Sajak: Tak Nak Ikut Tak Mengapalah

Tak Nak Ikut Tak Mengapalah
Tak
nak ikut tak mengapalah
usah
kau mengeji usah kau dengki
kami
mahu merubah nasib kami
bukan
sesiapa tetapi kami sendiri
sendiri
kami punya impian
sendiri
kami punya pendirian
hidup
mesti kami teruskan.
Tak
mengapalah tak nak ikut
kami
tetap mahu berkongsi
sedikit
ilmu kami tahu kami sampaikan
hidup
mahu ceria bahagia sihat mesti
hidup
di dunia tak lama mana hari
esok
atau lusa atau hari ini mati
itu
takdir Ilahi pasti.
Tak
nak ikut tak mengapalah
kami
ingatkan diri dan sama mengingati
jaga
pribadi kesihatan diri penting sekali
banyak
penyakit berpakej lagi-lagi obesiti
jaga
pemakanan ikut aturan sunah nabi
tak
salah untuk menikmati ingatkan diri
bila
sihat minda segar ibadah diperbanyaki.
Tak
mengapalah tak nak ikut
itu
semua kami akan hadapi harungi
tak
semua yang menolak membenci kami
masing-masing
punyai kehidupan pribadi
susah
senang keluh kesah tahu-tahu sendiri
bukan
nak kata hebat bagus kami sedar diri
demikianlah
sekelumit rencah kehidupan
mahu
tak mahu kena hadapi.
Masshah
02042016
Meru.
Tak mengapalah kalau tak nak ikut
ReplyDeletekerana pilihan adalah hak peribadi
lagipun hidup kita sendiri-sendiri
yang pentingnya ilmu kami dah kongsi
untuk disampaikan sebelum diri dijemput pergi
tidaklah kami dipersalahkan nanti
ada pengetahuan tetapi kedekut untuk dikongsi.