Pantun Perpaduan
Pantun Perpaduan
Tersipu
malu duduk bersimpuh
Senyum
terukir dibibir manis
Usah
melulu dalam menuduh
Kelak
berpecah hilang harmonis.
Jalan
seiringan berpimpin tangan
Berbicara
bahagia indah dimuka
Bersatu
padu jadikan pegangan
Keluarga
bahagia negara merdeka.
Teguhkan
ikatan eratkan persaudaraan
Rukun
perpaduan mesti bersatu
Kuatkan
hubungan jauhi persengketaan
Harmoni
negara berkat berpadu.
Sesekali
jangan berpecah-belah
Satu
kariah bahkan negara
Bersatu
hati saling berhemah
Hidup
bahagia negara sejahtera.
Masshah
08122016
Meru.
Comments
Post a Comment