Memori Darul Arqam
Alarqam@Darul Arqam sebuah badan dakwah yang mengajak manusia ke jalan kehidupan Islam yang syumul.
Itulah yang aku tahu ketika itu. Orangnya berjubah dan berserban, ada jangut di dagunya. Manakala kaum wanitanya berjubah dan berpurdah hitam dan putih.
Kata-kata pangilan yang biasa dengar dulu-dulu orang pangil 'orang dakwah'.
Aku ada sedikit momen-momen yang boleh aku cerita. Biar pun bukanlah aku jika mahu bercerita tentang Alarqam ini.
Aku bukan ahli jemaah ini cuma aku ada pandangan sendiri tentang Darul Arqam ini.
Bila sebut arqam, ada yang suka dan ada pula yang tak suka. Kini jemaah ini sudah tiada lagi setelah diharamkan pada tahun 1994.
Kenapa dan mengapa, bukan itu yang aku mahu ceritakan.
Tulisan yang aku mahu tulis adalah kisah orang biasa(kecil) dalam melihat kalainan satu jemaah yang unik dari badan-badan dakwah yang ada di negara kita waktu itu dan kini.
Asal usul, bila ditubuhkan, di mana bukan untuk aku ceritakan.
Aku akan bercerita tentang perasaanku dengan jemmah ini.
Biarpun aku hanya orang luar yang hanya melihat pada zahirnya tentang jemaah ini.
Mungkin aku antara jutaan manusia melihat jemaah ini dari kaca mata orang biasa-biasa macam aku.
Maka siapalah aku mahu menuliskan hal-hal besar yang telah dan pernah menjadi sejarah negara ini.
Mereka yang pernah bersama dengan jemmah ini, aku percaya punyai bemacam cerita dan kesahnya yang tersendiri.
Aku cuma orang luar bukan orang jemaah. Hanya melihat dari luar, melalui pembacaan dan tidak merasai seperti mereka yang pernah berjuang bersama jemaah ini.
Mereka tentu punyai cerita yang hebat, pengalaman yang lebih menarik dari ceritaku ini.
Nanti akan tuliskan apa yang menarik yang aku lihat dan aku rasai berkaitan dengan jemaah ini dari kaca mataku.
Comments
Post a Comment