Mulai Sekarang




Sebenarnya menyesal pun tak ada gunanya. Bila diingatkan balik memanglah banyak dan terlalu banyak.

Catatan kehidupan yang dilalui. Namun, masa yang ada ini sudah sewajarnya aku manfaatkan untuk menulis dan membukukan untuk tatapan masa depan anak-anakku dan masyarakat awam kalau ianya wajar  dan bermanfaat untuk mereka.

Tulisan biasa dari orang biasa-biasa. Tulisan orang kecil dari orang kecil. Apa yang hendak dimalukan kan? Setiap dari kita ada sejarah kehidupannya sendiri, ada warna warni tersendiri.

Tak kira siapa, orang berpengaruh atau tidak, popular atau tidak, masing-masing ada jalan kehidupan dan cerita tersendiri. Kalau tidak ditulis sekali pun. Setiap orang akan ada buku catatanya sendiri masing-masing.

Kita tidak mencatatnya, malaikat raqib dan atid tetap setia dengan tugasnya untuk mencatat segala perbuatan kita. Mana mahu lari. Ya...itu sudah pasti, kerana di sana tetap menanti.

Yang aku mahu ceritakan berkaitan mengapa aku tidak mahu menulisnya. Kisah sewaktu kecil, zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa , ya sudah tentunya ada kisah dan cerita yang boleh dikongsi.

Kini usiaku sudah 43 tahu, makin berusia makin tua. Tenaga makin berkurangan.

Mengapa tidak dimulai dari sekarang. Sekarang?

Sementara masih kuat, ingat, mengapa tidak? Mulailah sekarang!

Menulislah...tulislah jangan takut-takut, jangan malu-malu!



Ya...AKU MAHU MULAI SEKARANG!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya