BUKU HARAM

 


BUKU HARAM


1. Membaca buku yang diharamkan tak semestinya orang yang membaca menyokong apa buah fikiran yang dilontarkan oleh penulis.Adakalanya pembaca hanya ingin tahu apa isi buku tersebut.


2. Mengapa mesti terus diharamkan? Mengapa tidak dibicarakan atau diwacanakan. Selepas itu barulah diambil keputusan. Boleh atau tidak boleh untuk disebar luaskan.


3.Bila diharamkan sesebuah buku, menjadikan orang yang suka buku tertanya-tanya dan tercari-cari buku tersebut.


4.Orang yang menulis buku haram, kemungkinan boleh dipenjarakan. Namun jiwa rasa mereka tidak boleh dipenjarakan.


5.Mempunyai buku haram dan membacanya. seseorang pembaca tidak perlu rasa bersalah. Pengetahuan untuk tahu buku tersebut untuk dirinya sendiri dan bukan untuk disebarkan kecuali jika ada yang bertanya.


6.Buku tetap buku, haram tidak haram ia tetap sebuah buku. Selagi tidak lupus ia tetap ada manfaatnya.


7..Buku yang diharamkan adakalanya tidaklah haram isi kandungannya. Cuma barangkali ada sesuatu yang mencabar pihak yang berkuasa.


8..Sesebuah buku yang dikatakan haram dan diharamkan biasanya akan dicari-cari dan pencari meronta-ronta ingin memiliki. Kerana ingin tahu begitu kuat  pada dirinya.


9.Apapun tugas anda. Anda sepatutnya menghormati Tuan pemilik buku tersebut. Bukan semberono mengambil milk orang sesuka hati. Sekalipun anda anggap buku itu kemungkinan haram. Saling menghormati itu penting.


10.Buku haram atau buku halal ia tetap buku. Dibaca ataupun tidak ia tetap sebuah buku. Namun nilai kedua-duanya tetap penting untuk dibaca , dibicarakan dan penilaiannya tetap ada. 


*Tulisan ini hanya pandangan dan luahan fikirku. Tiada kaitan yang hidup atau mati. 

@hakcipta terpelihara

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Syair Hari Raya

Pantun Perpaduan