Posts

Showing posts from April, 2014

HEBAHAN: MALAM PRADA CINTA

Image

Profil AGI: Abdul Ghafar Ibrahim (Pak Agi&Ayah Agi)

Image
Abdul Ghafar Ibrahim Karya-karya Pak Agi A.GHAFAR IBRAHIM (Abdul Ghafar bin Ibrahim, Agbi Al-Godjonja, Agbi Al-Ghaff, Agi) LAHIR : 31 Ogos 1943 di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor D.E. ALAMAT : 6, Jalan 1/3H, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor D. E. SEMENJAK kecil lagi. A. Ghafar Ibrahim telah didedahkan oleh ayahnya kepada alam penulisan.    Ayahnya, Ibrahim Khatib Husin merupakan seorang pengembara yang berulang-alik antara Semenyih, Singapura, dan Sumatera.    Ibrahim membuat berbagai-bagai pekerjaan, antaranya sebagai anggota polis, peniaga kedai runcit, dan terakhir sebagai penjual kain di pekan-pekan Rabu dan di-pasar-pasar malam.    Di samping itu, ayah beliau pernah bergiat dalam bidang penulisan dengan memakai nama samaran “Arab Street” ketika menulis di ruangan pojok dalam akhbar  Warta Malaya  Singapura pada tahun 1930-an.    Ishak Haji Muhammad (Pak S

HEBAHAN: AKTIVITI SASTERA SANA SINI

Image
AKTIVITI(1) AKTIVITI (2) AKTIVITI (3)

Video Sajak Pilihan: Persembahan Puisi TRI-V AGI ABDUL GHAFAR IBRAHIM

Sajak: Cinta Untuk Segala-NYA

Image
Cinta Untuk Segala-NYA Ada cinta di hatinya ada rindu di hatinya ada sayang di hatinya ada kasih di hatinya. Tanda ia sebenarnya cinta tanda ia sebenarnya rindu tanda ia sebenarnya sayang tanda ia sebenarnya kasih. Dalam cinta ada rindu dalam rindu ada sayang dalam sayang ada kasih cinta, rindu, sayang, kasih segalanya hanya untuk-NYA. Masshah2014 2042014 Meru.

Sajak: Suara Dungu Itu

Image
Suara Dungu Itu Suara dungu itu masih menari-nari menafi mempertahankan laku jelaknya puluhan tahun sudah berlalu terlakar di peta sejarah yang luka menangis darah sekalipun takkan kembali mereka yang abadi di sana. Suara dungu itu bisa menafi-nafi mengolok-olok ribuan si dungu tolol angguk-angguk iya-mengiyakan benar membenarkan tak syak ragu-ragu sungguh ia penuh daya tipu selalu itu pun masih mahu diikuti. Suara dungu itu masih dikagum-kagumi biar usia sudah terlalu lama. Tua tumpul sudah pemikiran hilang sudah daya fikir namun mahu masih gah persis pemimpin dunia terbuai masa silam yang indah di singahsana. Suara dungu itu sekali sekala menggegar suasananya hingar bingar panas terik membakar persis si tua, sememangnya tua lupa usia masih mengangan kuasa jika punya adanya akan dikekang segala info benar di alam maya demi mengekal kuasa jika dipunya semula. Suara dungu itu sering melulu selalu pada musuh ketatnya di f

Sajak: Janjinya Pasti

Image
Janjinya Pasti Tangis sendu tak berlagu mengalir darah deras sekalipun saat ke kubur ditetap waktu jangan harap ditahan  seminit pun. Di dasar lautan terbentang di pergunungan tinggi di hutan belukar di tembok kebal lagi berjeriji. Ia pasti dan pasti menanti meniti mengintip dia siapa pun dia apa-apa pun. Kerna itu dijanjinya kerna itu takdirnya kerna itu kepastiannya kerna itu jadualnya. Sediakan sahaja bekalnya amal solehnya iman taqwanya nanti itu kan membantunya. Masshah 1042014 Meru.