Menulis Dan Cuti Sakit
Ikutkan hati memang sudah malas mahu menulis diblog
ini. Tak macam dulu-dulu masa tengah bersemangat menulis.Apa saja mahu
ditulis,orang baca ke tidak tak peduli.Janji ada isi dalam blog.
Seronok bukan main bila dapat menulis lepas itu
terbitkan dalam blog. Ini pun disebabkan ada semangat, kalau tidak belum tentu
ada perkara yang mahu dikongsikan. Sekadar masukkan gambar buku yang dibeli,
itu sahajalah.
Bila duduk-duduk di dalam bilik buku ini, lihat
sekeliling buku-buku, bersemarak dan bersemangat pula mahu menulis, seperti ada
aura.
Tapi memang betulah, bila lama tidak menulis, terasa
payah pula mahu memulakannya.Ini pun aku paksa-paksa diri menulis.Sambil minum
kopi
Entah apa yang aku mahu tulis.
Masuk dua hari ini,aku cuti sakit.Gara-gara jatuh motor
sewaktu balik kerja dua hari lepas. Walau tak cedera tapi sakit dibahagian
tulang rusuk terasa amat.
Jadi cuti-cuti begini, sambil berehat, cuba buka blog
yang semakin bersawang.
Entah ada tetamu menjenguk atau tidak. Biarlah…yang penting masih ingin berkongsi cerita.
Kata isteri malam tadi, sakit itu penghapusan dosa,
moga aku reda dengan ketentuan-Nya. Mungkin ada dosa-dosa yang dilakukan, Allah
SWT beri sedikit ujian dan musibah untuk aku berfikir dan bermuhasabah diri.
Maklum, manusia tidak pernah sunyi dari berbuat dosa.
Moga Allah SWT mengampuni dosa-dosaku.
Aaamiin Ya Rabb!!!
Apa lagi nak tulis?
Comments
Post a Comment