Menulis Terus
Hampir
sebulan juga aku tak menegur kau, nampaknya kau masih tidak bermula lagi, walau
pun kau sering mengemaskini blog sastera mu. Aku agak kagum juga dengan usaha
kau untuk menulis aktiviti kau sepanjang Ramadan lalu. Sehari boleh dikatakan
kau menulis sebuah catatan. Catatan yang kau namakan ‘Nota Ramadan’ memang kau
sering tulis setiap Ramadan kunjung tiba.
Kalau
tidak silap aku sudah hampir empat tahun kau masih tetap mahu menulis aktiviti
kau sepanjang Ramadan. Aku rasa kalau catatan tersebut itu dibukukan, rasanya
sudah cukup tebal. Tahniahlah dengan semangat yang kau tunjukkan itu. Bukan
senang mahu tulis satu hari satu perkongsian di dalam blog. Sementelahan pula
kau punyai empat buah blog, yang mana kalau diikutkan kau perlu mengisi blog
tersebut dengan bermacam perkongsian. Cuma aku lihat, kau tidak konsisten dalam
mengemaskini blog tersebut.
Ada yang
sudah hampir dekat sebulan, tiada satu pun tulisan yang kau kongsikan dalam
blog tersebut. Kau asyik tertumpu pada blog sastera mu sehingga kau tinggalkan
blog-blog yang lain. Blog-blog tersebut, aku yakin kau masih sayang, jika masih
sayang, kau perlu kuatkan semangat lagi untuk menulis. Menulis tanpa rasa culas
dan malas, kau kata mahu menjadi penulis?.
Teruskan Menulis Di Blog
Mengapa
tidak kau terus menulis di blog-blog tersebut. Anak-anakmu pun sudah kelihatan
makin membesar, mengapa tidak kau teruskan cerita-cerita tentang anak-anakmu di
blog Nur Dania Balqis itu, banyak sekali kau boleh tuliskan tentang perkembangan
anakmu yang pertama itu. Aku lihat semakin hari semakin menarik perkembangan
anak yang pertama itu, dari sekolah pra sekolah mulai empat tahun hingga ke
enam tahun, aku lihat hasil pendidikan di sekolah pra sekolah sudah menampakan
hasil.
Begitulah
seorang anak, bila dididik dari awal ia akan mudah dilentur, seperti buluh,
bukankah buluh yang muda mudah dilentur?. Cuba bayangkan buluh yang sudah tua,
mudah atau susahkan untuk kita lentur?. Bagaimana?, bukankah banyak yang kau
mahu tulis, jika kau benar-benar mahu menulisnya untuk dikongsikan kepada
pengunjung blog mu itu. Keseriusan dan kesungguhan dalam penulisan blog yang
kau miliki tidak menampakan kesungguhan yang sangat memberangsangkan, apakah
kau mahu ikut teman-teman blogger lain, yang kini sudah tidak lagi menulis di
blog masing-masing?.
Masa Yang Berlalu Takkan Kembali
Sedangkan
aku melihat, kau masih ada keinginan untuk menulis, jika tidak mengapa perlunya
kau membaca buku-buku panduan untuk menulis, baik buku panduan menulis cerpen,
menulis novel, menulis buku dan sebagainya, aku lihat kau semua miliki, itu
menunujukkan kau masih mahu menulis. Cuma mengapa kau masih bertangguh dan
tertangguh lagi. Masa terus berjalan, yang sudah lepas tidak bisa lagi kembali,
yang masih di hadapan inilah kau kena kejar sungguh-sungguh.
Kudrat Semakin Berkurang
Memanglah
usia bukan ukuran untuk seseorang itu menjadi penulis, tetapi kudrat kau
semakin hari semakin berkurangan, tangan, kaki, telinga, mata dan sebagainya,
makin lama akan berkurangan kudratnya, maklum usia semakin meningkat.
Pelbagai
penyakit boleh hinggap dalam diri mu. Jadi, teruslah menulis, usah
ditangguh-tangguh. Usaha terus untuk merealisasikan keinginan dan impian mu
mahu menjadi penulis. Banyak buku-buku panduan penulisan sudah kau baca,
menulislah terus.
Aku cuma
mengingatkan sahaja, maklum sahaja, namanya manusia ini seringkali lupa dan
terleka, maka teguran demi teguran perlu dilakukan agar kau tidak terus lali
dengan matlamat dan impian yang ingin kau gapai. Bangkit dan menulislah terus.
Seperti
biasa sebelum mengakhiri teguran dan bebelan ini, aku sering memetik maksud
firman Allah S.W.T di bawah tersebut untuk ingatan diri kau. Biar ianya
berulang-ulang agar ianya sentiasa dalam ingtan kita, tentang pri pentingnya
masa dalam kehidupan kita.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Surah Al-Asr (1-3).
Assalamualaikum. Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah padam. Teruskan menulis- selagi ada manfaatnya, selagi itulah tulisan itu akan menjadi bekalan untuk ke syurga. Amin.
ReplyDeleteWalaikumussalam orang muda, mudah-udahan begitulah hendaknya, Amin Ya Rabb!
ReplyDelete