Sajak: Bunga-Bunga Keberhasilan

Bunga-Bunga Keberhasilan
(Buat
kekasih hatiku Mashitah Ibrahim)
Mimpi
indah kita lakarkan
dalam
realiti kehidupan
kita
bina impian demi merobah
nasib...dan
kita yakin jika itu takdirnya
dan
impian itu kita jayakan penuh kesungguhan.
Namun
jalannya bukan mudah
ia
penuh onak duri berliku
begitu
pun ia tidak mustahil
kerana
usaha bersungguh
tanpa
sedikit pun putus asa
bunga-bunga
keberhasilan
semakin
mewangi semerbak
bukti
kesungguhan yang tinggi
janji
Ilahi pasti.
Kita
lupakan sahaja
karenahnya
manusianya
sebarkan
terus salam senyuman
yang
kita bawa kasih sayang sesama
yang
kita bawa ceria bahagia
kita
ingin semua sihat sejahtera
kita
ingin semua tampil sihat ceria
diizin
kita sihat bahagia lebih-lebih lagi kaya
itu
semua manusia mahu suka tapi sayang usahanya kurang.
Biar
mereka...kita ada jalan kita
namun
kita terus berdoa agar tidak berputus asa mereka bersama kita
membina
impian sebelum menuju
rumah
abadi kekal di sana.
Masshah
27022016
Meru.
Comments
Post a Comment