Sajak: Turunlah

No automatic alt text available.



Turunlah

Turunlah secara bermaruah
semua barang naik bukan murah
sana sini mengeluh marah
tak terasakah suara amarah
hanya dengar tapi pedulikan saja.

Masih belum ada insafkah atau
semua harta punyaan negara
mahu dipunggah semuanya
banyak atau sedikitkah itu ada kiraanya
ia pasti didistinasi sana.

Nanti di sana takut merana kecewa
mahu pulang kembali menebus dosa
takkan kembali sengsara seksa merana
atau belum rasa sedikit rasa takut berdosa
hingga lupa kuasa yang Esa segalanya.

Turunlah secara amanah tiada caci dicela
nantikan wangi seharum nama seantero
jasa bakti dikenang sejarah kan ditulis indah
bukankah itu yang ingin dicipta segala
nah...atau nanti sebaliknya nama
tercemar hambar.

Turunlah...

Masshah
2012017
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya