Hanya Kerana Sebuah Buku
Aku kongsikan status muka bukuku di sini, tulisan yang
aku nukilkan sebelum balik kerja pagi tadi. Gara-gara sebuah buku hasil tulisan
seorang artis, dikecam habis oleh mereka yang tidak sependapat berkaitan dengan
sesebuah buku.
Masing-masing punya hak dan pandangan...aku pun ada hak
juga...sudikan membaca pandanganku yang ringkas di bawah ini...
Jangan
Gaduh-Gaduh!
Semua orang berhak membaca juga menulis selagi mana tidak
melanggar mana- mana undang-undang.
Bacalah dan tulislah apa pun buku, yang tebal, nipis,
genre sastera, ilmiah, agama, dan pelbagai lagi, gunakanlah kebijaksanaan akal
yang dianugerahkan sebaiknya.
Tak kiralah seorang pekerja kilang, pekerja lori sampah,
seorang guru, pensyarah, profesor, mufti, ustaz ustazah bahkan pelawak juga
para artis.
Masing-masing ada warna-warni kehidupan yang dilalui,
mereka berhak menukilkan atau mendokumentasikan apa sahaja yang dirasakan boleh
dikongsi untuk khalayak pembaca, selagi mana ia tidak menyalahi peraturan.
Silakan!
Sebagai pembaca pula, juga ada hak untuk menilai sesuatu
bahan bacaan yang baik dan bermanfaat untuk diri mereka.
Jika rasa sebuah buku itu kurang menarik atau tidak bagus
usahlah dikecam, dihina, dimaki hamun semahunya...masing-masing ada kelemahan
dan kebaikan yang dimiliki.
Sekurang-kurangnya mereka ada juga buku untuk
ditinggalkan untuk pewaris masa depan.
Kita?...
Kah...kah...kah...sebuah buku pun tak tulis lagi!
(Sekadar pandangan je😁👍)
Comments
Post a Comment