Sajak: Cikgu Kami Sayang Kamu

Cikgu Kami Sayang Kamu
( Dedikasi
buat Mashitah Ibrahim dan seluruh Cikgu-Cikgu di Seluruh Negara)
Apa
khabar cikgu semua
harapan
kami agar cikgu semua sihat sejahtera
kami
faham sungguh tugas muliamu
mengajar
dan mendidik aset paling berharga
menegur
dan mengasuh agar menjadi dewasa
menjadi
insan berguna harapan ibu dan bapa
apatah
lagi untuk bangsa agama dan Negara
kami
percaya cikgu bertugas penuh dedikasi
berinovasi
beriltizam tinggi ikhlas di hati
sungguh
besar jasa bakti seorang guru.
Cikgu…kami
sayang kamu
kami
tahu kami mengerti
beban
tugasmu yang tidak pernah selesai
hingga
bila sampai waktu kamu pulang
tetapi
kamu tetap setia dengan tugasmu
penat
letihmu…sungguh kamu yang tahu
namun
kerana ikhlas amanah dipundakmu
biar
wajahmu kelihatam lesu kepenatan
namun
masih bisa terukir senyumanmu
ikhlasnya
cikgu sepertimu
yang
pasti ganjaran hebat di sana nanti.
Cikgu…kami
sayang kamu
andai
kami ditempatmu itu
nescaya
kami merasi juga apa yang kamu rasai
cuma
cekal mahupun tidak kami secekalmu
awalnya
pagi kau bangun mempersiapkan diri
segak
bergaya sedia bertempur di medan ilmu
meladenia
karenah aset utama bakal peneraju Negara
menyantuni
mereka dengan sabar tekun yakin
mereka
adalah harapan kamu dan kami.
Cikgu…kami
sayang kamu
sayangnya
kami kerana besar jasa baktimu
sayangnya
kami kerana besar kesabaranmu
sayangnya
kami kerana besar ketabahanmu
sayangnya
kami kerana besar pengorbananmu
di
mana pun kami berada kami mendoakanmu
semoga
kamu terus berbahagia dengan tugasmu
ucapan
selamat hari guru buatmu semua.
Masshah
16052016
Meru.
Comments
Post a Comment