YANG HIDUP PASTI MATI

 

                            Goole image


YANG HIDUP PASTI MATI


Selagi berjiwa maka tertawalah 

Gurau senda berdekah berbahagia

Selagi kurnia diberi nikmati

Asal tidak lupa leka pula.


Cergas tubuh sihat minda berfikir

Fizikal pejal kuat usaha cari rezeki

Bukan berpeluk tubuh menadah tangan

Berserah kepada takdirnya.


Nikmati hidup selagi denyut nadi

Syukuri nikmati yang diberi

Bakti amal bekal kembali usah dilupai

Sering ingatkan muhasabah diri.


Dunia sementara sahaja, sekejap

Bila-bila masa lenyap hilang lesap

Begitu nyawa pinjaman semata

Ingat semua kita pasti mati.


ZAMAN SHAH BIN SAIYAN

MERU

5 ZULHIJJAH 1447H


@hakcipta terpelihara

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Syair Hari Raya

Pantun: Pantun Semangat Diri