawaitu pembaca, apa matlamat dan tujuan mereka membaca.
Membacalah selagi ada daya dan masa.
Comments
Post a Comment