Sajak: Tak Ada Siapa Yang Paksa

Tak Ada Siapa Yang Paksa
Ada
yang suka
ada
yang meluat
ada
yang sayang
ada
yang benci
ada
yang positif
ada
yang negatif
lumrah
kehidupan setiap insan
itu
pilihan siapa yang ada kemahuan
terserah...tak
ada siapa yang paksa.
Kehidupan
banyak ragam karenahnya
itu
pilihan diri sendiri
mahu
susah mahu senang mahu kaya
terserah
tak ada yang memaksa
cuma
tanya pada diri benar atau tidak
selesa
hidup begini biasa-biasa
atau
mahu yang luar biasa.
Hidup
keluh kesah sering susah
marah
pemerintah sendiri tak berubah
hidup
sering susah sering marah
kos
hidup makin bertambah bukan murah
dilihatnya
orang lain bisnis dikatanya menyampah
pada
hal diri sendiri perit susah payah.
Dunia
semakin kepenghujungnya
di
mana-mana ada sumpah seranah
selagi
masih ada waktu berubahlah
cipta
impian demi kebahagiaan dunia
apatah
lagi akhiratnya yang pasti
dunia
mahu akhirat pun mahu
tak
ada yang paksa dan memaksa...terserah.
Masshah
01042016
Meru.
Comments
Post a Comment